"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, December 01, 2008

Catatan Perjalanan: Patin Muncung

Sedikit Informasi Tentang Ikan Patin:

Temerloh adalah lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 327 disebelah utara dan 102 26 di sebelah selatan. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan juga Sungai Semantan. Ianya juga adalah terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini.

Ikan patin atau lebih dikenali Patin Sangkar atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi. Terdapat berbagai jenis patin seperti Patin Muncung, Patin Buah, Patin Lawang, Patin Mas (kacukan buah & patin muncung), Patin Juara dan sebagainya.

Seketul Ikan Patin Sangkar Masak Gulai Tempoyak adalah dijual dalam harga RM5 hingga RM9 seketul. Bagi seketul Ikan Patin Muncung, Patin Juara atau sebagainya jika dimasak gulai tempoyak, harganya boleh mencecah sehingga RM100 seketul. Ini kerana Ikan Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara sukar ditangkap kerana ianya banyak terdapat di Sungai Pahang. Harga pasaran bagi ikan tersebut adalah diantara RM50 hingga RM220 sekilogram. Oleh itu, jika anda ingin makan ikan Patin tanyalah terlebih dahulu sama ada ianya Ikan Patin Sangkar atau sebaliknya.

Maklumat lanjut tentang Temerloh dan Ikan Patinnya yang tersohor anda boleh klik di sini (http://www.patin.temerloh.net.my/news.php)



Petikan Utusan Online:
ARKIB : 19/09/2008

Dua ekor ikan patin berharga RM630

JERANTUT 18 Sept. - Seorang nelayan, Adenan Nipah, 54, dari Kampung Tempan dekat sini, memperoleh pendapatan berbaloi apabila dua ekor ikan patin muncung terkena jaring yang dipasang di Sungai Tembeling, berhampiran kampung itu pagi ini.


Kedua-dua ekor ikan patin seberat sembilan kilogram itu berjaya dijual dengan harga RM630 kepada pengusaha restoran sebuah resort di Kuala Tahan dekat sini hari ini.


Menurut Adenan, dia tidak menjangka jaring yang dipasangnya malam tadi berjaya memerangkap ikan patin muncung iaitu antara jenis patin yang termahal di pasaran.


''Mungkin ini rezeki bulan Ramadan. Sebelum ini saya jarang dapat menangkap ikan patin yang agak besar dan dari jenis seperti ini," katanya kepada Utusan Malaysia.


Bapa kepada sembilan orang anak itu berkata, dia amat berhati-hati ketika mengangkat jaring berkenaan bagi menggelakkan ikan yang berjaya ditangkapnya itu terlepas.


''Wang jualan ikan patin ini dapatlah saya menampung belanja keperluan membeli pakaian anak-anak dan buat kuih-muih untuk Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi," katanya yang telah menjadi nelayan sejak 40 tahun lalu.


Kata Adenan, isi ikan patin muncung sangat enak dimakan apabila dimasak asam tempoyak, iaitu makanan tradisional negeri Pahang khususnya ketika berbuka puasa.



Kalau dah namanya rezeki (setidak-tidaknya rezeki melihat ia ditangkap dan dijual secara 'live' )

Foto: Patin Muncung

Lokasi: Pekan Sehari, Temerloh
Tarikh: 30 November 2008
Masa: 8.30 am-9.30 am

Anda pernah tengok ikan patin?
Andah pernah merasai keenakannya?

Tanyalah pada orang Temerloh tentang patin tanyakan tentang rasanya.

Kemudian, jangan lupa tanyakan juga tentang patin jenis apa yang amat sukar ditemui (rare species) dan harganya sekali.

Tentu 'Patin Muncung' adalah jawapannya.

Jika patin yang diternak (lebih dikenali dengan mana patin sangkar berharga anggaran RM 10-12 se kg) patin muncung pula berharga lebih dari RM 200 sekg

Amacam?
ada berani??

Kata abg ikan di Pekan sehari (Temerloh), patin muncung mempunyai dua ciri yang berbeza dengan patin dari jenis lain iaitu:

1) Mulut yang lebih kecil
2) Mempunyai 2 urat janggut
3) Warnanya yang keemas-emasan (Perhatikan Foto di bawah dengan Teliti)

Foto: Ciri-Ciri Ketara Patin Muncung

Perbezaan ini memang amat ketara apabila kita mengamati patin muncung ini dengan teliti.

dari segi rasanya?

Kata orang ia lebih sedap (padan dengan harganya yang melebihi RM 200 sekg seperti yang diberitahu), namun hakikatnya belum 'standard' aku untuk merasanya, dapat tengok dan pegang pun sudah memadai kerana bukan semua orang berpeluang melihat patin jenis ini di depan mata...

Patin Muncung yang berjaya dinaikkan pada hari itu seberat 3 kg, setelah dibuang perut dan di bersihkan beratnya ialah 2.8 kg

Harganya seperti diberitahu kepada aku ialah RM 280 se kg. jadi harga jualan patin ini pada hari tersebut ialah RM 784.

Lebih mahal dari harga seekor kambing,
Lebih mahal dari harga dua bahagian Korban kelompok (Aidil Adha)


Foto: Patin Muncung Yang Sama (dalam bekas kemudian dipindahkan ke atas akhbar)

Inilah rezeki Allah
Rezeki ke atas tiap-tiap hambanya yang berusaha...

Aku yakin, abg yang menangkap patin ini bersyukur kepada Allah atas rezeki yang telah dikurniakanNya pada hari tersebut

Aku juga bersyukur pada Allah kerana melihat sejenis ikan yang amat jarang dapat dilihat alaupun oleh warga Temerloh sendiri.....


Foto: Dapat Pegang dan Bergambar Pun Jadilah...


Penghargaan buat Pak Anjang kerana tanpa Telefon bimbit berkameranya sudah pasti foto-foto ini tidak akan dapat dirakamkan....


No comments: