"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, August 27, 2007

Ku Temuinya...

Foto: Zia memegang buku "Safari Gilgit" (Kiri) dan "Sehari Dalam Perang" (Kanan)

Aku tak tahu entah berapa lama aku cari buku ini
namun yang pasti aku pernah suarakan ketidakpuasan hatiku pada tahun lepas semasa menjelangkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006

Kali ini aku temuinya
secara tidak sengaja
di Rak buku untuk kanak-kanak
(Terima kasih buat Zia)

Inilah dia
"Sehari Dalam Perang"
dan
"Safari Gilgit"
yang merupakan himpunan cerpen terawal Faisal Tehrani (Sebelum Perempuan Anggerik)
Di Terbitkan kira-kira 10 tahun yang lalu...

Jika boleh menggkategorikan buku
aku akan kategorikan buku ini sebagai "Rare Books" kerana aku yakin tidak ramai yang memilikinya



3 comments:

Jong said...

salam
cemburu sungguh. saya sendiri tak punya!
wassalam

ulasbuku said...

Pak Kebun,

Jumpa kat rak buku kanak-kanak tu di mana?

di Kedai buku di Melaka atau di Pesta Buku Antarabangsa?

shera said...

saya ada! Kedua-duanya =)