"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, July 16, 2009

Bicara Tunggu Teduh Dulu



j
Dalam keadaan jiwa yang sangat galau ini aku terus luangkan masa untuk menghabiskna bacaan novel 'Tunggu Teduh Dulu' buat kali yang ketiga..

Pernah aku muatkan dalam entri sebelum ini yang aku dijemput oleh sahabat untuk membicarakan novel ini pada hujung bulan julai nanti dan aku dengan berat hati menolaknya atas alasan kesibukan yang terlalu menghimpit.

Sahabat tadi berkali-kali telefon dan entahlah, mungkin kerana pernah satu ketika aku memberinya harapan untuk menjadi pengulas, atau simpati padanya atas nama persahabatan atau pun kerana mengenangkan novel yang bakal di ulas ialah "Tunggu Teduh Dulu" maka aku lupakan kesibukan, aku lupakan penderitaan dan juga kecelakaan yang bersarang dalam jiwa pada ketika ini.

Sempat juga aku mohon kebenaran Faisal untuk membicarakan novel ini..

Hakikat...aku terasa satu keberatan untuk memulai dan menghabiskan bacaan novel setebal 678 ini. Terutamanya ketika ini aku di kota kedamaian dan dalam proses untuk merentap dan menghumbankan 'kedamaian' yang telah bersarang dalam hati dan sanubari...kala ini jiwa sangat tak ketahuan dan perasaan bercampur baur.

Namun, aku cuba tenangkan hati dengan membelek satu persatu muka surat buku ini dan menghidu harum kertasnya. Ya...satu ketika dahulu aku lain..aku sangat berbeza hari ini jika dibandingkan dengan satu ketika dahulu.

Jauh disudut hati, aku berharap ,membaca novel Tunggu Teduh Dulu ini setidak-tidaknya mampu menjadi satu terapi untuk aku kembali kepada kebaikan zaman lampau

Aku lontarkan persoalan pada diri. kenapa aku berubah? dan lebih teruk lagi..kenapa berubah kearah yang lebih buruk...

Satu ketika aku amat mencintai buku dan Ilmu.Terasa diri dekat dengan Allah.

ya..tahun-tahun awal 2000-2005...

Pada ketika itu aku banyak luangkan masa dengan membaca-membaca dan berfikir

Salina, Sungai Mengalir Lesu, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Arus Balik, Rumah Kaca, Tembok Tidak Tinggi, Hujan Pagi, Strenggege, Cerita Dari Blora, Ranjau Sepanjang Jalan, Adik Datang dan banayk lagi novel-novel yang aku habiskan bacaannya sepanjang tempoh tersebut (itu tidak termasuk karya-karya Faisal dan beberap penulis muda yang lain)

Muqaddimah, 1421, Che Guevara dan beberapa lagi buku dapat aku habiskan bacaannya.

Aku rasakan ia kelainan..jiwa penuh keimanan, minda penuh ilmu

Namun kini???

Jiwa terasa jauh-jiwa terasa kosonng....entah mengapa

Tiada siapa yang salah.

Darwin mengatakan bahawa 'manusia berubah akibat pengaruh persekitaran' sepatutnya dalam persekitaran yang ada hari ini aku berubah jadi lebih baik...

Aku tahu, ruang hidayah dalam hati semakin susut-semakin surut-jika ia diambil kira sebagai nyawa maka tidak syak lagi aku tidak akan hidup lama...aku terkenang cerama Ustaz Shamsuri...mungkin ini yang dikatakan oleh belaiu sebagai "Kemelesetan Hidayah"

Aku layangkan persoalan kenapa?
kenapa aku semakin menjauhiNya?
apa yang aku sibukkan?
apa yang aku kejarkan?

hari ini aku sudah terhantuk.
Hantukan itu amat kuat, ia menggarkan setiap anggota dalam tubuh aku dan menjadikan aku sangat sakit dari segi fizikal dan mental..

lantas aku bertanya, apakah itu tidak cukup untuk memberi aku keinsafan?
apakah itu tidak cukup untuk menjadikan aku berubah?
jika tidak sekarang bila aku hendak berubah??

aku bukan inginkan perubahan yang ekstrem' jika aku mampu kekalkan diri seperti tahun-tahun yang lalu (2000-2005) dimana ketika itu aku hidup dengan tenang, cinta pada ilmu, dekat dengan Pencipta...aku rindukan kehidupan masa itu..

Lalu cukupkah hanya sekadar coretan ini??
tidak aku pasti berubah
berubah kepada kebaikan
lantas aku teringat kata-kata Umar Ibn Aziz "barang siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam maka dia adalah orang yang tercela" mungkin ketika ini akulah orang yang tercela itu.

Membelek-belek muka hadapan novel ini membangkitkan nostalgia bagaimana ketika itu aku sanggup mengembara beratus-ratus kilometer semata-mata untuk mencari buku., kenapa aku sanggu lakukan itu sedangkan apda ketika ini pendapatan tidaklah semewah mana..namun hari ini aku bukan sebegitu...cinta pada ilmu makin merosot..

adakah kerana dulu miskin, aku dekat dengan Allah kini sudah agak mewah aku menjauhinya?

Aku teringat ayat yang pernah aku bahaca bahawa 'ujian Allah bukan sahaja datang dalam bentuk kemiskinan namun ia akan datang dalam bentuk kekayaan. Jika dia miskin, Allah nak tengok sama ada dia bersyukur atau tidak. Kemudia Allah jadikan dia kaya, Allah nak lihat adakah dia masih mensyukuri nikmatNya sama seperti ketika dia miskin tadi...'

mungkin ini paling tepat...kenapa jiwa kosong-kenapa makin meleset hidayah-kenapa makin jauh dariNya-kenapa hidup bertuhankan nafsu....inilah puncanya

aku lalai dengan nikmat yang Allah berikan......

jam sudah hampir mencecah ke angka 1.30 am..
aku rasa sangat tenang
seperti yang pernah aku tuliskan ini blog aku
ini medium untuk aku luahkan perasaan yang terbuku.
Alhamdulillah aku dah luahkan segalanya
aku rasakan aku mula 'stabil', mula 'normal'

Mungkin antara tuan-puan menyangka bahawa saya akan bicarakan tentang Tunggu Teduh Dulu di entri ini. Maafkan saya., insyaAllah enteri itu akan menyusul. Saya akan cuba buat sedikit ulasan. Dengan ketenagan ini saya rasa makin kuat. Namun biarlah dalam entri kali ini saya luahkan lagi segala yang terbuku, segala yang masih tersekat di kerongkong dan segala yang menerawang dalam kotak fikiran....

Dalam dingin awal pagi ini..aku sekali lagi berniat dan bertekad untuk berubah
Berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ini
memetik kata-kata bung Hamka

"sewaktu kau dilahirkan, orang tersenyum dan kau menangis ..diketika kau hidup berusahalah berbuatlah kebaikan agar dikala kau mati, kau tersenyum dan orang lain yang menangis"

aku sedang berlari
sekuatnya
lari meninggalkan segala keburukan
yang rupanya berakar umbi sejak lama dan klimaksnya ialah 'kedamaian'

Awal pagi ini tenang
aku dapat rasai ketenangannya
awal pagi ini aku bersedia untuk berubah
biarlah hari-hari mendatang akan ajdi lebih baik
lebih sempurna
kerana hakikatnya aku tidak ada sebab untuk kecewa
dan paling penting
aku tiada walau satu alasan untuk mencari 'kedamaian'

Aku akhiri entri yang mungkin entri terakhir di kota kedamaian ini dengan niat yang ikhlas untuk berubah dan rasa rendah diri mohon kekuatan dari Allah SWT untuk aku terus mampu menghadapi mehnah dan dugaan hidup ini dengan lebih mata dan tenang..InsyaAllah



Kehidupan
Album :
Munsyid : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)
http://liriknasyid.com


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..








No comments: