"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, March 07, 2007

Oh ISO....

Anda pernah dengar ISO?

Setahu aku ISO ialah singkatan daripada International Organization for Standardization memandangkan ianya satu standard yang bersifat antarabangsa maka kita di Malaysia juga tidak terkecuali untuk memperolehi persijilan ISO ini.

Dengan bahasa yang mudah, apabila sesebuah syarikat atau firma mendapat persijilan ISO maka secara tidak langsung ia telah menepati piawaian antarabangsa dan sememangnya tidak boleh dipertikaikan dari segi kualiti mengikut skop-skop yang telah ditetapkan.

Sepanjang hidup aku sebagai pekerja aku sebenarnya agak lali dengan ISO. Aku tidak pernah memandang serong pada standard yang ditetapkan oleh ISO tetapi aku amat jengkel dengan sikap sesetengah pihak yang amat taksub dengan ISO.

Pada hemat aku, ISO bertujuan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada sesebuah firma atau industri. Jadi pendekatan yang diambil untuk mengenalpasti wujudnya kelemahan tersebut ialah melalui audit yang dijalankan.

Namun, berdasarkan apa yang aku lalui selama ini, aku lihat auditor yang menjalankan audit ini bersikap sebaliknya. Bukannya hendak membantu memeberikan jalan kepada kesilapan yang timbul sebaliknya mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari dan mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang anda lakukan. Hingga ‘klimaksnya’ anda di anugerahkan dengan “N.C.R”

Berhujah dengan ISO bermakna anda berhujah tentang kualiti, dan skop kualiti itu anda sendiri yang tetapkan. Tetapi aku sering mempersoalkan dimanakah nilai kualiti apabila dua minggu sebelum audit dijalankan kita semua sibuk semak fail, isi semua boring-borang yang belum pernah diisi, back-dated mana-mana tarikh yang kita rasakan penting, kelentong mana-mana yang patut asalkan ia memuaskan hati auditor.

Nah..adakah kita berbuat sesuatu atas nama kualiti atau takutkan auditor (kerana kuasanya mengeluarkan NCR) ?

Pada aku, ISO adalah satu piawaian yang tinggi. Ia tidak perlu dipersoalkan namun yang paling penting ialah sikap kita. Aku tahu ISO membunuh kreativiti (borang hanya putih dan biru, File hanya putih dan Merah dan lain-lain tetapi apa yang paling penting ialah sikap kita sendiri. Sikap kita yang amat phobia dengan ISO hinggakan sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak dikurniakan NCR oleh auditor .

Kita mungkin peroleh ISO

Namun..

Jujurkah kita pada diri sendiri?

Jujurkah kita pada amanah???


Sekarang fikirkan....manakah yang penting... ISO atau Kejujuran???


Pak Kebun: Fikir dan renungkan

2 comments:

Admin Ida said...

Inilah realiti pengiktirafan ISO sekarang.Terkejar2 untuk dapatkan status tersebut tanpa mengambil kira tanggungjawab sebagai pemegang sijil ISO.Indah khabar dari rupa.

-enver-
www.jom-ber-internet.blogspot.com

Anonymous said...

Satu lagi saya hendak tambah. Mengenai auditor ISO. Adakalanya auditor tidak berapa sangat tetapi bos yang lebih-lebih. Satu hal lagi mengenai auditor dalaman ISO. Mereka ini orang dalaman organisasi itu sendiri. Adakalanya mereka ini melebih-lebih. Yang tidak masuk skoppun mereka hendak audit juga.