"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Friday, October 17, 2008

Steady Tok Ali !!


Petikan dari Utusan Malaysia Online- 17 Oktober 2007

Ali Rustam masih yakin

MELAKA 16 Okt. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yakin peluangnya untuk melepasi kuota pencalonan cerah bagi membolehkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac depan.

Menurut beliau, masih terdapat 161 bahagian akan bermesyuarat mulai hujung minggu ini dan berharap bahagian-bahagian tersebut memberi peluang kepada beliau untuk mendapatkan kuota pencalonan yang mencukupi.

“Saya yakin insya-Allah akan mendapat pencalonan yang cukup untuk memenuhi kuota pencalonan Timbalan Presiden sebanyak 20 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Menteri Melaka itu sehingga kini memperoleh tiga pencalonan sejak mesyuarat bahagian bermula di seluruh negara 9 Oktober lalu, iaitu masing-masing dari UMNO bahagian Kota Kinabalu, Parit Buntar dan Kota Melaka.

Katanya, beliau menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden kerana wujud kekosongan dan yakin akan dapat bekerja bersama-sama Presiden UMNO yang baru.

“Ini bagi memperkuatkan UMNO untuk mengembalikan semula sokongan ahli-ahli parti dan rakyat kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang, demi masa depan bangsa, agama dan negara,” katanya.


STEADY TOK ALI AKA TPM DARI NEGERI BERSEJARAH

TAK MENGAPA BARU TIGA PENCALONAN, KOTA MELAKA DAN KOTA KINABALU SEMUA SUDAH JANGKA...

160 BAHAGIAN LAGI BELUM BERSIDANG

ITU TAK TERMASUK BAHAGIAN MUMBAI (BOLLYWOOD) KALAU ADA TENTU TOK ALI DAPAT PENCALONAN TINGGI DAN CONFIRM TAHUN DEPAN RAMAI LAGI YANG DAPAT (DGSM) YANG MEMBAWA GELARAN DATUK..

HAHAHA...TOK ALI OH TOK ALI....

No comments: