"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, December 27, 2007

Aku Hanya Mahu Ke Seberang !!


Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku hayati bersungguh-sungguh puisi karya Prof Hashim Yaacob ini....
makin aku baca makin kerap aku ulanginya...
Mungkin
ketika ini aku sedang bersedia
Bersedia untuk ke seberang ......

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu

Layar bertingkat kapas gulung

tiangnya tegap kayu nibung

Panjinya kain suluk atma
bekas tangan tenunan
Sri di kamar waja.

Esok,
perahu akan ke air,
mengharung samudera,
meninggalkan pantai melawan ombak dan badai.

Perahuku kecil,
lautnya ganas.
Tenanglah laut,
kuala dan muara.

Ombak jangan gila melanda.

Tiuplah bayu pada layarku laju.
Dayung jangan patah
layar jangan rekah
tiang jangan rebah
Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang.


KARYA
Prof Dr Hashim Yaacob

Berita Baru Yang Menyesakkan


Aku tak pasti tentang hari-hari mendatang
Hari-hari yang berlalu amat menyesakkan

berita baru yang aku terima
dan aku dedikasikan lagu ini untuk peristiwa dari berita yang baru aku terima...

Blues Felda Blues
Ayahku kebingungan
Mencari kehidupan
Menanggung kesamaran

Matanya memerhati
Anaknya tak terbilang
Sekarang bagaimana

Putus kata sambung hidup di Felda
Kerja keras asal perut beralas
Kuat cita hantarku ke sekolah
Mengharapkan aku mahir berladang

Setelah ku berjaya
Mengenai pertanian
Berubah perasaan

Harapan dari ayah
Bukitkan kejayaan
Di tanah milik Tuhan

Tak mengerti budaya jiwa ini
Rasa malas untuk turun bertani

Ayah terus meningkat usianya
Blues Felda Blues siapa
Penggantinya

Ramli Sarip / Bob
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd
1991 Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

Thursday, December 13, 2007

Bahalol 2


Pernah aku katakan dahulu
aku tidak suka marah-marah
aku tidak suka bising-bising

tetapi

semakin lama kau pendam
semakin panas perasaan
semakin bertambah tekanan
semakin bingung fikiran

entah kenapa agaknya keadaan semakin bingung
semakin habalol....
Mula-mula amaran tentang bilik
Kemudian arahan tentang laluan
kini arahan tentang kenderaan

apa punya bahalol ini

satu minggu 2-3 kali talian internet terputus
satu minggu 1-2 kali pendingin hawa tidak berfungsi

apa punya bahalol ini

satu minggu ramai yang menyalak tentang hendak jadi "Global Player"
satu minggu 2-3 meeting-hendak ubah itu, hendak ubah ini
akhirnya sama macam yang lama

apa punya bahalol ini

sokong membawa rebah
sudah terhantuk baru tengadah

apa punya bahalol ini

sekat semua kemudahan
internet sering ' COMPANY POLICY VIOLATION'

apa punya bahalol ini

cakap tanpa fikir
buat keputusan tanpa fikir
beri jawapan umpama orang tidak berfikir (atau memang tidak berfikir)

XPDC Huray! Huray! King El Mondoque

Dah lama sangat
Dah naik karat
Nak nak kiamat
Masih merempat
Masih melarat masih keparat

Mana maruah
Mana merdeka
Mana sakinah
Bukti satumu
Buktikan jitumu
Bukti tahu mu

Huray! Huray! King El Mondoque
Huray! Huray! King El Mondoque

Tafsir Tuan kami ni siapa Tikus parit tikus sawah Tikus sampah Tikus bukit tikus rimba tikus kota Dilahirkan hanya untuk dinista Uh... bukan ingkar Uh... nak derhaka



Tuesday, December 11, 2007

Bingung !!!


Kata Ketua Polis Negara:
Polis akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) jika ia memudaratkan keselamatan negara. Tambah beliau lagi polis tidak akan berlembut sebaliknya akan menangkap secepat mungkin lebih ramai pemimpin dan pengikut Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan perhimpunan haram di ibu negara 25 November lalu. (Sumber: Utusan Malaysia, 11 Dis 2007)

Kata Najib pula:
Rakyat diminta tidak cepat melatah sehingga terikut-ikut dengan rentak kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menyatakan pendirian terbarunya bahawa kumpulan itu sebenarnya bermusuh dengan UMNO dan bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak perlu menari-nari dengan ‘lagu’ yang cuba dimainkan oleh kumpulan tersebut kerana mereka bukannya mewakili masyarakat India negara ini secara keseluruhannya. (Sumber: Utusan Malaysia, 11 Dis 2007)

Dalam Masa Yang Sama:
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, ketua penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chang dan anggota majlis tertinggi PKR N.Gobalakrishnan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas beberapa pertuduhan kerana terbabit dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 10 Nov lalu (mstaronline) Para peguam di KL ditahan semalam (10 Dis 2007) kerana merayakan Hari Hak Asasi Sedunia. Selain itu, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS dalam kes Peristiwa Berdarah Batu Burok, September lepas.

Dulu Dulu:
Beberapa rakyat Malaysia disyaki sebagai ahli KMM (mula-mula di sebut sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia, kemudia di tukar pulak dengan nama Kumpulan Militan Malaysia). Ditangkap atas alasan menggugat keselamatan Negara> Dalam TV pun tunjuk penangkapan kumpulan Al Maunah, ditangkap kerana menggugat keamanan negara

Di Melaka:
Penternak Babi buat rusuhan....(tak menggugat keselamatan negara)

Tak Berapa Lama Dahulu:
Kita berbangga berjaya hantar rakyat Malaysia melancong (angkasawan?) ke angkasa

Dalam masa Yang Sama:
Kita dipaparkan dengan kisah rakyat yang tak cukup makan di Malaysia
Selalu Kita Dengar dan Lihat:
Pak menteri kata kerajaan akan kawal kenaikan harga barang. Kita juga lihat Pak Menteri pergi pasar
tetapi...
harga barang naik juga
Kita menderita juga
Kata Aku:
Aku makin serabut....
Keselamatann negara kesejahteraan pemerintah?
Kesejahteraan rakyat atau pemerintah yang sejahtera?
Pemerintah jaga keselamatan negara?
Pemerintah tetapkan kesejahteraan rakyat
atau
pemerintah yang berhak mengatakan bahawa ini keselamatan negara
dan ini kesejahteraan rakyat

Lagi aku fikir lagi kabur dan serabut...
Bersamalah kita dalam kebingungan
Bersamalah kita dalam ketolollan





Bahalol (Buat Yang Mengerti)

bAhALoL- XPDC

Bingkai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan toleh kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera
Tutup mata pekak telinga

TUTUP SANA-TUTUP SINI
BLOK SANA BLOK SINI
HALANG SANA-HALANG SINI
CAKAP MACAM HEBAT
CAKAP MEMANG MURAH

Tuesday, December 04, 2007

Ek Eleh.....


Aku sebenarnya malas nak membaca akhbar. Sebabnya apa yang akan berlaku ialah aku akan jadi marah dan terasan diperbodohkan dan sering melihat kebodohan yang ditonjolkan di akhbar..nasib baiklah apa yang aku baca ini percuma, kalaulah ia naskhah yang perlu dibeli nescaya aku akan menyeranah diri kerana telah membazirkan wang utnuk membeli benda yang tak berfaedah ketika pesta kenaikan harga yang amat menakutkan ini....

Anda semua bacalah sedutan berita ini...dan mungkin ada akan bersetuju kenapa saya rasa diperbodohkan dan melihat kebodohan...


Dipetik dari Mstar.com.my

Hisham: Jangan campur tangan pentadbiran negara kami
03-12-2007 06:09:37 PM

GENTING HIGHLANDS: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demonstrasi jalanan yang diadakan di beberapa lokasi sejak kebelakangan ini bukan berlaku secara kebetulan tetapi dirancang dan didalangi oleh pembangkang.

Beliau berkata demonstrasi jalanan di Batu Buruk di Terengganu dan oleh Majlis Peguam di Putrajaya serta perhimpunan oleh kumpulan menamakan dirinya Bersih dan Hindraf di ibu kota bukan berlaku secara kebetulan.

"Jika benar Hindraf nak bela kedudukan masyarakat India, Majlis Peguam memperjuangkan kebebasan sistem kehakiman, bebaskan dulu diri mereka daripada agenda tersembunyi parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Ketua Pemuda Umno, turut memberi amaran kepada pihak yang terbabit supaya tidak bermain dengan api dengan menimbulkan isu agama dan kaum di negara ini.

"Kepada mereka yang kononnya bersimpati dengan kaum India di sini, tolong jangan campur tangan urusan pentadbiran negara kami kerana kita tidak masuk campur urusan mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap dakwaan Hindraf kononnya berlaku penghapusan etnik di Malaysia. BERNAMA

Wednesday, November 28, 2007

Al Fatihah Buat Siti Salmah

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA JUALAH KITA KEMBALI

Dipetik dari Mstar Online

KUALA LUMPUR: Siti Salmah Jasni, gadis yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak pada 2 Nov lepas, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Jurucakap IJN berkata Siti Salmah meninggal dunia pada 5.40 pagi semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Keluarga Siti Salmah telah membawa pulang jenazah ke Kulai, Johor untuk dikebumikan, katanya kepada Bernama di sini.

Siti Salmah, 18, yang menderita penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lepas menerima sumbangan jantung dan paru-paru selepas keluarga seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kedah bersetuju mendermakan organ itu.

Selepas pembedahan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar IJN, Siti Salmah dilaporkan menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.

Semalam doktor membuka tiub pernafasan tetapi memasang semula pada petang setelah organ baru itu didapati belum kuat untuk berfungsi sendiri.

Keadaan gadis itu kemudian dilaporkan kritikal dan tekanan darah semakin rendah sebelum menghembuskan nafas terakhir. BERNAMA

Wednesday, November 21, 2007

Kami Masih Sayang Proton


Dalam Buletin Utama TV edisi 20 Nov 2007, ada berita yang mengatakan bahawa Proton tidak menjalinkan kerjasama dengan Volkswagen. Samada Proton tidak mahu menjalinkan kerjasama atau Volkswagen yang tidak ingin bekerjasama itu biarlah sama sama kita fikirkan

Ada satu lagi berita yang amat menarik tentang Proton, iaitu bagaimana untuk tempoh dua bulan terakhir tahun ini, tempahan Proton (Persona) telah mencecah angka 22 000 unit. Nah, ini bukan satu lawak atau keajaiban. Pada aku ia sepatutnya dah lama berlaku. mungkin bertahun-tahun yang lalu.

Berita ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia (terutamanay dari kelas pertengahan) macam aku masih sayangkan proton. Cuma yang menjadikan pembeli hilang minat terhadap proton ialah kerana kualiti dan designnya yang amat meloyakan. Bayangkan Proton Juara yang semacam kotak mancis diletakkan tayar itu, atau Savy yang separuh siap (kerana design hadapan cantik tetapi design belakang amat hodoh)...Siapa yang ingin beli????

Tahniah, Proton telah ambil ikhtibar atas kegagalan dan kebodohan tersebut. Semoga di masa akan datang akan muncullah pelbagai model Proton yang bukan sahaja berkualiti tetapi mempunyai reka bentuk yang hebat.

Andai itu tidak belaku janganlah tohmah kami kerana tidak sayang Proton tetapi Protonlah yang tidak sayang kami...

Tuesday, November 20, 2007

Pencari Kerja Di Tipu-Salah Siapa?

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Aku memang dah lama x tgk Berita di TV...Namun malam tadi kerana bali awal aku tonton juga berita di TV (3)

Satu isu yang ditonjolkan ialah tentang golongan masyarakat (kebanyakannya Melayu) yang tertipu oleh agensi mencari kerja. Pencari kerja ini dikehendaki membayar sejumlah amaun sebelum mendapat kerja yang dijanjikan dan akhirnya, wang yang diberi lesap dan agensi yang diharapkan membuat pelbagai alasan.

Dari pparan TV 3 apa yang dapat aku lihat ialah kebanyakn mangsa ialah remaja yang mungkin lepasan sekolah atau IPT.

Politikus sering melabelkan mereka sebagai pealas. Jika mereka graduan mereka sering dilabelkan sebagai terlalu memilih kerja. Ini adalah bukti bahawa bukan Graduan memilih kerja, graduan sanggup bekerja namun bila mereka tertipu siapa yang sudi membela mereka???

Aku yakin jika ini berlaku kepada bangsa Cina, tentu Datuk Micheal Chong dan anggota-anggotanya akan muncul di kaca tv dan membuat sesuatu pengumuman seperti mendesak pemerintah untuk mengambil tindakan dan sebagainya...

tetapi setakat hari ini aku tak dengar apa-apa suara dari mereka yang berkuasa untuk membuat apa-apa penyelesaian...

Atau mungkin memang takkan ada penyelesaian ????


Monday, November 19, 2007

Bawak Lilin !!!!!


Sekejap ada
Sekejap tak ada

Nak kata perkara baru...
dah lama

Mungkin belum terhantuk
Sebab tu tidak tengadah lagi

Sudah terhantuk
baru nak tengadah...

Aku di sini untuk bekerja
Aku bukan pencurik yang bekerja dalam gelap
(Malah kalau terang pun pencuri tetap mencuri juga dan Kamu takkan peduli)


Kalau gini lah tiap-tiap hari
eloklah kita bawa lilin bila datang kerja

Gunalah Akal.....

Foto: Tuan/Puan Janganlah Jadi Umpama Lembu

Yang membezakan antara manusia dengan haiwan ialah akal
Haiwan mempunyai otak , malah otak haiwan lebih besar dari otak manusia
Walaupun memiliki otak yang besar,
namun haiwan kurang berakal kecuali untuk perkara-perkara asas sahaja

Oleh yang demikian, apabila manusia tidak menggunakan akal untuk membuat sesuatu keputusan yang waras maka samalah martabatnya dengan haiwan

Ada dua pepatah melayu yang amat relevan dengan senario ini iaitu : Cerdik tak boleh diikut dan Bodoh tak boleh diajar"

dan satu lagi pepatah yang relevan dengan apa yang aku leterkan ini iaitu : Sudah terhantuk baru tengadah


Mungkin tidak semua paham apa yang aku bebelkan
Namun yang nyata ini adalah respon terhadap tindak balas yang berlaku kebelakangan ini di Planet Kreatif ini

Kerana sudah terhantuk maka ramai yang mula tengadah malah yang amat memualkan tindakan-tindakan sesudah tengadah itu adalah tindakan yang disifatkan sebagai " Cerdik Tak boleh diikut dan Bodoh tak boleh diajar".

Aku bersimpati...
Amat bersimpati...

Dalam kehebatanmereka menunjukkan KUASA
mereka terlupa bahawa mereka sebenarnya tidak menggunakan akal untuk membuat keputusan.....

Friday, November 16, 2007

Tiada Tajuk (Bahagian 1)

Saya bukan orang sastera, saya berada dalam kelas aliran sastera namun saya tidak pernah belajar kesusasteraan secara rasmi. Minat terhadap sastera Melayu timbul bila saya menjejakkan kaki ke Menara Gading.. Di Khutub Khanah yang besar dan luas di tempat saya belajar itu saya menghadam sepuas-puasnya karya karya sastera Melayu...Namun saya akui pembacaan saya tidak berstruktur. Berstruktur dalam ertikata tidak tersusun mengikut masa dan fasa...

Pada ketika itu saya membaca tulisan-tulisan A Samad Said seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri, Warkah Eropah, Al Amin, Adik Datang

Saya juga membaca Tulang-Tulang Berserakan (Usman Awang) serta beberapa antologi puisi beliau

Juga Juara, Noghogho Astana, Orang Kota Bharu (S Othman Kelantan) dan Ummi dan BAngs Sheikhtul Strenggege, Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon)

Membaca penulisan penulis-penulis tersohor ini amat memuaskan hati. Namun saya sering bertanya dalam diri..tiadakah penulis muda yang berkebolehan seperti penulis-penulis yang hebat ini???

Sebagai budak kampung yang terhad bacaannya saya terbelenggu dengan novel2 picisan . Ini kerana novel segeninilah yang berlambak di rak2 buku di mana2 kdai buku di Malaysia. malah perpustakaan yang sering saya kunjungi juga lebih banyak buku ini berbanding dengan buku lain...

Oleh yang demikian, saya tidak tahu ada seorang penulis mudah yang menulis dengan baik. kerana pada anggapan saya penulis muda hanya Akhdiat Akasyah (percayalah saya memiliki siri Budak Setan 1 hingga 3) , Liena Afiera Malik dan macam2 penulis lagi yang begitu bombastik namanya.

Hinggalah saya terbaca satu cerpen yang ditulis orlah seseorang yang bernama Faisal Tehrani (Bersambung...)

Thursday, November 15, 2007

Aku Mencari


Aku mencari
sesuatu yang hilang
sesuatu yang pudar
hilang kerana lama di tinggalkan
pudar kerana lama tidak digilap

aku pasti akn temui
cuma mungkin ia akan mengambil masa
tetapi
aku perlu mencari
supaya menjadi lebih bersedia

Friday, November 02, 2007

Kami Yang Menurut Perintah

Foto:
Gambar ini adalah hiasan (Namun yang tersirat bukanlah hanya gambar hiasan)

Kami yang menurut perintah,
tetapi bukan bermaksud kami tidak tahu membantah

Kamu semua para pentadbir yang hanya tahu mentadbir
mengeluarkan arahan tanpa pandai berfikir
seperti masa-masa lalu
walau apa kesilapan
kamu berlagak seolah-olah Malaikat...
yang tidak akan melakukan silap mahupun dosa

Lalu kamu pun keluarkan pelbagai memo dan nota
mengingatkan kami
bahawa segala kejadian
adalah kesiapan kami sendiri

Kamu yang memerintah
kami yang menurut perintah

kamu keluarkan lagi arahan
yang mengandungi kekangan-kekangan
sebagai tindak balas atas kejadian
yang tidak akan kamu akui ia lahir dari kelemahan kamu

kami bukan monyet di kandang zoo
atau patung berpakaian di kompleks membeli belah
yang sering dijenguk-jenguk pengunjung
yang perlu diintai-intai pengunjung

apakah kamu tidak fikir
perintah bebal ini akan mengganggu keselesaan kami

Malah apakah perintah ini mampu mengatasi isu utama yang sepatutnya kamu tangani???

ah...kamu mana fikirkan semua
apa yang penting
kamu memerintah
kami menurut perintah

Kamu lupa
Bahawa Allah kurniakan otak untuk digunakan bagi berfikir
pada kamu
yang penting kamu memerintah
dan kami WAJIB menurut perintah

kamu memerintah
kami menurut perintah
namun itu bukan bermaksud
kami tidak tahu
dan
tidak akan membantah....

Sebelum dan Selepas

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Sebelum Raya

Nasi Ayam RM 3.00
Gado-Gado RM 2.00
Roti Canai RM 0.70

Selepas Raya
Nasi Ayam RM 3.50
Gado-Gado RM 2.50
Roti Canai RM 0.80

Bagus peniaga
Bagus Melayu
Mungkin ini jalan cepat untuk kaya
Kemudian nak Cepat pergi Haji

Tiada apa-apa rasional
Tak Perlu nyanyi lagu Bangau-Oh Bangau

kerana kau pun tahu
walaupun kau naikkan harga

aku tetap datang makan juga
abang misai tetap akan datang makan juga
lain-lain akan tetap datang makan juga

Inilah realiti hidup di pekan kecil dalam Negara bertuah Malaysia

KeRJA

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Dalam banyak-banyak pekerjaan
inilah yang paling aku suka
paling aku idam
namun tak pernah aku dapat
dan mungkin takkan aku dapat

apa kerjanya???

Gantikan Maria Tunku Sabri..
jadi pengacara rancangan
Jalan-Jalan Cari Makan..

tambah-tambah pulak kerana tekanan kerja yang amat menyesakkan pada masa sekarang
entah la...

Tuesday, October 30, 2007

Terima Kasih (KAU TAK PERNAH MENGERTI)

Terima kasih

Terima kasih

Terima kasih

Terima kasih

Kerana tidak membaiki server internet

Kerana tanpa internet

kami terpaksa bekerja juga

Terima kasih

Kerana melewat-lewatkan tuntutan (claim)

Malah alasan TIADA BUDGET juga yang kau berikan

Kerana kau juga tahu

Lewat mana sekalipun tuntutan

Kami terpaksa bekerja juga

Terima kasih

Kerana menghantar notis peringatan

Semata-mata kerana kecurian tempoh hari

Kerana walau kecurian apa sekalipun

Kami juga akan dipersalahkan

Kami terpaksa bekerja juga

Terima kasih

Kerana tidak menghiraukan kami yang kepanasan

Tanpa pendingin hawa,

hanya kipas kecil milik peribadi

kerana tanpa pendingin hawa

kami terpaksa bekerja juga

Terima kasih

Kerana menambahkan segala macam syarat

Untuk pengesahan

Kerana walau seribu syarat

Kami terpaksa bekerja juga…..

Terima kasih

Kerana menambahkan beban dan tugasa

Kerana walau banyak mana beban dan tugasan

Kami terpaksa bekerja juga

Terima kasih

Kerana memupuk budaya mengampu dan menjilat

Menambah segala karenah birokrasi dan ‘red tape’

Menyukarkan perkara yang mudah

Menyesakkan perkara yang sedia susah

Kerana walau apa perlakuan anda

Walau apa perbuatan anda

Kami terpaksa bekerja juga

Terima kasih

Terima kasih

Terima kasih

Kerana kamu semua pandai menyanyi

Mendendangkan lagu

Bangau-oh bangau

Bila kami kemukakan aduan

Umpama anjing menyalak bukit

Umpama mentimun dengan durian

Lalu kau salakkan tentang kecemerlangan, globalisasi, taraf dunia…

Pergi mampus dengan salakan kau

Kami hanya mampu ucapkan

Terima kasih

Terima kasih

Terima kasih

Friday, October 26, 2007

Ia Dah Tiba


Aku sendiri kurang pasti bila ia diterbitkan
Namun dalam blog penulisnya, pernah diutarakan kekecewaaan beliau tentang penerbitan kedua-dua buku ini.
Aku sendiri dimaklumkan oleh Faisal bahawa kedua-dua buku ini telah terbit dan dijual semasa kami bertemu pada hari raya yang lalu

Seperti biasa, di pekan kecil negeri Utara ini, tiada kedai buku yang mampu memberikan kepuasan kepada pembaca seperti aku...

Aku berterima kasih dengan teknologi, kerana walaupun aku di ceruk ini namun aku mampu membeli buku-buku yang terbaik secara atas talian

Kali ini di dawama.com.my. Dengan potongan sebanyak 20% bagi setiap buku ia satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja tambahan pula untuk menunggu buku-buku ini berada di pasaran merupakan satu penyiksaan dan mencarinya di kedai-kedai buku pasti akan menambah penyiksaan...

Usah dipersoalkan bila aku akan selesai membaca buku ini kerana Tuhan Manusia masih lagi setia diatas meja bacaan tunggu diulit

Apa yang penting aku telah miliki...mungkin lebih awal dari orang lain...bila akan di baca??? Biarlah masa kan menentukan...

Namun seperti selalu aku yakin faisal takkan mengecewakan peminatnya...insyaAllah

SMS-Andainya Dia Menjadi Guru

Terlalu lama aku tidak menulis di Blog..dua sebab utama iaitu kesempitan masa dan kesempitan internet

Kesempitan masa kerana tekanan kerja yang melambak-lambak manakala kesempitan internet pula kerana internet leboih kerap tiada talian brbanding deng ada talian di tempat kerja bertuah ini...jadi apabila kedua-diuanya digabungkan ia menghasilkan satu keadaaan yang sangat tertekan dan membosankan

Aku tidak pasti kenapa aku begitu bersungguh mencuri masa untuk memasukkan entri ini

Mungkin kerana kmarahan, mungkin kerana kebencian atau mungkin sekadar mahu berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca bahawa selama ini saya menulis entri tentang guru bukanlah tulisan yang membabi buta....

sama-sama kita renung dan fikirkan masak-masak ceretan ini hasil komunikasi saya bersama seorang sahabat lama melalui SMS...

ANDAINYA DIA MENJADI GURU....

Askum, keputusan temuduga bila keluar?

TAK PASTI LAGI, SIAPA NI???

xxxxx la, Ada bebudak buat spekulasi kata dah keluar

KAU SEMAK DALAM WWW.EMOE.GOV.MY

Tq o…bukan dalam laman web KPM ke?

SAMA LA TGK BUTANG RESULT/SEMAKAN

Yap tapi butang semakan masih tak aktif, tapi ada info kata ada clon-calon yang dah tahu

MUNGKIN SPEKULASI JE KOT

Ok boss tapi sebagai ejen saham amanah dan insurans, teruja aku bila ada spekulasi.

KALAU DAH JADI EJEN KENAPA NAK JADI CIKGU.INCOME KAU TAK OK KE ?

Nak try makan gaji, Bisness OK. Tapi pengalaman aku dalam ekonomi yang semua barang naikbaik ada gaji tetap. Ada musim waktu tak jadi buat apa pun tak kena…apa salahnya kiri masuk sikit kanan masuk sikit

JADIK CIKGU KENA LA FOKUS, TAKKAN UNTUK DUIT JE…

Takpa, macam juga orang masuk politik..adakah ikhlas betul-betul untuk berjuang??

KAU SOKONG DAN NAK IKUT PENDEKATAN MACAM TU KE?

Kalau betul-betul ikhlas tak perlu pakai kereta besar …tapi masih ramai rakyat perlukan perhatian…Inilah dunia..untuk survival….ideologi karl marx sama rata..tapi…tak praktikal dalam dunia sebar..kenapa???realitinya, survival, peluang, opportunis

KAU DAH TELITI MARX’S THEORY OF CAPITALIST DEVELOPMENT KE??? ATAU KAU DAH BACA DAS KAPITAL ??

Lom lagi

(AKU DAH TAK GAMAK NAK BALAS SEBAB AKU MEMANG DAH MASAK DENGAN ORANG MACAM NIE, SELALU BERCAKAP TANPA BERFIKIR)

Yang syoknya, ramai cikgu besar buat direct selling reality ekonomi hari ini..tetapi anak-anak murid tak terabai…

KOMUNIKASI VIA SMS TAMAT KERANA AKU TIDAK MEMBALAS SMSNYA


mujurlah aku tiada apa-apa kuasa..andai aku ada kuasa pasti akan aku gugurkan namanya jika dia terpilih sebagai guru kerana pada pandangan aku...kelompok seperti dialah yang membusukkan profesion perguruan di Malaysia....

Apa pandangan anda????

Thursday, September 20, 2007

Aku Hairan !!!

Sahabat…
Aku hairan..sememangnya aku amat hairan….
Aku amat kehairanan dengan isu babi yang tak pernah selesai walaupun ia sudah menjangkau masa 50 tahun

Aku hairan kerana nasib penternak babi yang lebih baik dari nasib setengah manusia yang hendak mendengar ceramah
Hairan juga aku apabila isu kenaikan harga yang tak pernah putus-putus diperkatakan kerana tiada penyelesaian walaupun menteri yang berkenaan dengan muka manis pergi ke pasar-pasar menjalankan operasi yang (sepatutnya ???)

Aku turut kehairanan
Apabila rakyat di ajar satu nyanyian baru yang berjudul “Pemborong-Oh-Pemborong” bagi menggantikan versi lama “Bangau-Oh-Bangau”
Aku hairan apabila Bush menyokong Islam Hadhari bila dia berucap di Persidangan APEC di Australia tempoh hari (Sejak bila Bush faham Islam Hadhari??)

Aku hairan apabila Pengerusi OIC berkata Perundingan Damai Israel tidak Serius..(Apa tperanan OIC agaknya)
Aku juga kenapa perlu Bahasa Melayu dipanggil Bahasa Melaysia
Kenapa Koridor Pembangunan Wilayah Utara diakronimkan sebagai NCER…

Di tepi Sungai Perak yang tenang ini…

Aku teringat satu puisi yang dilagukan oleh Prof Rahman Shaari dalam satu persembahan yang pernah aku ikuti…
Dengan membuat sedikit pengubahan pada senikatanya marilah kita sama-sama lagukan…..

Jangan Kau Hairan Wahai Budak Tua (Sedutan sahaja bukan keseluruhan puisi)
(Puisi Asal : Jangan Kau Menangis Wahai Budak Tua)

Jangan kau hairan
Wahai budak tua
Kalau engkau hairan
Api membakar jua

Kalau engkau hairan air sejuk juga
Kalau engkau hairan katak melompat juga
Kalau engkau hairan hujan turun juga
Kalau engkau hairan perempuan bersalin juga

(yang ini aku tambah)

Kalau engkau hairan
Politikus rasuah juga
Kalau engkau hairan
Harga barang naik juga
Kalau engkau hairan
Pemimpin tersenyum juga

Kalau engkau hairan babi selamat juga
Janganlah engkau hairan
Wahai budak tua
Janganlah engkau hairan
Wahai si budak tua….

ApaApaAjeLah !!!!


Aku tak percaya motivasi
Biar apa sekali orang kata…ceritalah tentang asal usul motivasi
Ceritalah tentang teori-teori Psikologi Freud, Skinner dan sebagainya

Semua itu mengarut

Akupercaya manusia itu tidak static jadi ia tidak akan tetap pada satu-satu keadaan
Yang menambah keraguan pada diri aku ialah golongan yang digelar sebagai Pakar Motivasi itu sendiri…

Adakah dia benar-benar seorang pakar ???

Ada ijazah Phd sahaja tak memadai. Macam seorang artis yang tiba-tiba guna tittle Dr dan tiba-tiba jadi Pakar Motivasi dan menjelajah ke sokolah-sekolah memberikan ceramah motivasinya kepada murid-murid sekolah yang sudah semestinya bukan percuma (kesian budak-budak sekolah di Malaysia)

Untuk pengetahuan gelaran pakar itu terlaliu hebat..Mungkin seseorang itu ada Phd (samada original atau palsu aku tak nak ulas) Namun Phd bukan lessen untuk jadi pakar Motivasi. Mungkin Phd seseorang itu dalam bidang yang tiada kaitan langsung dengan bidang motivasi..jadi tak perlulah diwa-warkan dia sebagai pakar motivasi. Jkia Phdnya dalam bidang Babi, maka war-warkanlah ia sebagai Pakar Babi yang Pandai Memberi Kaunseling Contohnya…

Aku bukan apa…tiada niat untuk mengata atau berdengki hati Cuma sekadar membetulakan persepsi bahawa Phd itu bukan lesen untuk segalanya…..

Banyaknya Professor Di Malaysia

Malaysia Negara yang aman tenteram, mungkin kerana itu ramai rakyatnya bijak-bijak belaka.

Tak percaya???

Cuba kira bilangan professor di Malaysia..banyak atau tidak

Aku tak hairan jika professor itu berkhidmat di Universiti (Walupun mungkin dia seorang ‘kangkung’) tetapi yuang menariknya Professor yang berada bukan di arena akdemik

Contohnya Professor dalam perubatan tradisonal…

Atau Professor dalam pelbagai jenis terapi

Yang tiba-tiba ada gelaran professor

Seingat aku professor di Universiti sampai putih rambut buat penyelidikan, malah kadangkala sampai rambut tak sempat nak puti kerana semuanya gugur semata-mata buat penyelidikan dan menerima anugerah Professor kerana kehebatan penyelidkannya

Tetapi puak-puak ini entah dari mana agaknya dia dapat Gelaran Professor

Mungkin di beli di Internet kot seperti mana Gelaran Phd yang sering diguna oleh ramai orang

Atau mungkin di ebay agaknya..

Wallahualam

Namun tak Mustahil kerana dunia kini tanpa sempadan……

Melaka Darul Bab!! (Bahagian 2)

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

Ia sudah berlaku 50 tahun. Sama usianya dengan tempoh kemerdekaan Negara. Namun melucukan juga apabila pengerusi Jawatankuasa Tindakan Babi Negeri melaka meminta penduduk di kawasan yang berkaitan supaya bersabar sedikit masa lagi..

Permintaan ini timbul apabila hingga ke hari ini penternak-penternak babi yang amat istimewa bagi negeri Melaka masih belum lagi berjaya memenuhi kehendak kerajaan Negeri….

Dalam masa yang sama dua orang penternak babi di kawasa yang terbabit pula mengumakakan saman bagi membatalkan arahan merobohkan kandang babi mereka. Untuk makluman arahan tesebut dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (PBT bagi babi-babi di Alor Gajah)..

Oh Negaraku aman dan muhibbah

Beruntungnya jadi penternak Babi di bumi muhibbah ini….

Monday, September 17, 2007

RAMADHAN BULAN MULIA-USAHLAH MENCERCA LAGI !!!

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan. Dibukakan pintu keberkatan untuk semua hamba Allah di muka bumi ini. Tak ketinggalan juga siaran TV yang turut meraikan kedatangan bulan yang mulia ini. Aku akui banyak siaran yang bermutu yang bercorak keislaman sepanjang ramadhan ini dan antara yang terbaik yang terlah aku tonton ialah Syahadah dan Jejak Rasul

Apa yang hendak aku bahaskan di sini bukannya tentang Siri Syahadah mahupun Jejak Rasul tapi tentang kemunculan satu episode (semacam selingan dalam 15 minit) yang lebih bercorak propaganda pihak pemerintah.

Seperti yang aku tuliskan awal-awal tadi dan seperti yang semua orang Islam tahu ialah Ramadhan ialah bulan mulia dan penuh keberkatan. Oleh yang demikian adalah wajar jika kita tidak mengisahkan sesuatu yang buruk dan bobrok melalui satu-satu medium sepanjang bulan yang mulia ini misalnya.

Sebenarnya aku agak aneh. Anehnya kerana aku pada ketika tu sedang menonton satu kisah tentang P Ramlee dan secara tiba-tiba aku diganggu dengan satu klip yang muncul di TV 2 yang berjudul POLITIK DESPERADO .

Dalam keterkejutan itu, aku cuba tonton rancangan yang meualkan (kerana rasa ingin tahu) itu. Nyata, apa yang dihidangkan ialah scenario politk yang berlaku di Malaysia dan yang amat aku keali ialah rancangan ini memburuk2kan seorang pemimpin pembangkang dan dalam masa yang sama menonjol2kan kehebatan dan ketrampilan seorang pemimpin kerajaan.

Aku mual dengan semua ini. Sejak dari dahulu kita sering dimomokkan bahawa pembangkang itu jahat, pembangkang punca kekecohan, pembangkang pencetus kekacauan.

Selesai menonton rancangan tersebut aku terfikir sekali lagi bahawa kenapa ZAM hendak buat rating sendiri untuk RTM…aku kini terlalu mengerti kenapa menteri tersebut dengan cerdiknya mengemukakan cadangan sedemikian

Sambil melayan secawan The Tongkat Ali, aku berterima kasih pada ASTRO (walaupun bil dan naik) kerana aku tak dapat bayangkan bagaimana jumudnya akal penonton jika hanya terdedah kepada siaaran-siaran RTM …

Thursday, September 13, 2007

Satu SMS

Saya terima satu SMS yang memberikan sedikit ide tentang penulisan saya yang berjudul "Bahasa Melaka"

SMS tu lebih kurang begini:


' Salam Pak Kebun, apa kata jika Pak Kebun tambah lagi penguat kata lak dalam Bahasa Melaka seperti: Pedas Mencahau, Tawar Melesit, Busuk Merahang..hahaha..tentu lebih komersial...."




Foto: Sesudu Sambal yang pedas mencahau...


Salam Ramadhan


Ramadhan (Ramli Sarip)
Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku


Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu

Moga Ramadhan ini dapat sama-sama kita manfaatkan. IsyaAllah

Friday, September 07, 2007

Melaka Darul Bab !!!

Aku tahu apa yang hendak aku tuliskan ini bakal mengundang kemarahan warga Negeri Bersejarah Namun aku kena tulis juga Bagi warga Negeri bersejarah, Anda tidak sepatutnya marah ...tepai marahilah diri anda sendiri kerana anda memilih wakil yang tidak mampu bertindak demi kebahagiaan anda semua....

Aku sememangnya bangga jadi anak Melaka.

Bangga dengan sejarah, bangga dengan warisan, bangga dengan budaya, bangga dengan lenggok bahasa.


Namun isu yang satu ini menjadikan aku amat malu dan rasa nak tutup muka macam sirul yang terlibat dalam perbicaraaan Altantuya

Isu ini sebenarnya bukan isu baru.

Sekurang-kurangnya ia telah berlanjutan selama 20 tahun

Isu yang sama juga telah menjadikan Negeri Sembilan di serang virus JE

Isu ini juga telah menjadikan sungai Linggi antara sungai yang paling tercemar di Malaysia.

Isunya ialah Babi

Aku terlalu hairan kerana Ketua Menteri Melaka pernah menyatakan yang kerajaan negeri ‘hari-hari’ berunding dengan penternak babi bagi mencari jalan penyelesaian.

Malah Melaka mecatat rekod (masukkan dalam Malaysian Books Of Record ye) iaiatu kawasan penternakan babi terbesar di ASIA TENGGARA..tahniah Tok Ali

Pada 4 sept 2007, operasi memusnahkan babi dihentikan tiba-tiba. (amat hairan…kalau Kampung Berembang kerajaan amat tegas tapi kes babi amat baik hati pula. ) dalam buletin utama aku lihat ada seolah2 kekecohan, dan yang paling menarik semuanya ditangani dengan baik (mungkin itu kubu kuat kerajaan agaknya)

Hari ini, dikhabarkan lebihan 92 000 ekor babi akan dipindahkan ke selangor dan NS. Tahniah…

Aku tak tahu apa lagi yang bakal berlaku dalam polemic yang mudah ini. Mungkin kita tunggu satu
lagi virus agaknya untuk bertindak lebih tegas…
l.
(Mungkin Lepas ni Blog ni kena Samak agaknya)

Minggu Yang Menyesakkan


Minggu ini amat menyesakkan
sepanjang Isnin hingga Khamis 'outstation'
Jumaat pagi masuk ke pejabat sudah ada surat seminar untuk Jumaat hingga ahad
Isnin dan selasa ada seminar juga
paper work masih tak siap
jalan hadapan masih kabur....

Aku masih lagi terfikir....
kehebatan seseorang atas nama kualaiti atau kuantiti

kuantiti banyak karatnya
kualiti kurang jumlahnya

Sunday, September 02, 2007

Bahasa Melaka: Membongkang

Hai berjumpa lagi..
hari ini aku perkenalkan satu lagi perkataan dalam bahasa Melaka yang selalu aku dengar masa aku kecil kecil dahulu

Perkataannya ialah : bongkang, terbongkang, Membongkang

Maksud dalam Kamus Dewan (Edisi Ketiga): "Bongkang-terbongkang: terlentang, membujur, terlantar (terbaring)

Maksud Bahasa Melaka= Sama seperti dalam Kamus Dewan

Contoh Ayat: Dolah asyik terbongkang/membongkang sahaja di rumah pada hujung minggu ini.

Sekian,
jumpa lagi di lain masa...

Friday, August 31, 2007

Terima Kasih Faisal


Komen Faisal :

Saya cemburu dengan Pak Kebun. 'Nasib' pengarang tak selalunya baik; kadang-kala buku karangan sendiri pun kami tak punya! Di tangan adik ini (foto dari blog Pak kebun) adalah "Sehari Dalam Perang" dan "Safari Gilgit" yang merupakan himpunan cerpen terawal saya (sebelum Perempuan Anggerik diterbitkan kira-kira 10 tahun yang lalu). Sebenarnya ini adalah buku-buku saya yang pertama! Saya masih menuntut di Fakulti Syariah UM waktu dua buku comel ini terbit. Wah, Pak Kebun...berapa juta RM nak jual?!

(Sila Rujuk: http://tehranifaisal.blogspot.com/2007/09/cemburu.html)

Kadangkala nasib menyebelahi kita itulah yang berlaku pada saya puas saya mencari antologi mini cerpen Safari Gilgit dan Sehari Dalam Perang yang merupakan himpunan cerpen terawal Faisal Di Jalan T.A.R puas saya dan badak mengembara..beberapa kali- namun tak juga ketemui

saya pernah hubungi pihak Sasbadi (penerbit kedua-dua antologi ini) namun jawapan yang diterima hampa..sekejap katanya tiada stok, sekejap katanya dijual dalam kuantiti yang banyak sahaja

Setiap kali Kembara Buku- dari KLIBF hingga ke Kampung Buku Melaka tetap saya cari namun tidak pernah ketemu
namun pencarian yang tekun pasti akan berjaya saya percaya hakikat itu

Sepertimana saya temui edisi awal "Naratif Ogonshoto' di sebuah kedai alat tulis yang amat kecil
begitu juga dengan koleksi ini

Saya akhirnya temui di Negeri Bersejarah di kedai buku yang kerap saya kunjungi namun tidak pula disangka bahawa koleksi ini berada di rak buku kanak-kanak
kalau tidak kerana ketajaman mata Zia (dia yang memegang kedua-dua buku itu dalam foto) , mungkin hingga ke hari ini koleksi cerpen ini masih terperosok di rak tersebut..(mungkin juga jadi 'rezeki orang lain)

Monday, August 27, 2007

Bahasa Melaka: Mengkewan

Aku pun tak pasti samada Negeri Melaka mempunyai dialek yang tersendiri
walaupun memang dikenali mampunyai gaya bahasa yang agak kasar, aku dapati penduduk Melaka terutamanya golongan warga emas mempunyai dialek yang tersendiri.

Setakat ini aku belum jumpa buku yang memerihalkan tentang dialek rakyat Melaka

Oleh itu, aku cuba perkenalkan beberapa dialek Melaka yang pernah aku dengar dari orang-orang lama di Negeri bersejarah Ini..

MENGKEWAN
(tiada maksud yang diberi dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga)

Maksudnya:
Bilik air/Bilik Mandi, Bathroom, tandas???

Contoh Ayat:
Ayah ada di belakang rumah sedang membaiki mengekewan yang roboh akibat dipukul ribut

Sekian
jumpa lagi lain masa

"Cikgu" Pak Kebun

Baru dan Lama

Satahu aku
orang bertukar kepada yang baru kerana yang lama sudah tidak elok
namun aku agak pelik
kerana di sini
yang lama lebih elok dari yang baru....

hairan sungguh

Shima dan belanja Makan


Dialong yang aku dengar di sebuah pejabat kerajaan:

Rina: Shima, brapa banyak orang yang dah belanja kau makan?
Shima: Kenapa?
Rina: Kan Ke kau yang buat claim diorang
Shima: entah setakat nie takde siapapun yang belanja aku makan


Mungkin ia dialong yang biasa di dengari
namun harus diingat ia tidak sepatutnya di ucapkan oleh kakitangan kerajaan yang kerjanya menyiapkan claim orang lain

itu bukan ke rasuah???

Wallahualam

Selamat Menerima Jenazah..

Foto: Sekadar Gambar Hiasan

"Selamat Menerima Jenazah"
ucapan ini agak sinikal
namun ini merupakan satu kritikan pedas dan sinis yang diutarakan oleh seorang ahli akademik kepada graduan-graduan di Universiti-universiti di Malaysia yang sibuk 'berkonvo' baru-baru ini

Menurut beliau, kebanyakan graduan akan meinggalkan tradisi mencari ilmu sebaik sahaja mereka tamat pengajian ijazah pertama. Kerana setelah mempunyai ijazah yang yang paling penting ialah memperolehi pekerjaan bukannya memiliki ilmu yang luas...

aku tak mau komen apa-apa...

terpulang pada pandangan dan persepsi seseorang individu untuk membuat tafsiran masing-masing

Ku Temuinya...

Foto: Zia memegang buku "Safari Gilgit" (Kiri) dan "Sehari Dalam Perang" (Kanan)

Aku tak tahu entah berapa lama aku cari buku ini
namun yang pasti aku pernah suarakan ketidakpuasan hatiku pada tahun lepas semasa menjelangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006

Kali ini aku temuinya
secara tidak sengaja
di Rak buku untuk kanak-kanak
(Terima kasih buat Zia)

Inilah dia
"Sehari Dalam Perang"
dan
"Safari Gilgit"
yang merupakan himpunan cerpen terawal Faisal Tehrani (Sebelum Perempuan Anggerik)
Di Terbitkan kira-kira 10 tahun yang lalu...

Jika boleh menggkategorikan buku
aku akan kategorikan buku ini sebagai "Rare Books" kerana aku yakin tidak ramai yang memilikinya



Thursday, August 16, 2007

Anjing Itu Menyalak Lagi !!

Sekadar Gambar Hiasan

Sahabat anjing itu menyalak lagi
jika sebelum ini tidak aku hiraukan
hari ini salakannya makin kuat
mana bisa aku tenteram

walaupun aku tidak khuatir
namun kadangkala aku terfikir
apa mungkin satu hari kita digigitnya

atau..
perlu kita lemparkan batu ke kepalanya
sebelum dia menghampiri kita ???

Terpesona dengan Persona


Foto dari Utusan Malaysia

Proton melancarkan model baru hari ini
Persona namanya
harganya sederhana
bentuknya menawan
aku juga terpesona

moga-moga proton dapat kekalkan semula 'kuasanya' di jalan raya Malaysia
hebat
ciptaan anak tempatan....

semalam juga NAZA lancarkan dua modelnya
SORENTO dan SPECTRA
hebat
bukan ciptaan anak tempatan...
tapi tetap kereta nasional

aku termenung
mudah sangat rupanya nak dapat 'taraf' nasional
bawak barang luar cuma ubah nama (mungkin juga ubah cover lampu) dan dapat taraf nasional
mungkin sama mcm pendatang di negeri 'sana' asalkan boleh undi dan sokong pihak tertentu boleh dapat 'warga negara'

mudahnya...
mudahnya...
mudahnya...

kita sudah merdeka
namun
apakah kita masih tidak dijajah ????

Hairan !!!


aku nak masuk internet
broadband !!!
tetapi aku tak perlukan talian telefon rumah
kerana aku ada tefefon bimbit

tapi
kata pihak yang berkenaan
kalau hendak masuk internet tuan perlu ada line telefon...

kenapa perlu ada paksaan tak rasmi ini...
kita tidak perlu tapi dipaksa untuk terima

pelik-pelik
hapuskanlah monopoli ini
pecahkanlah dominasi ini

inikan zaman global
takperlu ada paksaan macam nie.....

Monday, August 13, 2007

Kabur...


Aku menulis bagi menyuarakan ketidakpuasan hati ku
aku bukan anarkis
aku juga bukan penjilat
malah jauh sekali jika aku dituduh tidak bersyukur

Aku berpegang kepada konsep kebebasan bersuara
apa yang aku komen semuanya realiti
apa perlu yang busuk di katakan wangi

lupakan semua
pada aku perlu dicemin diri
apa yang ada di cermin itulah perlakuan kita
jika buruk bayang di cermin buruk juga perlakuan realiti kita
tidak perlu takut dengan bayang-bayang
kerana bayang itu adalah dari kita

jika aku kritik itu dan ini
semuanya kerana aku sayangkita kan demokrasi
bukan autokrasi
mahupun oligarki mutlak
lagipun kau juga sering nyatakan tentang 'pluralisme' dalam berpolitik...

aku menulis kerana aku perlu menulis
aku akan menulis selagi aku rasa aku perlu menulis...

Wednesday, August 08, 2007

Hari Hari Macam Ni


Hari-hari macam nie

Datang kerja Aircond tidak berfungsi
Internet pula lembab teramat jika ada 'block sana-block sini'

Macammana nak ke tahap global???
tapi sering menyalak hendak ke tahap itu
ramai pula yang atas banyak bercakap dan mengarah dan turun padang untuk bekerja...
"Belalang Jadi Helang" itu sudah jadi kebiasaan
"Sokong Membawa Rebah" mungkin itu yang diamalkan
mungkin juga "Kaduk Naik Junjung"

atau amalan konsep

"Kepimpinan Melalui Teladan"

malah mungkin juga

'Guru Kencing Berdiri, Murid Kencing Berlari"


seperti kata Abang Misai
"Hamba Kerja"

kalau "Hamba Duit" mungkin tak mengapa sebab sekurang-kurangnya banyak duit..
tetapi bila hamba kerja..semua yang dibuat serba tak kena....

jadilah "umpama anjing menyalak bukit"
bukit takkan runtuh

Seperti Si Luncai...yang terjun dengan labu-labunya Biarkan-biarkan-biarkan

atau perlu jadi enau dalam belukar..yang melepaskan pucuk masing-masing?

Mana yang boleh buat sahaja
jangan fikir banyak-banyak
sebab akhir nanti kita juga yang sakit kepala...

sedang mereka tersenyum lebat memukul bola golf di padang 18 lubang...

Kak Tipah


Sekadar Gambar Hiasan

Kak Tipah bukan orang besar di kampung aku
dia bukan pemimpin
dia hanya seorang wanita yang tidak pernah bersuami

dia bukan kaitangan kerajaan
dia hanya seorang pekerja industri
ya pekerja industri dan telah berpuluh-puluh tahun dia mengabdikan dirinya dalam sektor tersebut

Sebagai seorang bujang beliau mungkin tidak terasa (atau mungkin tidak prihatin) dengan apa yang berlaku

Teringat aku bila seorang jiran menyarakan tentang kenaikan harga

Kak Tipah dengan bangga menjawab:

"Barang nak naik, naik lah aku tak kisah, asalkan jangan perang sudah"

inilah minda Kak Tipah
dia berfikir dengan pendekatan yang amat mudah
aku yakin ramai yang sependapat dengannya
namun kepada yang tidak sependapat dengan beliau mungkin tidak berpuas hati...

tetapi ingatlah
bahawa hakikatnya ini minda Melayu
Minda yang tunduk dengan apa yan dibuat oleh pemerintah
minda yang tidak di canai
dan sering menganggap mudah sesuatu perkara atas alasan asalkan perkara lain yang lebih teruk tidak berlaku...

aku sekadar berfikir...
adakah kerana hanya membantah kenaikan harga barang
negara boleh di serang????

Fikir-fikirkan...

Monday, August 06, 2007

Segera !!!


Semua orang suka yang segera
pantas dan mudah

namun semua orang maklum bahawa yang segera itu banyak keburukannya

itu dalam konteks makanan

macam mana dengan cikgu segera???

Maksud aku yang belajar tak sampai setahun dan praktikum entah berapa minggu tiba-tiba jadi cikgu untuk sehingga sampai usia persaraan

Aku tak pasti
cuma mungkin pihak2 yang berkaitan boleh buat kajian samada cikgu-cikgu yang sering menimbulkan pelbagai karenah adalah cikgu segera atau sebaliknya

aku takut
anadaikata yang segera selalu buat hal
tetapi yang tulen sering dipandang serong

Wallahualam

-aku hanya tukang kebun-

NickName


Macam-macam nama gelaran ada...
kalau dalam gusti ia untuk menunjukkan kehebatan seseorang penggusti

di Malaysia juga macam-macam orang ada macam-macam nama gelaran
aku tak pedulik tentang en, tuan mahupun nama gelaran dari tempat asal spt johor, kelantan dsb

aku tahu takde statistik yang jelas tentang bilangan artis di malaysia
tetapi berdasarkan nama gelaran aku tahu ada banyak
nak membuktikan bahawa terlalu banyak artis di negara kita maka dia diletakkan dengan nama program yang di muncul oleh itu tak hairanlah ada artis kita yang namanya berakhir dengan AF, One In A Million, Gang Starz dan lain-lain

lawak sungguh....

Dia Dah Marah..


Sahabat
dia dah marah
dia dah beri amaran
katanya kebebasan bersuara tidak boleh disalahgunakan
katanya lagi sekiranya tidak hargai kemerdekaan
mengalir air mata darah sekalipun belum tentu kita dapat kebebasan lagi

aku pelik
pelik
pelik

kebebasan bersuara????

Friday, August 03, 2007

Kerja Angkut Sampah: Otak Macam Sampah


Pagi: Tong sampah bertutup kemas dan ada sampah di dalamnya
Petang: Tong tergolek, tutp entah ke mana, sampah telah dikutip...

Tak tau nak kata

Mungkin pekerjaan mempengaruhi otak agaknya...

Tuesday, July 31, 2007

Aku Keliru


Sahabat
aku bengang hari ini
pening dan serabut
Kenapa masyarakat kita jadi begini ???

Kempen membaca perlu ada artis
pesta buku perlu ada artis
Perayaan merdeka juga perlu ada artis
Kempen anti dadah juga panggil artis

Yang terbaru

Derma- "Dapur Untuk Darfur"
juga perlukan artis....

apa sudah jadi sahabat ???

Inikah Tuhan Alaf baru???

Aku masih terlau bengong untuk berfikir...

Dia Yang Serba Tak Tahu..

Sekadar Gambar Hiasan


Sahabat...
Kau tanyalah apa saja kepadanya...
isu murtad, mahupun hal bonus..
jawapannya amat mudah
hanya tiga perkataan..
"Saya Tidak Tahu"

lalu apa reaksi kita sahabat???

Usah kita fikir...
baik kita ikut contohnya'
balik dan tidur.....

Bicara Buku-G.I.M

Sudah terlalu lama aku berjanji kepadanya untuk menyiarkan tulisannya, namun atas alasan tugasan aku tanguhkan. hari ini aku tunaikan janji. Moga dia akan terus membaca dan memikir....

Tajuk :G.I.M.(Gemuk Itu Menarik)

Penulis :Ida Rizyani & Talhah

Penerbit :PTS ONE TEEN

Tarikh Beli :28 Mei 2007

Tarikh Habis Baca :29 Mei 2007

Harga :RM 13.00

Tempat Beli :Pustaka Fajar (DBP Peringgit,Melaka)

Pengulas :rozie@zia_saleh


ULASAN:

Buku ini mengisahkan tentang kegigihan dan kesabaran seorang remaja gemuk yang bernama Najwa dalam menempuhi liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri.Oleh kerana bentuk fizikalnya yang gemuk,dia sering diejek oleh sebilangan rakannya yang tidak senang akan kehadirannya.Najwa mempunyai seorang adik yang bernama Nadia. Najwa seorang yang tidak mudah berputus asa kerana telah berjaya memenangi pertandingan lari dalam guni walaupun ramai yang mengejek dan tidak percaya akan kelebihan dirinya itu.Namun,sahabatnya Azlin,memberi motivasi kepada dirinya untuk tidak berputus asa. Akhirnya,Najwa membuktikan kepada Shahrul yang selalu mengejeknya bahawa dia juga boleh berjaya dalam pertandingan itu walaupun berbadan gemuk.Najwa berasa amat kecewa apabila ada sebilangan orang yang memperkecilkan dirinya yang gemuk itu.

Dia berasa sedih kerana badannya yang gemuk itu,dia tidak boleh berfesyen seperti orang lain. Segalanya berubah apabila seorang pelajar baru yang kacak bernama Faiz berminat menganggotai kumpulan“study group”yang diketuai oleh Najwa dan dianggotai oleh Khairul,Jamilah dan juga Hamidah yang merupakan anggota yang paling pandai kerana dari kelas tingkatan 4 Bijak.

Faiz seorang yang baik dan rajin walaupun dia mempunyai ramai peminat perempuan,dia tidak suka melayan perempuan tanpa sebab. Faiz juga seorang yang pemurah kerana telah menghadiahkan Najwa buku “Panduan Pemakanan Sihat”sempena hari lahirnya.Pada mulanya Najwa berasa amat marah kerana menyangka Faiz menyindirnya dengan menghadiahkannya buku itu.Setelah Jamilah menerangkan segalanya,baharulah dia tahu yang sebenarnya Faiz kasihan melihat dirinya diejek oleh sebilangan rakannya yang nakal dan mahu dia berdiet dengan cara yang betul.

Dalam diam diam,Najwa meminati Faiz tetapi tidak berani menyuarakan isi hatinya kepada Faiz kerana dia tahu tidak mungkin Faiz akan menerima seseorang yang gemuk seperti dia sedangkan ramai lagi perempuan yang cantik di luar sana.Najwa tekad untuk menguruskan badannya berpandukan buku yang dihadiahkan Faiz kepadanya.Dengan semangat yang kental,Najwa mengamalkan diet yang betul dan bersenam 3 kali seminggu. Akhirnya, Najwa berjaya menurunkan berat badannya.

Kini,Najwa telah mejadi cantik dan mempunyai bentuk tubuh yang langsing.Semua yang pernah mengejek dirinya dahulu,hampir tidak percaya akan perubahan fizikal dirinya.Najwa juga mempunyai peminat iaitu Abang Rushdi yang merupakan abang sepupu kepada Jamilah.Tetapi,Najwa tidak berminat dengan Abang Rushdi kerana dia hanya minat kepada Faiz.Suatu hari,rahsia Faiz terbongkar jua apabila dia menceritakan isi hatinya terhadap Najwa kepada Jamilah.Sebenarnya,Faiz sudah lama meminati Najwa Cuma,dia takut menyuarakan isi hatinya kepada Najwa.Jamilah berjanji,.dia tidak akan memberitahu perkara itu kepada Najwa.Suatu hari,berlaku perselisihan faham antara Faiz dan Najwa.

Faiz difitnah oleh Anita memburuk burukkan Nadia dihadapannya.Najwa berasa begitu sedih dan mempercayai fitnah itu.Najwa menceritakan segala cerita buruk yang didengarinya tentang Faiz kepada Jamilah.Tetapi, Jamilah tahu bahawa cerita itu adalah fitnah semata mata.Jamilah juga mengatakan yang Faiz itu seorang yang baik dan dia terpaksa memungkiri janjinya kepada Faiz dengan memberitahu Najwa perasaan Faiz terhadapnya demi mengembalikan kepercayaan Najwa terhadap Faiz.Najwa terkejut mendengar berita itu namun,jauh disudut hatinya dia gembira dan bersyukur kepada tuhan mendengar berita itu…..