Wook sepi, teringin jumpa suami di KL
Oleh ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my
HULU TERENGGANU - Hatinya teringin sangat hendak bertemu suami di Kuala Lumpur, apakan daya dia tidak mampu hendak ke sana.
Itulah nasib warga tua, Wook Kundur, 107, yang benar-benar mahu berjumpa suami tersayang, Mohd. Nor Musa, 38, yang kini menjalani rawatan pemulihan dadah di Sungai Besi sejak dua minggu lalu.
Menurut Wook, dia berhasrat melawat suaminya kerana kesepian, tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian seorang diri.
"Saya dah tua dan tak larat. Lagipun belanja nak ke sana pun besar, saya mana ada duit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini kelmarin.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan Wook terpaksa 'berpisah' dengan Mohd. suaminya selepas ditahan di rumahnya oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana menagih dadah.
APALAH MALANG WOOK DI HUJUNG USIA
APA PERASAAN ANDA?

1 comment:
amat kasihan Wook kerana dia terpaksa berjauhan ngan suami.tetapi ok la daripada suaminye trus menagih, lebih baik dipulihkan kerana lambat laun hal yang buruk akan terbongkar akhirnya. harap Wook akan terus bersemangat untuk meneruskan hidup walaupun badai yang melanda rumah tangga mereka.
Post a Comment