"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, November 28, 2007

Al Fatihah Buat Siti Salmah

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA JUALAH KITA KEMBALI

Dipetik dari Mstar Online

KUALA LUMPUR: Siti Salmah Jasni, gadis yang menjalani pembedahan pemindahan jantung dan paru-paru serentak pada 2 Nov lepas, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Jurucakap IJN berkata Siti Salmah meninggal dunia pada 5.40 pagi semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Keluarga Siti Salmah telah membawa pulang jenazah ke Kulai, Johor untuk dikebumikan, katanya kepada Bernama di sini.

Siti Salmah, 18, yang menderita penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lepas menerima sumbangan jantung dan paru-paru selepas keluarga seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kedah bersetuju mendermakan organ itu.

Selepas pembedahan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar IJN, Siti Salmah dilaporkan menunjukkan perubahan positif dari hari ke hari.

Semalam doktor membuka tiub pernafasan tetapi memasang semula pada petang setelah organ baru itu didapati belum kuat untuk berfungsi sendiri.

Keadaan gadis itu kemudian dilaporkan kritikal dan tekanan darah semakin rendah sebelum menghembuskan nafas terakhir. BERNAMA

No comments: