"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, October 03, 2011

Namewee..

GUA TAK PERNAH MINAT NAMEWEE, SEPERTI ORANG ISLAM DAN MELAYU YANG LAIN DI MALAYSIA, GUA MASIH BERBULU DENGAN DIA. GUA PANAS HATI DENGAN CLIP 'NEGARA KUKU' YANG BELIAU BUAT, BUKAN SEBAB NEGARA KUKU TAPI SEBAB MEMPERSENDAKAN ORANG MELAYU DAN ISLAM

GUA JUGAK BERBULU DENGAN MENTERI YANG DENGAN MUKA SELAMBA MEMINTA KITA MEMAFKAN NAMEWEE. KEMUDIAN GUA LAGI BERBULU BILA DIA BOLEH KE PARLIMEN DENGAN PAKAIAN YANG TIDAK FORMAL (SIAP PAKAI SKULL CAP LAGI)...LU ORANG TRY LA PERGI PARLIMEN PAKAI SKULL CAP..GUA PASTI LU AKAN KENA HALAU MCM ANJING DENGAN PENGAWAL DAN PEGAWAI DI SANA
TAPI WALAUPUN GUA BERBULU DGN DIA, TAPI ADA SATU SIKAP DIA YANG GUA SUKA. DIA BETUL-BETUL 'OUTLAW'. TAK KIRA SAPA. SEMUA DIA REDAH, MCM LEMBU DLM GELANGGANG MATADOR. DIA PENAH MAKI HAMUN CIKGU KAT SKOLA, ADA REASON SBB CIGU TU RASIST

DIA PERNAH MAKI HAMUN TNB SEBAB TIBA-TIBA BLACK OUT

HARI INI DIA MAKI HAMUN UTUSAN..DAN INI PALING BERANI

GUA YAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MUAK DENGAN UTUSAN
ENTAHLAH, GUA MEMBESAR DENGAN BACA UTUSAN, TAPI MAKIN BESAR DAN MAKIN TUA, GUA RASA BANYAK LAPORAN UTUSAN YANG GUA KURANG MINAT.

LAGIPUN BUAT APA GUA BELI UTUSAN RM 1.50 SEHARI ,,BAIK GUA MASUK INTERNET, MACAM-MACAM PAPER ADA. 

BERBALIK PADA UTUSAN, WALAUPUN RAMAI YG BERBULU, TAPI TAKDE SEORANG PUN YANG BERANI MAKIN HAMUN UTUSAN SECARA TERBUKA KECUALI NAMEWEE..


PUNCANYA? 

FILEM BELIAU (NASI LEMASK 2.0) DIKRITIK HABIS -HABISAN OLEH WARTAWAN UTUSAN.

PADA GUA KALAU UTUSAN ADA HAK KRITIK, NAMEWEE ADA HAK MENCARUT DAN MEMAKI HAMUN 

TAPI....RUPA-RUPANYA UTUSAN...SENSITIF...MAKA UTUSAN NAK SAMAN NAMEWEE

GUA MULA TERPIKIR,
VIDEO NAMEWEE HANYA DI YOUTUBE, BUKAN SEMUA TAU, LAGIPON BUKAN SEMUA ORG NAK LAYAN SI NAMEWEE NI..

JADI, BILA UTUSAN NAK AMBIL TINDAKAN UNTUK SAMAN NAMEWEE, GUA TENGOK UTUSAN CUBA MENUNJUKKAN BAHAWA DIA ADALAH 'SUPERIOR' DAN DALAM MASA YANG SAMA KALAU KOMEN NAMEWEE INI BUKANLAH PENTING KENAPA PERLU SAMAN DIA?

CLIP INI MAKIN MENJADI TUMPUAN DI YOUTUBE, STAKAT MASA GUA TULIS ENTRY INI DAH 52,516 YANG TGK TAPI BUKAN DI CHANEL NAMEWEE, GUA TRY SEARCH DI CHANEL DIA, SUDAH TIADA CLIP INI. MUGKIN NAMEWEE TELAH DI PADAMKAN. ATAU MUNGKIN DIA TAKUT? TAPI RELEKS, INI DUANIA INFORMASI, MASIH ADA CLIP INI DI YOUTUBE DAN GUA BAGI LINK UNTUK KITA SAMA-SAMA TENGOK... LAYAN....
 



Utusan buat laporan polis ke atas Namewee
(Malaysiakini.com 2 Okt 2011)
Jabatan Pengarang Utusan Malaysia membuat dua laporan polis ke atas penyanyi rap Namewee berhubung bidasannya terhadap akhbar milik Umno itu dan wartawannya Fauziah Arof kerana mengkritik filem terbarunya 'Nasi Lemak 2,0'.

NONEMenurut laporan Utusan 1 bertarikh 1 Oktober lalu, Namewee “menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar berkenaan serta mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan pada bulan lalu.

Dalam artikel itu, Fauziah menulis bahawa walaupun ramai yang memuji filem berkenaan, namun dia tidak berminat menontonnya walaupun ditawarkan tiket percuma.

Dia kemudian mengimbas kembali beberapa klip video yang diterbit oleh Namewee, yang dakwanya telah menyinggung orang ramai serta menghina umat Islam di negara ini, termasuk klip kontroversi Negarakuku.

Namewee, yang nama sebenarnya ialah Wee Chee Meng, kemudiannya membalas dengan memuat-naik satu klip video dalam bahasa pasar yang berjudul 'Namewee Fxxx Utusan'.

NONEVideo itu memaparkan kekecewaan Namewee yang 'menghentam' akhbar itu dan Fauziah.

Hujahnya, semua lagu-lagu yang digubahnya itu adalah bersifat patriotik dan mempersoalkan sama ada Fauziah memahami lirik berkenaan.

“Lu tak faham, lu cakap saya dulu buat apa xxx... Saya kutuk siapa? Dulu saya kutuk siapa?

“Saya panggil orang jangan jadi orang yang perkauman. Saya panggil orang kerja betul-betul. Saya sokong 1Malaysia tak boleh ah?”

Namewee kemudian melabel Fauziah sebagai 'tidak berotak' kerana menulis artikel berkenaan tanpa menonton filem itu terlebih dahulu, yang katanya, jelas tidak mencerminkan sikap profesional untuk seorang wartawan.

Menurut Penasihat Undang-undang, Jabatan Pengarang Kumpulan Utusan, Mohd. Jefri Daman, penerbitan klip video berdurasi dua minit 43 saat itu telah mengundang komen-komen negatif orang ramai terhadap akhbar dan wartawan berkenaan.

"Tindakan Namewee itu dilihat merendahkan martabat wartawan dan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis, bodoh, menjatuhkan imej syarikat dengan tuduhan melampau serta menggunakan bahasa lucah," katanya dipetik Utusan.

Undi Lah !!!

Video khidmat masyarakat ini telah di Ban oleh SKMM...dan tak leh di siarkan di TV
kata Tok Rais, video ini tak disenangi rakyat (http://www.malaysiakini.com/news/177236) ..tapi heran belom tayang lagi , macam mana dia tau rakyat tak 'senang' ?

apa hal pun sapa2 ada dalam 4.38 minit yg terluang, tengoklah clip ini dan sama-sama fikir patutkah ia diharamkan?

Fikir guna akal, bukan guna 'siku'...

Saturday, October 01, 2011

Lamanya

 INI BUKAN GUA, TAPI INI MCM PE'EL GUA

Lamanya gua tidak menulis
entah kenapa?
sedang banyak perkara yang meronta2 minta di luahkan
akhirnya semua gua simpan
semua gua pendam

Gua tau
blog ini tiada pembaca setia
sebab itu gua tak hairan sangat untuk upadate blog ini
pada gua menulis untuk diri gua sendiri
sapa suka boleh baca
sapa x suka boleh blah
gua tak dapat satu sen pon dari apa yg gua tuliskan

gua rasa gua perlu menulis lagi
tapi entah apa yg hendak gua tuliskan
gua sendiri tak pasti
tunggu dan lihat saja lah...