"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 15, 2009

Sampah


Tahu kah kau kawan
kala diri mu mencari 'kedamaian'
kala kau rasakan kau temui 'kedamaian'
kala kau nikmati 'kedamaian' itu

tentu kau rasa kau berjaya
maka kau gembira
maka kau ketawa
maka kau lupakan segala tanggungjawab di bahumu

namun kawan
hakikat yang tidak kau nampak
pandang tersirat bukan tersirat
pandang dengan mata hati bukan dengan mata batu
pandang dengan akal bukan emosi
pandang dengan iman bukan nafsu

hakikatnya
apa erti kau pada 'kedamaian' itu?

sampah !!!!
ya kawan
kau sampah pada 'kedamaian'
setelah kau suka dan gembira
akhirnya kau jadi sampah

ini sebenarnya nilai dirimu
yang kau perolehi kerana
mengejar "kedamaian'


No comments: