Foto:
Gambar ini adalah hiasan (Namun yang tersirat bukanlah hanya gambar hiasan)
Gambar ini adalah hiasan (Namun yang tersirat bukanlah hanya gambar hiasan)
Kami yang menurut perintah,
tetapi bukan bermaksud kami tidak tahu membantah
Kamu semua para pentadbir yang hanya tahu mentadbir
mengeluarkan arahan tanpa pandai berfikir
seperti masa-masa lalu
walau apa kesilapan
kamu berlagak seolah-olah Malaikat...
yang tidak akan melakukan silap mahupun dosa
Lalu kamu pun keluarkan pelbagai memo dan nota
mengingatkan kami
bahawa segala kejadian
adalah kesiapan kami sendiri
Kamu yang memerintah
kami yang menurut perintah
kamu keluarkan lagi arahan
yang mengandungi kekangan-kekangan
sebagai tindak balas atas kejadian
yang tidak akan kamu akui ia lahir dari kelemahan kamu
kami bukan monyet di kandang zoo
atau patung berpakaian di kompleks membeli belah
yang sering dijenguk-jenguk pengunjung
yang perlu diintai-intai pengunjung
apakah kamu tidak fikir
perintah bebal ini akan mengganggu keselesaan kami
Malah apakah perintah ini mampu mengatasi isu utama yang sepatutnya kamu tangani???
ah...kamu mana fikirkan semua
apa yang penting
kamu memerintah
kami menurut perintah
Kamu lupa
Bahawa Allah kurniakan otak untuk digunakan bagi berfikir
pada kamu
yang penting kamu memerintah
dan kami WAJIB menurut perintah
kamu memerintah
kami menurut perintah
namun itu bukan bermaksud
kami tidak tahu
dan
tidak akan membantah....
No comments:
Post a Comment