"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, August 27, 2007

Bahasa Melaka: Mengkewan

Aku pun tak pasti samada Negeri Melaka mempunyai dialek yang tersendiri
walaupun memang dikenali mampunyai gaya bahasa yang agak kasar, aku dapati penduduk Melaka terutamanya golongan warga emas mempunyai dialek yang tersendiri.

Setakat ini aku belum jumpa buku yang memerihalkan tentang dialek rakyat Melaka

Oleh itu, aku cuba perkenalkan beberapa dialek Melaka yang pernah aku dengar dari orang-orang lama di Negeri bersejarah Ini..

MENGKEWAN
(tiada maksud yang diberi dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga)

Maksudnya:
Bilik air/Bilik Mandi, Bathroom, tandas???

Contoh Ayat:
Ayah ada di belakang rumah sedang membaiki mengekewan yang roboh akibat dipukul ribut

Sekian
jumpa lagi lain masa

"Cikgu" Pak Kebun

3 comments:

freebert said...

Mengkewan or Menchewan is used by the Malaccan Chinese Peranakans which refers to the Bathroom. The Malay Kokos in Cocos Islands and Tawau Sabah also used the same word when refering to the bathroom

Unknown said...

ayah saya juga memanggil bilik air sebagai mengkewan(ada bunyi huruf g)

Unknown said...

Nenek pun selalu gunakan perkataan mengkewan tapi bilik air yg tiada bumbung no roof top ini bahasa lama org melayu melaka. Di mana rumah kayu melaka kebiasaanya ditengah tengah akan terbuka seperti tidak berbumbung dan ada satu tempayan tadahan hujan dan ada dinding dan pintu tempat basuhan kain atau buang air kecil dinamakan mengkewan.