"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)
(Al Baqarah:216)
Wednesday, July 08, 2009
Berlari !!!
Saya kena berlari
itu janji saya
kerana saya tahu
ini bukan masa untuk berjalan berlenggang dan melambai-lambaikan tangan
ini bukan masa hendak layan kecewa dan bershaer tentang putus asa
ini bukan masa untuk menakung bertempayan-tempayan air mata akibat di 'reject'
ini bukan masa untuk berkhutbah tentang 'nasib yang tak pernah sama'
ini bukan masa hendak termenung dan mengira bintang di langit
ini bukan masa untuk mengenang nostalgia lampau
ini bukan masa tersenyum manja sambil mengenyit-mengeyitkan mata
ini bukan masa bersantai sambil menghirup udara nyaman dan meneguk kelapa muda
ini bukan masa bersandar sambil menyedut rokok gulung perisa 'kir royal'
ini masa berlari
bukan berlari anak
tapi berlari bersungguh-sungguh
Saya bukan hendak selesaikan masalah dunia
Saya hanya perlu berlari
berlari dan terus berlari
jika belum bermula saya kena bermula
jika sudah bermula saya kena istiqamah dan konsisten
lari mesti terus berlari....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment