"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, October 31, 2009

Steady Tat..hahahahah

Dari Mstar Online

Akhil: Saya bersyukur Waheeda 'ibu segera' anak-anak saya

Akhil dan Waheeda tersenyum bahagia ketika majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini. -foto The Star oleh RAJA FAISAL HISHAN

RIAK ceria kedua mempelai, penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy dengan penyanyi dan pelakon Waheeda menggambarkan mereka sedang berbahagia melayari bahtera perkahwinan ini.

Pasangan yang dinikahkan pada 16 Ogos lalu ini nampak begitu mesra dan manja antara satu sama lain ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Dewan Guthrie, Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Walaupun perkahwinan mereka sebelum ini berlangsung penuh ‘kontroversi’, namun majlis itu tetap meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.

Dengan konsep pelamin ‘stail Moroccan’ yang diilhamkan oleh kawan baik Waheeda iaitu Aim dari Magical Touch, pengantin perempuan bergaya dengan jubah hitam bersama tudung dan ‘veil’ kuning serta solekan nipis dengan sentuhannya sendiri manakala penganti lelaki segak dengan jubah seluar hitam.

Secara gurau bertanya di mana kopiah Akhil, dengan selamba dia menjawab ‘pakaian bukan melambangkan keimanan seseorang’.

Namun begitu baginya, ‘inilah sebenarnya perkahwinan sebab dulu saya dan bekas isteri hanya bernikah sahaja dan tiada majlis resepsi seperti ini’.

“Ikutkan kami hanya nak buat majlis nikah dan makan-makan tetapi atas permintaan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju untuk melakukan majlis resepsiini.

“Kami bukannya bersanding tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim dan pelamin sekadar untuk bergambar,” tuturnya mengenai majlis yang turut dihadiri oleh penyanyi dan pelakon Mawi bersama isterinya, Ekin.

Secara spontan, Akhil mengusap lembut pipi Waheeda ketika temubual dilakukan dan isterinya itu hanya membalas dengan senyuman manja.

Tambah Akhil, “saya bersyukur sebab dia menjadi ‘ibu segera’ untuk anak-anak saya. Saya ambil dia sebagai amanah...

“Kami faham apa yang kami lalui sebelum ini dan bertuah juga kerana mempunyai keluarga yang turut memahami kami.

“Selepas berkahwin sekarang, saya tetap ‘maintain’ macam dulu dan mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.”

Waheeda pula menyimpulkan dirinya lebih ‘terkawal’ setelah berkahwin dengan Akhil.

“Kalau dulu, iman dan nafsu saya berbolak-balik tetapi sekarang banyak yang saya pelajari dari suami seperti tanggungjawab kepada Allah, suami dan keluarga,” beritahunya dalam nada gembira.

Akhil tidak berniat memisahkan anak-anak

Ketika majlis itu berlangsung, hanya dua anak Akhil dengan bekas isterinya, Maizawati Zainal yang berada bersamanya.

Jelas Akhil, memang Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11, tinggal bersamanya dan Waheeda di Damansara.

Ditanya tidakkah tindakannya itu boleh membuatkan dua anaknya itu terpisah dengan dua beradik lain, Mohd Syatiri Idayatullah, 2, dan Mohd Syakir Idayatullah, 8, yang kini tinggal bersama Maiza.

Akhil sebelum itu memohon maaf terlebih dahulu kerana takut ada pihak lain yang terasa. Yang penting dia menjaga anak-anak yang berada di depan matanya dan biar Allah menentukan segalanya yang akan berlaku kemudian hari.

“Tiada bapa yang tidak ingat anak-anak.. perpisahan hanya berlaku antara ibu dan bapa, bukannya dengan anak-anak,” ujarnya ringkas.

Waheeda pula menambah, “Kami izinkan dua beradik itu untuk berhubung dengan adik-beradik yang lain kerana silaturahim itu penting.”

Penyanyi popular lagu ‘Wassini’ ini juga bersyukur kerana kedua anak Akhil menerima dirinya seadanya dan memanggilnya ‘mama’.

“Alhamdulillah, saya terharu dengan penerimaan mereka. Setelah menjadi ibu kepada dua anak ini, saya semakin sibuk mengendalikan makan minum dan aktiviti harian mereka sehingga langsung tidak terfikir untuk kembali ke bidang seni.

“Walaupun mereka bukan anak kandung saya, saya tetap memberikan kasih sayang yang sama rata.

“Letih macamana pun, saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan anak-anak ini,” beritahunya disusuli dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis ini termasuk Nasyid. Com.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini.

Wednesday, October 28, 2009

Rindu.....



RINDU (HIJJAZ)

Rindu itu adalah

Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Monday, October 26, 2009

Tetamu Senja



'layan ajelah'

Saturday, October 24, 2009

Kekasih ..


Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu

Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu

Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu

Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu

Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu

Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu

Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih,
hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.

NUKILAN USMAN AWANG...

Friday, October 23, 2009

Kita Tak Serupa


(Moga kau mengerti kawan)
Kita tak serupa kawan
apa saja perspektif
apa saja sudut
apa saja pandangan
kita berbeza

perjalanan yang kita lalui juga berbeza
cuma mungkin kita
melalui 'jalan' yang sama

falsafah dan pandangn kita tak serupa
nasib dan kejayaan kita juga tak serupa

jauh-jauh
berbeza

justeru
jangan dipertikai
jangan dipersoal
apa tindakan aku
kerana
kau tak akan mengerti
kau tak mampu faham
sebab
kita tak serupa

Thursday, October 22, 2009

Entah la...

Terngiang-ngiang tajuk lagu ni di telinga
entah kenapa la...
makin aku lawan
makin kuat dengar bisikan nie...


Saturday, October 17, 2009

Thursday, October 15, 2009

No Wifi??

Foto: Sepinggan Nasi 'Butter' (Tiada kaitan dengan entri ini)


Aduhai....
Sekarangkan zaman moden,
mana-mana pun orang akan 'usung' notebook
mana-mana pun orang akan cari peluang untuk dapatkan internet
tapi
kalau di gedung ilmu pun tiada wifi untuk pengguna
apa lagi yang boleh aku harapkan dari tempat-tempat lain...

Mana Punya Monkee Nie ??

Petikan Mstar Online:

Rossa tawar diri pulihkan hubungan Malaysia-Indonesia

KEKERUHAN hubungan antara Malaysia dan Indonesia ketika ini, rentetan dari isu tarian pendet sememangnya turut dirasai oleh penyanyi popular Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani yang mesra dengan panggilan Rossa ini.

Bagi Rossa yang menganggap Malaysia adalah 'rumah' keduanya memandangkan dia sendiri turut mencipta nama di negara ini, dia sedar, isu itu masih belum habis diperkatakan.

Namun, tutur penyanyi berusia 31 tahun ini, sebagai individu yang 'mengenali' dua negara ini, dia turut mempunyai kesedaran untuk cuba 'memulihkan' ketegangan yang melanda dengan cara tersendiri atas nama sebagai seorang penyanyi.

"Sedih sekali jika perkara ini berlarutan atau semakin meruncing. Mengapa perlu bersengketa sedangkan kita bersaudara dan merupakan satu rumpun? Saya senang sekali dengan layanan yang diberikan oleh kenalan dan peminat-peminat Malaysia setiap kali saya berada di sana.

"Seboleh mungkin, saya juga ingin cuba memulihkan keadaan ini dan tidak salah untuk saya lakukannya menerusi muzik. Saya percaya, muzik boleh menyatukan bangsa.

"Insya-allah, ini hanyalah salah faham yang sebenarnya boleh dileraikan andai kata semua pihak di kedua-dua negara memainkan peranan masing-masing dengan baik.

"Apa yang penting, jangan ada yang mengambil kesempatan di atas keruncingan yang sedang berlaku ini," ujar Rossa ketika dihubungi dari Jakarta, Indonesia, semalam.

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berasa risau kemungkinan peminat-peminat di Malaysia akan turut memboikot artis-artis Indonesia termasuk dirinya gara-gara isu itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies ini, dia tidak pernah terfikir sedemikian.

"Sejujurnya, saya tidak pernah risau dan tidak pula terlintas tentang diboikot. Perkara ini boleh dibendung.

"Saya sendiri ada berkunjung ke Kuala Lumpur sewaktu bulan Ramadan yang lalu dan saya bersyukur, peminat-peminat di sana tetap menerima diri dan muzik saya walaupun ketika itu isu ini sedang 'hangat'.

"Begitu juga yang saya harapkan layanan sama turut diterima jika artis-artis Malaysia datang ke negara ini. Tidak perlu boikot-memboikot," kata wanita kelahiran Sumedang, Jawa Barat, Indonesia ini.

Menurut Rossa, dilantik sebagai duta pelancongan oleh Jakarta City Government Tourism & Culture Office (JTCO) juga memberikan platform yang bagus untuk dirinya sama-sama cuba menjernihkan keadaan yang melanda.

Malah, Rossa turut teruja apabila JTCO bersama dengan Explorer Tourism Network (ETN) menganjurkan peraduan 'Fly with Rossa to Jakarta' untuk kempen mempromosikan negara itu, yang mana seorang peminat bertuah di Malaysia akan memenangi dua tiket penerbangan pergi balik bagi kelas bisnes KLM Royal Dutch Airlines dengan ditemani oleh Rossa untuk bercuti bersama penyanyi itu di Jakarta selama 3 hari 2 malam pada 4 November nanti.

"Saya berharap dengan program ini, ia dapat memberi peluang kepada saya untuk memberikan imej yang baik tentang Indonesia. Bagi saya, program ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan satu usaha yang baik tatkala kita berdepan dengan isu ini.

"Sejujurnya, saya memang tidak sabar untuk menyertai percutian ini bersama peminat bertuah itu nanti," ujar ibu kepada Muhammad Rizky Langit Ramadhan yang berusia dua setengah tahun ini.

Selain itu, pemenang bertuah akan memenangi penginapan tiga hari dua malam di hotel bertaraf lima bintang, baucer beli-belah bernilai USD300 (RM1000) dan jemputan menyaksikan 'showcase' Enjoy Jakarta Evening oleh Rossa.

Maklumat lanjut dan peraduan itu boleh disertai dengan melayari laman web www.etn.my

Bercerita tentang persembahan istimewanya, Enjoy Jakarta Evening yang merupakan salah satu program di dalam kempen itu, kata Rossa, persembahan yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe pada 3 November depan itu lebih berkonsepkan 'intimasi'.

"Ia bukannya sebuah konsert yang besar, hanya sekitar 200 penonton akan diundang untuk menyaksikan persembahan itu. Seperti biasa, saya akan membawakan lagu-lagu popular saya dan akan turut menyanyikan lagu tema kempen ini, Enjoy Jakarta," ujar Rossa yang pernah mengadakan konsert mini di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Kata penyanyi ini lagi, dia juga rindu untuk sekali lagi beraksi di depan lebih ramai peminat-peminat di Malaysia dan akui Rossa, impiannya itu mungkin akan tercapai apabila dia dijangka akan mengadakan konsert solo di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada April depan.

"Setelah melihat konsert Datuk Siti Nurhaliza di IB tidak lama dulu, saya memang teringin sangat untuk turut adakan konsert di sana.

"Sekarang ini masih di dalam perancangan, dan saya yakin, isu ketegangan yang melanda ini tidak akan menjejaskan impian saya," kata Rossa.

Sunday, October 11, 2009

Quote...


Quote of The Day:

"Pelan-pelan kayuh, jangan terkocoh-kocoh kalau tak mampu, bukan semua orang mampu kayuh laju-laju, tetapi jangan langsung tak kayuh, sampai mampus pun tak akan tiba ke destinasi "

-Pak Atan Janggut (Orang Kampung Aku)-

Saturday, October 10, 2009

Salam Selamat


Salam dan selamat itu samakah?
salam itu selamat?
selamat itu salam?

selamat pagi
salam pagi
salam menjamu selera
selamat menjamu selera

salam Aidil Fitri
selamat (Hari Raya) Aidil Fitri

Kelmarin
aku dengar

Salam Satu Malaysia
Samakah ia dengan
Selamat Satu Malaysia?

Hari ini aku dengar pula
Salam Deepavali
adakah ia sama dengan
Selamat (hari) Deepavali..

jika sama
mungkin kita akan dengar
Salam Krismas
Salam Gawai
Salam Wesak
di masa akan datang....

Wednesday, October 07, 2009

Satu Hari !!!




a

Hanya ada satu hari sahaja lagi...
anggapnya sebagai satu hari
tidak kira walau jam berapa ia bermula
dan jam berapa ia berakhir..

Banyak...
namun ini adalah 'harga' yang terpaksa aku bayar kerana selama ini lebih banyak berehat-rehat dan bersenang-senang

bekerja sendiri
atas nama perjuangan memang memerlukan ketabahan, fizikal dan mental
jika sewaktu lalu
'stand-by energy' boleh mencecah hingga 18 jam dan boleh menumpukan pada 'perjuangan' selama 10-13 jam sehari...
kini sudah tidak begitu

2-3 jam sahaja
fokus sudah mula hilang
kepala mula bergoyang-goyang
mata mula kabur dan layu

mungkin kerana umur sudah makin meningkat
diri sudah tidak segagah dulu...

semua bahan ini perlu diselesaikan (baca) dalam tempoh sehari jika ingin segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

namun, jika gagal...kepulangan ke negeri Utara pasti ditangguhkan....
salah siapa?
salah sendiri !!!

Mengingatkan...




Banyak dah
namun...
banyak lagi yang belum......


Quote of The Day:

'PhD tidak pernah memberi ruang untuk berdukacita'
(Dr Zurinah Abd Rahman)

Tuesday, October 06, 2009

Tiada Daya...



Kabur-kelam-gelap
Kabur-kelam-gelap
Kabur-kelam-gelap

sebiji Pedivit
tidak mampu menentangnya

secawan nescafe 'o'
tidak upaya melawannya

tambah
segelas kopi 'keras'
juga
tidak berdaya menghalangnya..

mengantuk tetap tiba
menarik-narik kelopak mata
berat mata memandang
berat lagi
mata yang mengantuk.....

Monday, October 05, 2009

Still Searching .....



"Whether migrants will move to small and intermediate urban centres rather than to larger cities depends on the income-generating opportunities (both 'formal' and 'informal' )available locally, and on the reasons why migrants move in the first place. By contrast, these towns also attract a significant group of professional migrants coming from other urban centres, and whole presence in small and intermediate urban centres is part of career path, ususally as employees of large private and parastatal firms who run branches in such centres" (Satterthwaite & Tacoli 2003)

still searching for a new theory related to small and intermediate urban centres.
Is "Urban Function in Rural Development (UFRD) theory" (Rondinelli) is still relevant?
Is "Growth Pole Theory" still relevant?

Cuba-Cuba


Dah lama nak merasa
hari ini hari pertama
cuba-cuba
harap boleh berkekalanlah
atas nama perjuangan...

Baru...


Malam ini
Malam bujang
duduk di rumah bujang
dengan budak-budak bujang

sudah lama tidak begini
rumah yang bersepah (ini adalah kelaziman)
alunan muzik dari gitar kapok (amat menghiburkan)
bau 'harum' asap Winston dan Marlboro

Beratur di depan pintu jamban
menunggu giliran untuk mandi dan melepas..

ini semua membangkitkan nostalgia
sedekad yang lalu
aku lalui semua ini
bersama-sama
Saidin, Pie, Sudin, Kidi, Pok Lim

kini
hari ini
aku lalui semula kehidupan itu
dalam dekad yang baru
dengan mereka yang baru

aku mungkin canggung
aku mungkin janggal

Namun
ini memang mahu ku
ini memang pinta ku

semuanya atas nama pengorbanan
atas nama perjuangan
mana mungkin bulat datang bergolek...

Moga tidak ada yang sia-sia
kerana
perjuangan ini belum selesai....

Ini Mendatangkan Kemarahan...



Marah bukanlah satu opsyen yang baik
Marah bukanlah satu sifat yang perlu di contohi..

namun
bila terperangkap dalam kesesakan di plaza tol...hanya kerana Kad Touch N Go (zing kad) yang anda ada mengalamai masalah teknikal yang tidak mampu diselesaikan oleh pihak Rangkaian Segar mahupun pihak Bank yang berkaitan..walaupun telah berkali-kali anda membuat anduan melalui panggilan telefon..

Ketika ini, marah diwajarkan....

Nasi Goreng Campur Semua

Foto: Sedang Dalam Proses Penyediaan (campurkan semua yang ada di dapur anda)

Foto:Setelah Siap, Hidangkan dengan Air Kickapoo..(cool)

Sudah lama tidak memasak


Memang suatu ketika dahulu antara kegemaran saya ialah memasak. Terkenang zaman di Pantai Dalam, memasak ikut giliran. Maklumlah semuanya sibuk dengan kuliah. Bila tiba giliran, masing-masing menunjukkan kepakaran. Bukan nak 'kembang hidung' tapi hakikatnya suatu ketika tangan ini pernah menyediakan pelbagai juadah untuk sahabat serumah. Asam pedas, nasi lemak dan Mee kari..kalau megi dan sardin itu dikira yang biasa...


Pernah juga bersama seorang shabat, di suatu ketika dekad lalu bercita-cita untuk menjadi "Tukang Masak". Alhamdulillah sahabat itu telah berjaya mencapai cita-citanya..saya barangkali tiada rezeki dalam bidang ini..


Sesekali gatal juga tangan hendak mencuba kemahiran...hasilnya, kebanyakan hari sepanjang puasa 6 ini saya menjamu selera dengan masakan sendiri dan yang paling istimewa ialah 'Nasi Goreng Campur Semua"


Rasanya???


Sendiri masak - sendiri makan
Tidak sesuai untuk hidangan orang lain


apa pun, memasak sekadar membangkitkan nostalgia terutamanya bila terkenangkan kenangan-kenangan lalu bersama rakan serumah...




Friday, October 02, 2009

Buku Baru: Keledang



"Dan hutan ini sajalah pokok-pokok ini, burung-burung ini, binatang-binatang ini dan tumbuh-tumbuhan melata ini, yang menerimanya tanpa soal jawab.
Betapa, mengertinya alam, fikirnya...."



Keledang: A Samad Said
Edisi Seni Warisan Melaka (Salut Untuk Tok Ali atas usaha ini..)

ini buku yang baru aku jumpa di Khutub Khanah

Sebelum ini aku langsung tak tahu bahawa Pak Samad ada menulis buku dengan tajuk sebegini.
Mengikut blurbnya, kisah dalam buku ini berbeza dengan "Sungai Mengalir Lesu" .


"Keledang" lebih menjurus kepada karenah hidup segolongan kaum kita sendiri. Gementar dengan ancaman oleh tentera Jepun, beberapa orang berubah menjadi 'tali barut' dan sama-sama menindas.....


Apapun, buku ini masih belum sempat dibaca....
InsyaAllah masa akan diluangkan untuk menghadamnya....

Lalu...Siapa Lagi?


Lalu,
siapa hendak kau salahkan lagi?
siapa hendak kau tundingkan jari?
apa hendak kau jadikan alasan?
apa hendak terus kau tohmahkan?

Cuti sekolah?
hujung minggu?
kipas rosak?
majlis perkahwinan?
Hari perayaan?
kenduri kendara?

semuanya?
segalanya?

lupakan segala alasan
hapuskan semua tohmahan

ini masa bekerja
bukan masa 'membuat alasan'

Quote Of The Day


"Perkara yang sukar, jika dilakukan secara berulang-ulang, berhati-hati dan dengan disiplin yang tinggi, maka setiap orang boleh mencapai kejayaan"

(Tun Dr Mahathir Mohammad)

Catatan


Kata Seorang Kawan:
"Umur muda-muda ni, elok kau beli rumah. Duit berkepuk-kepuk pun bukan boleh bawa masauk dalam kubur"

Kata Aku:
"Duit berkepuk-kepuk boleh saja bawa masuk dalam kubur, cuma ia tak bawa apa-apa manfaat sahaja"

Fikir-fikirkan..

Akhirnya...


Akhirnya Tok Isa dipilih sebagai calon BN bagi kerusi DUN Bagan Pinang. PM dan TPM sudah tak mampu buat apa-apa. Walaupun sebelum ini TPM ber iya-iya mengatakan bahawa ada lebih dari satu calon.

Namun...Dia hendak bohong siapa?

Rakyat tetap mahukan Tok Isa. Ini kehendak akar umbi. Lupakan isu rasuah dan politik wang. Rakyat tetap mahukan Tok Isa, lalu buat apa di bantah.

Bukankah rasuah sudah jadi budaya. Amalan dan gaya hidup? dari serendah-rendah pangkat/jawatan, hinggalah setinggi-tinggi pangkat/jawatan..semuanya ada budaya ini

Elok juga letak Tok Isa, TPM pasti selamat dengan alasan.

Kalau Tok Isa kalah...itu adalah kehendak rakyat
kalau Tok Isa menang..itu juga kehendak rakyat....