"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, July 16, 2009

Tak Sabar





Malam makin larut tapi
ahhhh mata ini tidak lagi bisa tidur
entah kenapa agaknya..
jika difikirkan hati dan tubuh ini sudah cukup lemah
lemah menahan derita
derita yang menggoyahkan kekuatan dan ketabahan
derita yang datang dari kesilapan dalam memilih 'jalan hidup'

Apa sahaja aku tanggung sendiri...
aku redha
Demi Allah aku kena berubah
andai ditakdirkan aku 'pergi' semasa sedang berubah
Aku redha

Aku tak sabar nak tinggalkan 'kedamaian' ini
aku sudah terlalu bosan dengan kepura-puraan di kota kedamaian ini
aku akui,
memang ia pengubat buat satu ketika
namun akhirnya
ia sebenarnya racun yang masuk menerusi minda dan akhirnya
memusnahkan jiwa dan iman...

aku sudah tidak sabar untuk pergi'
pergi jauh
aku tahu
kenangan itu bukan mudah untuk dilupakan
pernah aku terfikir bahawa andainya minda ini satu 'pen drive'
nescaya akan aku 'format' kan bahagian 'kebahagiaan' ini

namun aku sedar
aku hanya makhluk Allah
yang lemah
tidak mampu melawan takdir
aku hanya ada usaha
hanya mampu berdoa
memohon kekuatan dari Allah agar dapat aku lupakan kenangan ini

sememang aku akui kenangan di kota kedamaian ini sangat manis
sangat mencuit jiwa dan rasa
aku dapat rasakan satu 'kelahiran' baru bila aku di sini beberapa ketika dahulu
namun itu hanya beberapa ketika yang lalu
seperti yang aku jelaskan
ia banyak racun dari penawarnya

hari ini
setelah puas dengan penawar
jiwa ini telah disuntik racun...

aku tahu walau kota kedamaian ini tidak berkata
aku tahu kota kedamaian ini tidak bersuara
namun dari 'kedamaian' yang aku lalui
ia bermaksud

pergi mampus dengan pengorbanan kamu
pergi mampus dengan usaha kamu
pergi mampus dengan kejujuran kamu
pergi mampus dengan kesetiaan kamu
pergi mampus dengan janji kamu
pergi mampu dengan diri kamu

aku tahu
walau ia tidak dilahirkan dengan kata-kata
namun aku bukan budak kecil yang boleh digula-gulakan...

kala entri ini aku siapkan
lagu 'kekasih gelapku' (ungu) sedang berputar berkali-kali

nah...
tiada lagi hati dan perasaan
tiada lagi duka dan lara
tiada lagi tangisan dan air mata
tiada lagi sebak dalam dada

Aku mesti pergi
pergi jauh dengan kekuatan dan ketabahan
entah berapa lama pula aku akan 'terduduk'
terutamanya kala kesunyian
aku pasti kenangan 'kedamaian' akan datang mengusik jiwa

aku lahirkan kata-kata bahawa aku sudah kuat
namun itu hanya kata-kata
aku belum dihimpit kenangan lagi...

aku yakin
aku kuat
cuma aku tidak pasti adakah aku cukup kuat
untuk hadapi semua yang bakal mendatang..'

aku hanya ada semangat dan doa
aku kena tinggalkan segera 'kedamaian' ini
bukan secara lahiriah sahaja
namun perlu juga memadankan segala kenangan

anggap sahaja 'pemerhatian turut serta' ini telah berakhir
anggap sahaja antara responden dengan eunemurator tiada hubungan rasa

namun itu kata-kata mulut
untuk menguat jiwa...

AKu janji akan berubah
melupai masa silam
melupai 'kedamaian'
kerana aku ada cita-cita
dan 'kedamaian' ini bukan cita-cita yang ku buru

Aku mohon pada Allah agar di kurniakan kekuatan
kekuatan menghadapi kenangan
kekuatan kala kesunyian
klekuatan kala memori mencengkam jiwa

mohon kekuatan darei Allah
kerana hanya padaNya sahaja tempat aku berserah
dan hanya padaNya sahaja tempat aku memohon pertolongan

Moga dikurniakan kekuatan
dan diberkati perjalanan yang ' baru' ini....

No comments: