"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, June 24, 2011

Khalid Kata Jangan...

Tindakan Terhadap Mahasiswa Sertai Perhimpunan Haram - Khaled
SLIM RIVER, 23 Jun (Bernama) -- Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang didapati menyertai perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Beliau berkata menyertai perhimpunan haram merupakan satu kesalahan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.

"Perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa maka jelas ia adalah perhimpunan haram dan menyalahi undang-undang," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mahasiswa yang menyertai perhimpunan haram itu kelak.

Terdahulu, ketika merasmikan program Citra Siswa Rakyat (CSR) KPT: Khidmat Komuniti Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih di Ulu Slim di sini Khamis, beliau berkata aspek memajukan masyarakat merupakan antara aspek yang ditekankan dalam program CSR itu.

Mohamed Khaled berkata program CSR itu merupakan anjakan daripada program Baktisiswa dan khidmat masyarakat anjuran Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini.

"Sebelum ini hanya seperti gotong-royong bersihkan dewan dan surau, mahasiswa datang kepada masyarakat untuk berkenalan, tetapi ini (CSR) lain yang mana mahasiswa perlu memahami isu dan cabaran (seperti Orang Asli), mereka perlu membuat penyelidikan. Ia adalah satu program yang berterusan," katanya.

Beliau berharap program berjiwa rakyat itu dapat membantu mahasiswa memahami isu sosioekonomi dalam kalangan masyarakat seperti Orang Asli dan golongan kurang upaya serta membantu mereka meningkatkan kualiti kehidupan.

Sebanyak lima universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaya bergabung tenaga dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pejabat Daerah, KEMAS, Risda dan Jabatan Kerja Raya bagi menjayakan CSR di negeri yang terlibat.

Program CSR di Pos Bersih ini membabitkan pelbagai program antaranya pemeriksaan kesihatan, program pertanian melibatkan kira-kira 500 masyarakat Orang Asli di samping kelas bimbingan Ujian Pencapian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan secara berterusan.


-- BERNAMA

No comments: