"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, March 19, 2007

Kuasa dan Bahasa



Dalam satu perguruan....


12 Minggu Lalu
Segala arahan telah diberi untuk pelajar dicperguruan menyiapkan tugasan

Pagi Lalu
Mahaguru: Saya terpaksa potong markah anda semua
Murid: Potonglah wahai guru, dikau mempunyai kuasa
Mahaguru: Ini bukan soal kuasa, ini soal bahasa...
Murid: Apa maksud Guru ?
Mahaguru: Kamu semua tidak reti bahasa, tidak bekerja mengikut arahan sedang arahan dah diberi 12 minggu yang lalu...

Moral
Sesiapa yang tidak mengikut arahan adalah makhluk yang tak reti bahasa...
Walau bagaimanapun, orang yang memberi arahan perlu lebih faham bahasa...


Pak_Kebun: Berbudi bahasa

Sunday, March 18, 2007

Dia Mai Dah !!!


AWAS

DIA MAI DAH !!!

SENDIRI MAU INGAT

Wednesday, March 07, 2007

Oh ISO....

Anda pernah dengar ISO?

Setahu aku ISO ialah singkatan daripada International Organization for Standardization memandangkan ianya satu standard yang bersifat antarabangsa maka kita di Malaysia juga tidak terkecuali untuk memperolehi persijilan ISO ini.

Dengan bahasa yang mudah, apabila sesebuah syarikat atau firma mendapat persijilan ISO maka secara tidak langsung ia telah menepati piawaian antarabangsa dan sememangnya tidak boleh dipertikaikan dari segi kualiti mengikut skop-skop yang telah ditetapkan.

Sepanjang hidup aku sebagai pekerja aku sebenarnya agak lali dengan ISO. Aku tidak pernah memandang serong pada standard yang ditetapkan oleh ISO tetapi aku amat jengkel dengan sikap sesetengah pihak yang amat taksub dengan ISO.

Pada hemat aku, ISO bertujuan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada sesebuah firma atau industri. Jadi pendekatan yang diambil untuk mengenalpasti wujudnya kelemahan tersebut ialah melalui audit yang dijalankan.

Namun, berdasarkan apa yang aku lalui selama ini, aku lihat auditor yang menjalankan audit ini bersikap sebaliknya. Bukannya hendak membantu memeberikan jalan kepada kesilapan yang timbul sebaliknya mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang anda lakukan. Hingga ‘klimaksnya’ anda di anugerahkan dengan “N.C.R”

Berhujah dengan ISO bermakna anda berhujah tentang kualiti, dan skop kualiti itu anda sendiri yang tetapkan. Tetapi aku sering mempersoalkan dimanakah nilai kualiti apabila dua minggu sebelum audit dijalankan kita semua sibuk semak fail, isi semua boring-borang yang belum pernah diisi, back-dated mana-mana tarikh yang kita rasakan penting, kelentong mana-mana yang patut asalkan ia memuaskan hati auditor.

Nah..adakah kita berbuat sesuatu atas nama kualiti atau takutkan auditor (kerana kuasanya mengeluarkan NCR) ?

Pada aku, ISO adalah satu piawaian yang tinggi. Ia tidak perlu dipersoalkan namun yang paling penting ialah sikap kita. Aku tahu ISO membunuh kreativiti (borang hanya putih dan biru, File hanya putih dan Merah dan lain-lain tetapi apa yang paling penting ialah sikap kita sendiri. Sikap kita yang amat phobia dengan ISO hinggakan sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak dikurniakan NCR oleh auditor .

Kita mungkin peroleh ISO

Namun..

Jujurkah kita pada diri sendiri?

Jujurkah kita pada amanah???


Sekarang fikirkan....manakah yang penting... ISO atau Kejujuran???


Pak Kebun: Fikir dan renungkan

Sunday, March 04, 2007

Memo dan Sukan


Aku terima sehelai Memo

'Sukan-5.30 pm-padang-Wajib Hadir-Kehadiran anda dicatat'

5.30 hari yang ditetapkan
ada hanya beberapa individu
berpakaian kemas-bertali leher (sukan apa ye?)

beberapa individu lain
dengan mesin pengimbas
mencatat kehadiran..(macam tak ikhlas)

lucu....
orang yang menandatangani memo
tak pula kelihatan
mungkin arahan hanya untuk yang 'marhaen'
sedang orang-orang sepertinya 'kebal'
hanya perlu duduk di kerusi empuk dengan henbusan pendingin hawa yang nyaman

mencari-cari peluang..
untuk mengenalpasti
siapakah yang berani melanggar arahannya

ini dunia
yang gagah pasti menindas
yang lemah pasti ditindas

aku senyum
jika dia guru
pasti digelar 'kencing berdiri'

tetapi dia seorang pentadbir
apa mungkin
dia 'kencing menari ????'

Pak Kebun: Bukan 'Kaki Kencing'

Saya Bukan Orang Kelantan



Saya bukan orang Kelantan
Saya tidak pandai bertutur dalam dialek Kelantan
Malah boleh dibilang dengan jari jumlah kunjungan saya ke Negeri cik Siti
Wan Kembang itu

Namun, saya meminati salah stu elemen warisan budaya (Cultural Heritage) dalam bentuk seni persembahan yang masih gagah menyonsong globalisasi iaitu ’Dikir Barat’

Penyanyi (Tukang Karut) yang paling saya minati ialah Halim Yazid

Beliau merupakan anak jati Kelantan dan kini berugas sebagai Pegawai Kebudayaan di Universiti Malaya.

Anda boleh bertanya kepada penggemar Dikir Barat siapa Halim Yazid ...serta latarbelakangnya..

Saya memang tidak mengenali beliau tetapi saya amat tertarik dan menghormati karya seni beliau

Ada pendapat mengatakan bahawa beliau merupakan ’pemula’ lagu-lagu dikir yang bercorak moden, malah anda boleh mendengar lagu ’Wind Of Change” yang dipopularkan oleh kumpulan Scorpian dalam irama dikir yang dinyanyikan oleh Halim

Saya tertarik dengan tema-tema yang beliau tonjolkan dalam lagu-lagunya, lagu lagu seperti Amy, Pesan Mak merupakan lagu-lagu yang penuh dengan nasihat yang menyedarkan tentang pentingnya ikatan kekeluargaan dalam kehidupan seharian.

Manakala lagu-lagu seperti Bangkit Asal 1 (Diri Ambo) dan Bangkit Asal 2 merupakan kisah suka-suka beliau mengharungi kehidapan dari alam kanak-kanak hingga ke dewasa. Ada juga diselitkan nilai-nilai murni tentang kasih ibu-bapa dalam kehidupan....malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anda mampu menitiskan air mata sekiranya anda benar-benar menghayati lirik lagu ini

Lagu-lagu seperti Amy Nga Woh Setto serta Tupai penuh dengan kritikan-kritikan sinis dalam konteks kehidupan dan politik...


Lagu Adik-Adik USM antara lagu yang paling saya minat (Selain Bangkit Asal 1 dan 2), mungkin kerana melodi dan iramanya yang harmoni dan mendengar lagu ini seolah-merasakan bahawa beliau benar-benar ada kenagan di USM...

Dalam Album Beluai (Halim Yazid 1990-2005) beliau turut melagukan piusi Prof Dato Hasyim Yaacob yang berjudul ”Aku Hanya Mahu Ke Seberang” dalam bentuk dikir

Saya tegaskan bahawa saya tidak kenal dengan Halim Yazid dan paling penting beliau juga tidak mengenali saya. Oleh yang demikian, tiada elemen-elemen promosi atau apa-apa yang setara dengannya dalam blog ini. Apa yang saya tiluskan disisi ialah sekadar ingin berkongsi.

Berkongsi dan ingin memberi tahu bahawa daripada asyik melayan lagu-lagu syahdu yang membuai dan mengkhayalkan..apa salah sesekali dengar lagu-lagu dikir Halim Yazid yang kaya dengan nasihat....lagipun ia budaya dan budaya itu budaya Malaysia.....

Pak Kebun: Apa ada dengan seni??

Saturday, March 03, 2007

Ku Temui- Kekasih


Lama aku mencari buku ini
Maklumlah aku bukan di Negeri Bersejarah yang sekurang-kurangnya ada kedai buku yang agak hebat seperti MPH dan Thai Kuang

Ku hanya di daerah terpencil di Negeri Utara
Yang hanya gah pada nami
namun hakitkatnya ia entah-apa-apa

Buku ini aku temui sewaktu 'out-station' dan aku temuinya di MPH, Jusco, Ipoh

Walaupun kebanyakkan cerpen dalam buku ini telah aku baca namun ia tidak menjadi alasan untuk aku tidak memilikinya

Ini adalah koleksi 'antologi cerpen' (solo) Faisal yang ke dua setelah 'Perempuan Anggerik'
Walaupun, aku memiliki buku ini, namun naluri masih cemburu kerana dari Negeri Bersejarah-meretas ke Kuala Lumpur hingga ke negeri Utara, aku masih lagi gagal memiliki antologi cerpen faisal yang terawal iaitu "Safari Gilgit" dan "Sehari Dalam Perang" terbitan Sasbadi

Pak Kebun: Aku Masih Menjerit Di Lorong Bisu ....

Aku Tepu??

Aku setuju
kesibukan membunuh kreativiti
Terhimpit dengan bebanan kerja yang tak pernah aku sangkakan menjadikan aku tuli untuk berkarya
Kerja luar yang acapkali menggugat kreativiti menjadikan aku semakin kaku
I.S.O (Ikut Suka Orang) yang bakal datang menjadikan aku semakin serabut...
Entahlah

Mr JR mengungkapkan keadaan ini sebagai 'sembelit'
mungkin benar agaknya

namun yang nyata..

ide dan kreativiti aku bebar-benar terkongkong

Sewaktu aku penuhkan catatan ini aku baru sahaja pulang dari 'out-station' selama seminggu yang sudah pasti amt memenatkan minda dan jiwa

Isnin ini (5 Mac 2007) audit I.S.O akan berlangsung (aku masih keliru kenapa kita masih merelakan diri dijajah dengan pelbagai standard yang ditetapkan oleh Barat)
sudah pastinya aku pasti jadi 'sembelit lagi....