Selamat tinggal Kota Kedamaian
hari ini
terakhir aku di sini
setelah hampir seminggu aku berlabuh...
Selamat tingggal kota kedamaian
hari ini
aku terpaksa jua pergi
meninggalkan semua kenangan
meninggalkan setiap kemesraan
meninggalkan setiap tawa
meninggalkan setiap gembira
meninggalkan setiap duka lara
Terima kasih kota kedamaian
mengajar aku erti ketabahan
kesungguhan
cemburu
tekun
dan
kejujujuran
minggu lalu
aku ke kota ini
dengan hasrat dan dengan tekad
mencari sebuah kedamaian
lalu hari ini ku tinggalkan kota ini
dengan persoalan
sudah tercapaikah tekad dan hasrat?
sudahkah ku temui sebuah kedamaian?
Selamat tinggal kota kedamaian
aku terpaksa pergi
pergi jauh dari mu
membawa hati, jiwa dan minda
yang rupanya masih tiada kedamaian lagi
lalu aku bertanya
mengapa tidak kutemui semua itu???
aku terdengar sayu suara...
katanya..
"lihatlah wajahmu di air
apakah ia masih serupa ?,
lihatlah wajahmu di cermin,
retakkah ia atau sempurna? "
Selamat tinggal Kota Kedamaian
kutingggalkan kau dengan seribu perasaan
lantas aku berjanji untuk tidak akan ke mari lagi
kerana
wajah yang tidak serupa di cermin
kerana
wajah yang retak di air
Selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
Semoga segala kenangan denganmu
tidak menghantui aku...
moga kaki ini tidak lagi
ku jejakkan ke bumi mu atas nama
'kedamaian'
Selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
aku pergi hari ini
aku pergi hari ini
aku pergi hari ini
dengan tekad tidak akan kembali lagi........
hari ini
terakhir aku di sini
setelah hampir seminggu aku berlabuh...
Selamat tingggal kota kedamaian
hari ini
aku terpaksa jua pergi
meninggalkan semua kenangan
meninggalkan setiap kemesraan
meninggalkan setiap tawa
meninggalkan setiap gembira
meninggalkan setiap duka lara
Terima kasih kota kedamaian
mengajar aku erti ketabahan
kesungguhan
cemburu
tekun
dan
kejujujuran
minggu lalu
aku ke kota ini
dengan hasrat dan dengan tekad
mencari sebuah kedamaian
lalu hari ini ku tinggalkan kota ini
dengan persoalan
sudah tercapaikah tekad dan hasrat?
sudahkah ku temui sebuah kedamaian?
Selamat tinggal kota kedamaian
aku terpaksa pergi
pergi jauh dari mu
membawa hati, jiwa dan minda
yang rupanya masih tiada kedamaian lagi
lalu aku bertanya
mengapa tidak kutemui semua itu???
aku terdengar sayu suara...
katanya..
"lihatlah wajahmu di air
apakah ia masih serupa ?,
lihatlah wajahmu di cermin,
retakkah ia atau sempurna? "
Selamat tinggal Kota Kedamaian
kutingggalkan kau dengan seribu perasaan
lantas aku berjanji untuk tidak akan ke mari lagi
kerana
wajah yang tidak serupa di cermin
kerana
wajah yang retak di air
Selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
Semoga segala kenangan denganmu
tidak menghantui aku...
moga kaki ini tidak lagi
ku jejakkan ke bumi mu atas nama
'kedamaian'
Selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
aku pergi hari ini
aku pergi hari ini
aku pergi hari ini
dengan tekad tidak akan kembali lagi........
No comments:
Post a Comment