"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, June 29, 2011

Abis la Kerugian....

BERSIH: Negara akan hilang RM1bilion, kata menteri
Petikan Malaysiakini (30 Jun 2011)

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bakal menyebabkan negara kehilangan lebih RM1 bilion daripada sektor pelancongan, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

ng yen yen pc 150611 facebookBeliau berkata, keadaan tidak menentu akibat perhimpunan itu boleh merencatkan kehadiran pelancong sekaligus mengurangkan jumlah pendapatan sepertimana yang dicatat pada tempoh sama tahun lepas iaitu RM6 bilion melalui perbelanjaan oleh 2.2 juta pelancong.

"Berdasarkan statistik, ketibaan pelancong antarabangsa pada bulan Julai 2010 adalah sebanyak 2.2 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion.

"Jika perhimpunan itu telah kurangkan 20 peratus daripada pendapatan tersebut, kita sudah kerugian RM1.2 bilion, yang mana ini akan dirasai oleh semua pihak dalam industri," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama 16 pemimpin organisasi yang terlibat dalam industri pelancongan di Kuala Lumpur, semalam.

Ng berkata, sebagai industri yang bergerak berdasarkan situasi dan keadaan terkini sesebuah negara, perhimpunan itu bakal mengganggu pilihan pelancong yang berkemungkinan memilih untuk menghindari daripada memasuki Malaysia.

new year celebration klcc 1Beliau berkata, kesan awal perhimpunan itu mula dirasai apabila kementerian dimaklumkan yang Persatuan Pelancongan Negara China telah berada di negara ini bagi berbincang dan mendapatkan perkembangan mutakhir perhimpunan haram itu sebelum membuat keputusan sama ada untuk membatalkan pakej-pakej percutian yang telah dibuat sebelum ini.

Katanya, perkembangan itu bakal memberi kesan negatif kepada mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan berdasarkan perolehan hampir RM1 bilion negara yang dijana melalui perbelanjaan oleh pelancong negara itu tahun lalu.

Ng berkata, berikutan itu 16 pemimpin industri yang bertemu dengannya hari ini sebulat suara menentang sekeras-kerasnya perhimpunan itu dan menyarankan pihak polis melakukan apa sahaja bagi menghalang demonstrasi itu.

NONE"Sebagai pemimpin industri pelancongan yang bertanggungjawab mereka perlu menyuarakan kekuatiran mereka dan menegaskan pendirian bahawa pihak polis perlu menghalang agar perhimpunan itu tidak berlaku,"katanya.

Dalam perkembangan lain Ng berkata, kementerian bersetuju menubuhkan pusat sehenti bagi merumuskan formula mengenai keperluan guna tenaga yang diperlukan di sektor pelancongan melibatkan hotel, spa, taman tema kelab golf yang mempunyai program pelancongan golf antarabangsa.

Beliau berkata, formula tersebut akan dijadikan panduan dalam menentukan jumlah sebenar pekerja asing yang diperlukan di dalam sektor itu selain mengkaji usaha untuk menggalakkan penglibatan pekerja tempatan dalam bidang berkenaan selaras mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini.

- Bernama

Friday, June 24, 2011

Khalid Kata Jangan...

Tindakan Terhadap Mahasiswa Sertai Perhimpunan Haram - Khaled
SLIM RIVER, 23 Jun (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang didapati menyertai perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Beliau berkata menyertai perhimpunan haram merupakan satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.

"Perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa maka jelas ia adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram itu kelak.

Terdahulu, ketika merasmikan program Citra Siswa Rakyat (CSR) KPT: Khidmat Komuniti Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih di Ulu Slim di sini Khamis, beliau berkata aspek memajukan masyarakat merupakan antara aspek yang ditekankan dalam program CSR itu.

Mohamed Khaled berkata program CSR itu merupakan anjakan daripada program Baktisiswa dan khidmat masyarakat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini.

"Sebelum ini hanya seperti gotong-royong bersihkan dewan dan surau, mahasiswa datang kepada masyarakat untuk berkenalan, tetapi ini (CSR) lain yang mana mahasiswa perlu memahami isu dan cabaran (seperti Orang Asli), mereka perlu membuat penyelidikan. Ia adalah satu program yang berterusan," katanya.

Beliau berharap program berjiwa rakyat itu dapat membantu mahasiswa memahami isu sosioekonomi dalam kalangan masyarakat seperti Orang Asli dan golongan kurang upaya serta membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan.

Sebanyak lima universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya bergabung tenaga dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pejabat Daerah, KEMAS, Risda dan Jabatan Kerja Raya bagi menjayakan CSR di negeri yang terlibat.

Program CSR di Pos Bersih ini membabitkan pelbagai program antaranya pemeriksaan kesihatan, program pertanian melibatkan kira-kira 500 masyarakat Orang Asli di samping kelas bimbingan Ujian Pencapian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan secara berterusan.


-- BERNAMA