"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, October 31, 2008

apa-apa saja....

Sumber: UtusanOnline

Abdul Razak bebas atas tuduhan bersubahat bunuh Altantuya

31/10/2008 10:15am

SHAH ALAM 31 Okt. - Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda Abdullah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas dibicarakan selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian di akhir kes pendakwaan setelah mendapati tiada kes prima facie terhadap Abdul Razak.

Abdul Razak, 48, menghadapi tuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, dalam pembunuhan itu pada pukul 9.54 malam, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober 2006 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Razak merupakan pengarah eksekutif sebuah kumpulan pemikir tempatan. - Utusan



Thursday, October 23, 2008

Blog Faisal Dah Tiada ??


Saya kerap layari blog Faisal Tehrani untuk mendapatkan berita dan perkebangan diri dan kerjayanya...
hari ini saya dapati blognya sddah tidak wujud lagi....

apa yang sudah berlaku ?

Wallahualam

insyaAllah saya akn cuba dapatkan kepastian dari Faisal sendiri...

Kalau dah Tak Nak Bagi ...


Kalau dah tak nak bagi
macam-macam alasan boleh diberi

Tiada budget
Ekonomi meleset
kerja tidak cemerlang
tugasan tidak sempurna

kalau dah tak nak bagi
cakap sahaja tak nak bagi
usah di war-warkan semua boleh cuba

mencuba bukan senang
80 jam duduk mendengar
berjam-jam menyediakan laporan

walau dengar macam-macam berita
sudah ada senarai
hanya yang tertentu akan dipilih sahaja

tapi tetap mencuba

nah....
keputusan dah diterima
terasa segala yang dibuat sia-sia

benar kata orang
kalau dah tak nak bagi...

buat apa sahaja
dia tetap tak nak bagi....

kerana aku tau
mr moustache juga tahu

kami tidak akan mengampu.....

Cermin


Lihat wajah mu dicermin
adakah ia masih sama?

Lihatlah wajah mu di air
tetapkan ia sempurna?

Tepuk dulang paku serpih
mengata orang dia yang lebih

Friday, October 17, 2008

Steady Tok Ali !!


Petikan dari Utusan Malaysia Online- 17 Oktober 2007

Ali Rustam masih yakin

MELAKA 16 Okt. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yakin peluangnya untuk melepasi kuota pencalonan cerah bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac depan.

Menurut beliau, masih terdapat 161 bahagian akan bermesyuarat mulai hujung minggu ini dan berharap bahagian-bahagian tersebut memberi peluang kepada beliau untuk mendapatkan kuota pencalonan yang mencukupi.

“Saya yakin insya-Allah akan mendapat pencalonan yang cukup untuk memenuhi kuota pencalonan Timbalan Presiden sebanyak 20 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Menteri Melaka itu sehingga kini memperoleh tiga pencalonan sejak mesyuarat bahagian bermula di seluruh negara 9 Oktober lalu, iaitu masing-masing dari UMNO bahagian Kota Kinabalu, Parit Buntar dan Kota Melaka.

Katanya, beliau menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden kerana wujud kekosongan dan yakin akan dapat bekerja bersama-sama Presiden UMNO yang baru.

“Ini bagi memperkuatkan UMNO untuk mengembalikan semula sokongan ahli-ahli parti dan rakyat kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang, demi masa depan bangsa, agama dan negara,” katanya.


STEADY TOK ALI AKA TPM DARI NEGERI BERSEJARAH

TAK MENGAPA BARU TIGA PENCALONAN, KOTA MELAKA DAN KOTA KINABALU SEMUA SUDAH JANGKA...

160 BAHAGIAN LAGI BELUM BERSIDANG

ITU TAK TERMASUK BAHAGIAN MUMBAI (BOLLYWOOD) KALAU ADA TENTU TOK ALI DAPAT PENCALONAN TINGGI DAN CONFIRM TAHUN DEPAN RAMAI LAGI YANG DAPAT (DGSM) YANG MEMBAWA GELARAN DATUK..

HAHAHA...TOK ALI OH TOK ALI....

Thursday, October 16, 2008

Tuesday, October 14, 2008

Mimpi rupanya..atau Apa Mimpi ?


Sabar-sabar
Jangan bising-bising
Jangan gaduh-gaduh


Dulu isteri saya dapat tittle Datuk
Anda semua bising jugak

Padahal isteri saya banyak menyumbang kepada negeri Melaka


Tuan-tuan mana tahu?

Tuan-tuan bukan nak bantu saya majukan Melaka.,
hanya nak kutuk sahaja


Shah Rukh Khan banyak menyumbang kepada negeri ini

Dia boleh bantu menarik kedatangan pelancong ke Melaka

Pelancong akan kenal Melaka melaluii SHah Rukh Khan

Bila pelancong banyak datang pendapatan negeri akan naik
Melaka akan lebih maju

Bila Melaka maju siapa untung?


Tuan-tuan jugak

Siapa tuan-tuan?

Orang Melayulah..


hahahaahahahhahhhahahahaha

Isy.....huh...mimpi rupanya.....
wassalam