Sahabat…
Aku hairan..sememangnya aku amat hairan….
Aku amat kehairanan dengan isu babi yang tak pernah selesai walaupun ia sudah menjangkau masa 50 tahun
Aku hairan kerana nasib penternak babi yang lebih baik dari nasib setengah manusia yang hendak mendengar ceramah
Hairan juga aku apabila isu kenaikan harga yang tak pernah putus-putus diperkatakan kerana tiada penyelesaian walaupun menteri yang berkenaan dengan muka manis pergi ke pasar-pasar menjalankan operasi yang (sepatutnya ???)
Aku turut kehairanan
Apabila rakyat di ajar satu nyanyian baru yang berjudul “Pemborong-Oh-Pemborong” bagi menggantikan versi lama “Bangau-Oh-Bangau”
Aku hairan apabila Bush menyokong Islam Hadhari bila dia berucap di Persidangan APEC di Australia tempoh hari (Sejak bila Bush faham Islam Hadhari??)
Aku hairan apabila Pengerusi OIC berkata Perundingan Damai
Aku juga kenapa perlu Bahasa Melayu dipanggil Bahasa Melaysia
Kenapa Koridor Pembangunan Wilayah Utara diakronimkan sebagai NCER…
Di tepi Sungai Perak yang tenang ini…
Aku teringat satu puisi yang dilagukan oleh Prof Rahman Shaari dalam satu persembahan yang pernah aku ikuti…
Dengan membuat sedikit pengubahan pada senikatanya marilah kita sama-sama lagukan…..
Jangan Kau Hairan Wahai Budak Tua (Sedutan sahaja bukan keseluruhan puisi)
(Puisi Asal : Jangan Kau Menangis Wahai Budak Tua)
Jangan kau hairan
Wahai budak tua
Kalau engkau hairan
Api membakar jua
Kalau engkau hairan air sejuk juga
Kalau engkau hairan katak melompat juga
Kalau engkau hairan hujan turun juga
Kalau engkau hairan perempuan bersalin juga
(yang ini aku tambah)
Kalau engkau hairan
Politikus rasuah juga
Kalau engkau hairan
Harga barang naik juga
Kalau engkau hairan
Pemimpin tersenyum juga
Kalau engkau hairan babi selamat juga
Janganlah engkau hairan
Wahai budak tua
Janganlah engkau hairan
Wahai si budak tua….
No comments:
Post a Comment