"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, February 10, 2010

Doktor@Dr



aku keliru....
ketika ramai orang yang macam nak pecah kepala membuat Ijazah Doktor Perubatan (M.D /MBBS)

ketika ramai orang yang rasa sangat tertekan ketika proses mendapatkan Ijazah kedoktoran (PhD)

tiba-tiba ramai pulak yang aku tengok muncul di akhbar, TV dan majalah yang mempromosikan 'prduk' dan 'kehebatan' masing-masing...

dan yang paling seronok kebanyakkannya ada guna tittle "Dr" di hadapan nama masing-masing. Yang sangat menarik perhatian aku ialah dua orang ini... (kita lupakan soal Fazley..sbbb menang dia 'kelentong' )

Keliru....


Sampai hari ini aku masih keliru apa itu 'fungsi' bandar
bagaimana hendak mengukur 'fungsi' tersebut
dan bagaimana hendak mengaitkan antara 'fungsi' dan hierarki' dalam konteks pertumbuhan dan pembangunan sesebuah bandar...

sedangkan....

Mahaguru telah buat satu 'paper' (dalam jurnal) tentang perkara ini
30 tahun yang lalu
ketika itu usianya baru 28 tahun
ketika itu dia dah 'expert' dengan apa yang aku 'masih keliru'


30 tahun yang lalu...
hari ini?

Setelah 30 tahun...
ketika aku berusia lebih dari usianya (pada 30 tahun yang lalu)
aku masih keliru dan tercari2

jauhnya jarak kami.....

Saturday, February 06, 2010

Oh Malaysiaku..


Hari Ketiga: Saiful Pakai Seluar Dihadiahkan Anwar Pada Hari Kejadian

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.

Dia turut memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil daripada badannya selain baju dan seluar dalamnya berjenama Levi's yang turut dijadikan bahan bukti.

Beliau memberitahu, seluar panjang hitam yang dipakainya pada masa kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Keterangannya itu membuatkan orang ramai di galeri awam yang sebelum ini khusyuk mendengar perbicaraan kes berkenaan agak terkejut.

Sementara Anwar yang berada di kandang tertuduh dan asyik menulis turut memandang ke arah bekas pembantunya itu yang sedang memberi keterangan dalam kandang saksi.

Selepas itu, beliau dilihat menoleh ke belakang sambil berkata sesuatu kepada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di tempat duduk awam di belakang kandang tertuduh.

Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam pemeriksaan utama selepas bertanya kepada plaintif mengenai seluar itu, Mohd Saiful berkata, seluar panjang itu diserahkan kepada polis ketika dia berada dalam bilik tidur di rumahnya di Bandar Utama dekat sini.

Beliau berkata di rumahnya itu, turut diserahkan kepada polis termasuk seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levi's yang dipakai semasa kejadian dan juga baju kemeja hijau jenama G2000 yang dipakai semasa membuat laporan polis.

Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam berwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu juga turut memberitahu mahkamah bahawa seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada bekas majikannya itu.

Mohd Saiful merupakan saksi pertama yang memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, Mohd Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil DNA. Beliau kemudian menandatangani setiap borang serahan barang kes itu.

Pada akhir prosiding, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar "Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah".

"Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor. Begitu juga dalam Sinar Harian," kata Karpal.

Mohamed Yusof pula berkata: "Saya percaya ada jurugambar yang masuk ketika prosiding melawat di tempat kejadian di kondominium itu, tetapi apa yang dipersetujui, apa yang diberitahu oleh saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful)telah tiada bantahan."

Karpal berkata akhbar berkenaan menggunakan perkataan "katil" dan bukan "tempat" dan itu bukanlah apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah terbuka.

Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak nampak sebarang tindakan menghina mahkamah berhubung laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian itu memandangkan perkataan "katil" telah pun disebut semasa prosiding mahkamah terbuka.

Sementara itu, sebanyak dua trak meriam air Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersama tiga trak lain yang membawa anggota pasukan terbabit masuk ke pekarangan mahkamah.

Difahamkan ia sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya demonstrasi yang didakwa akan diadakan selepas solat Jumaat di perkarangan mahkamah oleh penyokong Anwar.

Perbicaraan disambung Isnin ini.


PERKARA BARU BELAJAR HARI INI:

NAK LIWAT GUNA CECAIR KY JELLY
NAK LIWAT KENA ATAS KATIL

NAK LIWAT KENA HADIAHKAN SELUAR DAN BAJU


KEPALA HOTAK KAU...
SELAMA NI KAU JUGAK YANG AJAR RAKYAT UNTUK BERBUDI BAHASA...
BILA RAKYAT MENCARUT
KAU MARAH
BILA SASTERAWAN MENCARUT KAU MARAH...

SEBENARNYA SIAPA YANG AJAR KAMI MENCARUT?
KALAU BUKAN KAU?

ADUHAI...
PENING KEPALA HOTAK AKU...

Mengada-Ngada...


SEBENARNYA DIORANG MINTA APA?
NAIK GAJI?

NAIK PANGKAT?
ATAU TUKAR KEMENTERIAN?

ATAU SAJA NAK MEMEKAK?

PESAN AKU SATU AJE KALAU NAK PAKAI TITTLE 'PENSYARAH' KENA LA BUAT RESEARCH A.K.A PENYELIDIKAN.....

KALAU TAK TAU BUAT PENYELIDIKAN BLAJAR CARA BUAT PENYELIDIKAN....

SEBAB TITTLE 'PENSYARAH' ITU SANGAT BESAR... KALAU MALAS BUAT PENYELIDIKAN (BANYAK ALASAN AKAN DIBERIKAN NANTI) KEMENTERIAN TUKAR AJE TITTLE JAWATAN DIORANG...

ATAU SUSAH-SUSAH TUKAR JE KEMENTERIAN .....


PADA AKU....


PENSYARAH TANPA RESEARCH STANDARD MCM 'MAT REMPIT TANPA MOTOR' ATAUPUN 'ARTIS TANPA ALBUM' ..

YANG HANYA PANDAI MEMEKAK TANPA ADA APA-APA BUKTI KESARJANAAN MEREKA...


INI PANDANGAN DAN PENDAPAT...


SIAPA-SIAPA BERHAK SETUJU DAN SIAPA-SIAPA BERHAK TIDAK SETUJU...


PETIKAN MSTARNEWS (6 FEB 2010)
Pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik Berhadapan Masalah Lepas Tukar Kementerian

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti kini menghadapi pelbagai masalah termasuk kenaikan jawatan dan gred gaji selepas institusi pengajian tinggi itu diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2008.

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata sehubungan itu ada antara pensyarah mendakwa mereka lebih selesa berkhidmat ketika kedua-dua institusi itu berada di bawah Kementerian Pelajaran.

"Kriteria yang perlu bagi kenaikan pangkat walaupun bagi pensyarah kanan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun adalah sangat ketat kerana mereka terpaksa membuat penyelidikan, kursus dan temuduga.

"Jika ada kenaikan pangkat ia adalah secara kekal dan akan ditempatkan di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Presiden NUTP Hashim Adnan pula berkata tahap skim perkhidmatan kolej komuniti dan politeknik kini lebih rendah berbanding tingkatan enam, kolej matrikulasi dan institut perguruan.

"Skim perjawatan bagi institusi itu adalah daripada gred 44 ke atas sementara bagi pensyarah kolej komuniti dan politeknik gaji mereka adalah lebih rendah hanya daripada gred 29 hingga 41, justeru ia perlu diteliti semula oleh pihak kementerian," katanya.

Tambahnya selain kenaikan jawatan dan gred gaji terdapat masalah lain seperti kesukaran memohon cuti tahunan.

"Sebelum ini mereka hanya menikmati cuti semester bagaimanapun ia telah diubah menjadi cuti tahunan yang sukar untuk dipohon," katanya.

Hashim berkata perkara ini sudah pun diajukan kepada pihak kementerian berkaitan sejak dua tahun lalu.

"Kami telah membawa perkara ini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi tetapi selepas dua tahun ia masih belum dapat diselesaikan yang kemudiannya kami terpaksa dedahkan untuk membuka mata pihak tertentu," katanya.

Untuk rekod, sehingga kini jumlah pensyarah politeknik ialah seramai 6,406 dan kolej komuniti ialah 2,093 orang.- BERNAMA


Friday, February 05, 2010

Disiplin


apa rahsia mahaguru berjaya?
-disiplin
apa rahsia nak siapakn tesis cepat?
-disiplin
Apa rahsia nak buat tesis yang terbaik?
-disiplin
Apa rahsia nak buat best literatur review?
-disiplin....

ya aku kena ada disiplin...
dan hari ini buat kali yang entah ke berapa ribu aku mensasarkan untuk menjadi orang yang berdisiplin.....
dan...hari ini...seperti hari-hari yang lalu....aku tetap tidur jam 5.00 pagi...dan mula masuk kerja jam 12 tengahari....

disiplin kepala hotak aku....
kalau macam ni
sampai mampus pon aku masih begini......

Bilik

Kalaulah bilik yang sebegini pun diorang tak pandai jaga security...apa nak jadi la tempat kerja aku ni...

Gila

Kepala babi
bakar masjid
bakar surau
bakar gereja
Liwat
apa nak jadi lah sekarang
semua macam sudah gila

Thursday, February 04, 2010

masa

ini bukan masa berjalan dan melambai-lambaikan tangan...
ini masa untuk berlari dengan pantas....

Peluang

Kata 'Orang Atas' - 'dia' tidak mungkin boleh berjaya
kata aku...bagaimana 'dia' hendak berjaya kalau kau tak memberinya peluang?

Friday, January 29, 2010

Apa Kau Cari?? (Part 3)

Cakap memang mudah
tambah-tambah lagi bukan kita yang hadapi
cakap memang mudah
bila kita tidak lalui

cakap memang murah
kerana hanya contoh diri sendiri
cakap memang murah
kerana tak terkena batang hidung sendiri
cakap memang murah
kerana cakap tak serupa bikin...