Aku sendiri kurang pasti bila ia diterbitkan
Namun dalam blog penulisnya, pernah diutarakan kekecewaaan beliau tentang penerbitan kedua-dua buku ini.
Aku sendiri dimaklumkan oleh Faisal bahawa kedua-dua buku ini telah terbit dan dijual semasa kami bertemu pada hari raya yang lalu
Seperti biasa, di pekan kecil negeri Utara ini, tiada kedai buku yang mampu memberikan kepuasan kepada pembaca seperti aku...
Aku berterima kasih dengan teknologi, kerana walaupun aku di ceruk ini namun aku mampu membeli buku-buku yang terbaik secara atas talian
Kali ini di dawama.com.my. Dengan potongan sebanyak 20% bagi setiap buku ia satu tawaran yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja tambahan pula untuk menunggu buku-buku ini berada di pasaran merupakan satu penyiksaan dan mencarinya di kedai-kedai buku pasti akan menambah penyiksaan...
Usah dipersoalkan bila aku akan selesai membaca buku ini kerana Tuhan Manusia masih lagi setia diatas meja bacaan tunggu diulit
Apa yang penting aku telah miliki...mungkin lebih awal dari orang lain...bila akan di baca??? Biarlah masa kan menentukan...
Namun seperti selalu aku yakin faisal takkan mengecewakan peminatnya...insyaAllah
2 comments:
nak beli jgk lah, teruja dah ni. tp Bila Tuhan Berbicara pun tak abeh2 lg khatam neh...hehe
pak kebun, yg betulnya http://www.dawama.com bukan http://www.dawama.com.my ;)
Post a Comment