Dengan Nama Allah YAng MAha Pemurah LAgi Maha Mengasihani
Secara jujurnya saya tidak tahu samaada blog saya ini ada peminat atau sebaliknya. Ini blog saya. Apa yang sayang titipkan di blog ini adalah hasil dari pemikiran dan juga imlikasi dari apa yang berlaku terhadap diri saya. Saya tidak pernah mohon ada peminat atau sebaliknya namun percayalah kebelakangan ini lebih banyak menitipkan kisah-kisah yang bersifat hati dan air mata berbanding dengan penulisan yang sifat mencabar minda dan fikiran.
Saya akui itulah saya, yang ada ketikanya bersemangat untuk menulis kemudian tiba-tiba terpadam umpama pelita yang disirami hujan lebat...
Apa yang boleh saya katakan, sejak memperolehi anugerah "Cuti Belajar" pada Dis 2008 saya meninggalkan pejabat dan segala bebanan tugasan yang saya hadap setiap hari selama 3 tahun. Saya sangkakan "cuti belajar' ini satu fenomena yang sangat indah dan mengasyikkkan namun saya hanya hamba Allah yang sering tersilap membuat perhitungan....
Cuti belajar bermula dari dis 2008 hingga ke saat ini (Julai 2009) yang telah berjalan selama 7 bulan hakikatnya membawa lebih banyak kenangan yang terlalu memedihkan. Ia benar-benar mengguris emosi dan menyentap perasaan....Bermula dengan kisah Mat Hakim dan Adik Ain, penolakan, perubahan, minda beku, kesepian dan akhirnya mencari 'kedamaian'
saya bukan penulis profesional yang mampu menggarap satu-satu kisah untuk menjadi tatapan umum dalam bentuk novel atau cerpen. Saya adalah seorang Hamba Allah yang memangnya tiada apa-apa kelebihan. Apa yang saya capai selama ini langsung tidak ada yang diperolehi dengan jalan mudah. Umpamanya jika nak ke puncak bukit, aku kena daki setiap batu di tebing, kena hadapai tebing runtuh, kena hadapi mungkin haiwan berbisa sedang orang lain hanya guna helikopter sahaja....aku percaya ini Qada dan Qadar Allah, aku yakin pasti ada hikmah
Kisah Mat Hakin dan Adik Ain benar-benar menjadikan aku separuh gila. Gila memikirkan emak, gila memikirkan apak, gila memikirkan man, gila memikirkan mat hakin dan adik ain..malah demi Allah yang mencipta segala yang ada di langit dan di bumi ini, seandainya terlintas bayangan Mat Hakim dan Adik Ain pasti akan menitis air mata tanpa aku pinta. tu hanya terkenang dan terbayangnya sahaja belum pun kisah berbual dengannya di telefon yang akhirnya akan menjadikan aku sebak....
Aku sebak-sepi-pilu bila mengenangkan Mat Hakim dan Adik ain yang melalui hidup yang sangat sukar. Manusia memang mudah melupai nikmat. Bila benda ada jarang dihargai. Aku sehingga ke hari ini 'masih menunggu pokok berbuah' bukan baru setahun dua malah sudah mencecah enam setengah tahun penantian ini....
Dua keadaan ini menjadikan aku seperti 'orang lain'.
Ya..aku lain dari individu yang aku sendiri kenali beberapa tahun lalu. Semangat dan kekuatan aku hilang entah kemana. Kadang kala aku terasa yang jiwa ini benar-benar kosong...terlalu kosong....mujur ada saki baki iman di jiwa yang menahan aku dari bertindak tidak sepatutnya...
Perjalanan aku sebagai pelajar pasca siswazah, tertekan dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh rakan seperjuangan aku mula menyusun langkah. Memantapkan matlamat-objektif-permasalahan . Walau pun bukan dalam 'kelajuan penuh' saya berjaya lakukan sesuatu...saya buat sesuatu. Saya baca sesuatu. Saya tulis sesuatu yang semuanya ada kaitan dengan penyelidikan saya.
Namun, Dugaan Allah tetap datang. Penolakan pertama datang dari penyelia utama saya yang menolak mentah-mentah ringkasan penyelidikan yang cuba saya muatkan dalam sebuah jurnal berwasit. Sedang keadaan yang sama tidak dilalui oleh dua orang rakan seperjuangan yang lain..perjalanan mereka mudah..sedang apa yang saya lalui sangat berliku.. Saya akui penolakan itu satu motivasi bagi saya untuk jadi bertambah baik. Saya cuba akhirnya saya gagal, saya gagal mencapai tahap yang diperlukan oleh penyelia sedang tarikh akhir menghantar artikel ke jurnal sudah lama berlalu...
saya kecewa-jiwa makin kosong...
Walau bagaimanapun, setidak-tidaknya saya gembira kerana saya antara pelajar yang terawal dipilih untuk membentangkan cadangan penyelidikan. Hampir 2 minggu saya bersengkang mata, menggali segala buku, menyerap segala teori dan mencanai minda bagi menjadikan pembentangan tersebut berjalan dengan lancar...Alhamdulillah ia berjalan lancar..Namun seperti yang pernah saya jelaskan, perjalanan hidup saya tidak pernah seindah orang lain.
Seminggu selepas pembentangan, perbincangan dengan penyelia utama mendapati apa yang saya buat masih belum sampai tahap 'pasca siswazah'. Ini adalah kerja saya selama 5 bulan. Bila penyelia kata sedemikian saya rasakan usaha saya selam 5 bulan ini menjadi sia-sia. kosong....
Tetapi, dalam keadaan begini saya tak mampu bantah penyelia adalah segalanya. Hitam katanya maka hitamlah, putih katanya maka putihlah....saya akhirnya jadi kelabu.....
memulakan sesuatu yang baru bukanlah pekerjaan yang enteng. mungkin ya bagi sesetengah orang namun tidak bagi saya. Saya hakikatnya kena mula semula. Segala buku yang dah disalin dan dibaca selama 5 bulan ini sudah kurang relevan...yang nyata teori yang saya hadam selama ini sudah tidak memberi manfaat kepada penyelidikan saya. Saya perlu teori baru , saya perlu pendekatan baru-matlamat dan objektif baru dan dalam bahasa yang mudah saya seolah pelajar yang baru mendaftar yang 'kosong' mindanya....
ada ketikanya dugaan dan cabaran menjadika kita makin mantap, namun sebaliknya berlaku pada saya..saya terasa bahawa jiwa makin retak sangat retak hinggakan pada perkara-perkara kecil pun ia mampu pecah...saya sangat sensitif...sangat kosong..sangat tertekan....
lalu apa yang saya buat???
saya cari 'kedamaian'
Seperti yang saya tulis di awal entri ini, saya tidak pasti samaada tuan pembaca tetap blog saya atau sebaliknya. Jika tuan prihatin tuan akan perasan enteri-entri terakhir saya sebelum entri ini banyak berkisar tentang 'kedamaian', kejujuran, lubang, bodoh dan sampah....semua itu adalah intrepertasi diri saya dari pandangan saya
Saya silap, saya lupa dengan kalimat AL Fatihah yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Allah"..saya memilih jalan yang sebaliknya...kerana saya sangkakan kedamaian boleh bersinar dari jalan tersebut...
Hampir dua bulan hingga ke hari ini (kala entri ini di tulis) saya masih menikmati 'kedamaian' itu...
Sepanjang dua bulan sewaktu 'kedamaian' hati kecil saya selalu bertanya :"inikah yang aku mahukan??"
walau iman saya mengatakan tidak, namun diri dikawal nafsu...saya hilang pertimbangan...lantas saya kekalkan diri di 'kedamaian' ini dengan lagu-lagu janji setia, dengan lagu-lagu kejujuran dengan lagu-lagu kesetiaan..
Saya silap..kemudian saya tersesat lagi bila telinga di dedahkan pula dengan lafaz-lafaz jujur, setia, selamanya bahagia dan lain-lain...Mata juga turut tertipu lantas tidak mampu menilai mana yang tulen mana yang palsu
Akibatnya, bila mata sudah buta, hati pula dikawal nafsu saya benamkan diri saya dalam satu lubang maha dasyat..tetapi oleh kerana buta dan tuli 'lubang' tersebutlah saya rasakan sebagai daerah 'kedamaian'.....
Dua bulan saya di 'lubang' tersebut..amat memualkan, amat meloyakan amat menyesakkan. Saya hanyut dibuai 'kedamaian'..Saya lupa tanggungjawab saya sebagai hamba Allah dan sebagai pelajar...
Pembaharuan dan pembaikan yang diminta oleh penyelia aku abaikan. Walaupun aku cuba mengasah minda namun dosa rupa-rupanya telah menghitamkan hati...
Hari ini, tika ini aku mula sedar. Aku tekad untuk meninggalkan 'kedamaian' yang palsu ini...namun aku bertanya jujur pada diri...mampukah aku?kuatkah aku?
ini bukan surat akuan kesalahan, tetapi ini adalah luahan hati aku. Aku tak paksa tuan-tuan baca..kerana ini blog aku dan aku rasa ini satu medium untuk aku luahkan segala yang terbuku di hati aku....
jika tidak kerana kalimah-kalimah 'kejujuran', keikhlasan' yang akhir-akhir ini terbukti hanya sekadar satu lafaz yang lazim umpama mengeguk kopi dan teh di pagi hari sudah tentu aku masih tidak terfikir untuk keluar dari 'lubang' busuk yang aku anggap 'kedamaian' ini...
Aku kuatkan tekad, bulatkan semngat aku perlu tinggalkan 'kedamaian' ini dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannnya. Aku tahu aku tidak cukup kuat. Namun aku kena paksa diri. Ini 'lubang' yang dalam, kalau aku tergelincir tiada siapa akan menghulur tangan membantu...aku kena tabah-kena tekad
walau apa sekalipun terjadi
'"kota Kedamaian " ini wajib saya lupakan buat selamanya...
Moga Allah memudahkannya....perjuangan ini...InsyaAllah...
tika saya menaip entri ini saya mainkan lagu "Munajat Seorang Hamba" (Hijjaz) berkali-kali agar hati ini insaf dan sedar bahawa dugaan dan cabaran di datangkan Allah bukan untuk manusia lagi daripadaNya tetapi untuk menjadikan manusia itu semakin tunduk dan patuh serta mendekatkan diri kepadaNya.....
Demi Allah
Saya sedar
Demi Allah
Saya ingin berubah...
kembali ke jalan yang lurus...

Munajat Seorang Hamba (Hijjaz)
Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap-Mu oh Tuhan
Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu
Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaan-Mu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin Kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku
Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan
Ampunan-Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunan-Mu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada-Mu
Tempat hamba kembali nanti di sana
No comments:
Post a Comment