"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, July 14, 2009

Lubang


ada macam-macam lubang
kecil-sederhana-besar
jatuh pasti tersungkur
namun sakit dan punahnya sahaja berbeza

lubang ini
saja kau cari
saja kau gali
makin hari
ia main dalam
makin hari
ia makin lebar dan luas

Awas kawan
lubang ini lubang bahaya
dia tidak mencari mu
tapi kau dengan wajah hodoh memburunya

aku yakin kau akan tersungkur juga kawan
kau pasti tersungkur
tertiarap dan terkejang dalam lubang itu

cuma masanya belum tahu bila
mungkin hari ini
mungkin esok
mungkin lusa...

HAti-hati kawan
lubang ini dalam
lubang ini bahaya

ingat kawan
ia tidak mencarinya
tapi kau yang terhegeh-heger memburunya

peringatan ku wahai kawan
sedar atau tidak?
kau kini sudah di tubirnya
pasti kau tergelincir nanti...

kala itu akan ku ketawa dan pijak2 dirimu
dalam lubang yang hina itu
kerana itu bukan mahu ku
kerna hakikat ia mahumu....

No comments: