"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 08, 2009

Satu Kisah

Foto: 'Dia' Yang Lebih Sihat Dari Yang Lain..
(Belajar-belajarlah 'Bersahsiah' Mulia)


Saya mungkin sama seperti tuan tuan
diajar untuk menghormati orang tua
saya seorang Islam, sama seperti tuan tuan diajar untuk tidak memandang jelek kepada seseorang terutamanya jika orang tersebut lebih tua dari kita

namun,
saya bukan Nabi, saya bukan Malaikat
ada ketikanya saya tidak dapat kawal diri dari merasa amat tidak selesa bila berhadapan dengan seseorang yang amat jelek perangainya tambahan lagi orang tersebut tidak pernah saya kenali selama ini..

kisah berlaku begini...saya dengan senario kerja yang sangat menghambat ketika ini sering keluar bagi tujuan pengumpulabn data dan maklumat., Ada ketikanya memerlukan saya untuk mengina[p di hotel-hotel tertentu sekiranya kerja yang perlu dibuat tidak selesai.

Masanya, waktu sarapan pagi...
Lokasinya Kafe di Sebuah Hotel di Klang

Wataknya, seorang wanita melayu
usianya-lebih tua dari saya
memangnya susuk tubuh itu sejak dari mula telah menarik perhatian saya( mungkin juga ramai orang) di kafe kerana kederasa suaranya semasa berbicara. Entah apa yang diborakkan, entah apa yang disembangkan saya tidak ada selera untuk ambil peduli. Gayanya saling tak ubah macam mami jarum yang bila bercakap bukan hanya mulut sahaja yang bergerak tetapi kedua-dua belah tangan turut ikut sama.Rakan rakan semeja dengan nya mengangguk-angguk dan senyum senyum (samaada anggukan itu ikhlas atau sekadar menyedapkan hatinya itu jangan tanya saya)

siapa dia?
saya tidak pernah ambil peduli, itu bukan masalah saya....

Namun cara dia menegur saya dengan nada yang sangat 'biadap' menyebabkan saya dengan 'rela hati' 'snap' fotonya dan memuatkan kisahnya dalam blog ini

ya blog ini blog saya'
kisah perjalanan saya...

apa yang saya temui ini agak menarik kerana selama ini saya sering mengingatkan ramai orang tentang 'sahsiah'

Apa guna berjawatan tinggi, apa guna bergaji tinggi tetapi tiada 'sahsiah'

mungkin ini contoh yang terbaik

saya tidak kenal siapa dia
saya tidak tahu apa jawatannya
mungkin N 1, mungkin N17, atau juga N 52
apa-apa sajalah...

cuma bila saya keluar dari cafe saya terpandang satu banner yang bertulis "Mesyuarat Pejabat SUK Negeri Selangor"
....oh....oh....
Sepatutnya dia lebih bersahsiah kerana dia orang Gomen....
atau mungkinkan dia ini bekas-bekas yang lupa di sapu??
Wallahualam


No comments: