Anda semua bacalah sedutan berita ini...dan mungkin ada akan bersetuju kenapa saya rasa diperbodohkan dan melihat kebodohan...
Dipetik dari Mstar.com.my
Hisham: Jangan campur tangan pentadbiran negara kami
03-12-2007 06:09:37 PM
GENTING HIGHLANDS: Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demonstrasi jalanan yang diadakan di beberapa lokasi sejak kebelakangan ini bukan berlaku secara kebetulan tetapi dirancang dan didalangi oleh pembangkang.
Beliau berkata demonstrasi jalanan di Batu Buruk di Terengganu dan oleh Majlis Peguam di Putrajaya serta perhimpunan oleh kumpulan menamakan dirinya Bersih dan Hindraf di ibu kota bukan berlaku secara kebetulan.
"Jika benar Hindraf nak bela kedudukan masyarakat India, Majlis Peguam memperjuangkan kebebasan sistem kehakiman, bebaskan dulu diri mereka daripada agenda tersembunyi parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) di Institut Aminuddin Baki di sini hari ini.
Hishammuddin, yang juga Ketua Pemuda Umno, turut memberi amaran kepada pihak yang terbabit supaya tidak bermain dengan api dengan menimbulkan isu agama dan kaum di negara ini.
"Kepada mereka yang kononnya bersimpati dengan kaum India di sini, tolong jangan campur tangan urusan pentadbiran negara kami kerana kita tidak masuk campur urusan mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai keprihatinan masyarakat antarabangsa terhadap dakwaan Hindraf kononnya berlaku penghapusan etnik di Malaysia. BERNAMA
No comments:
Post a Comment