"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, July 28, 2009

Cadangan

Sepanjang tugasan luaran ini aku benar-benar berharap dapat menyelesaikan dua perkara penting...yang sanagt perlu aku selesaikan....

1) Menyelesaikan bacaan buku "Tungguh Teduh Dulu". Siri wacananya dijadualkan pada 7 Ogos 2009 dan dua minggu kebelakangan ini aku sudah kehilangan mood untuk membaca tambah-tambah pula bila melepas bab 'Salsabila telah menjadi isteri Sazli'



2) Membaca dan mendapatakan idea-idea penting yang ada dalam disertasi sarjana Miyoshi. T (1997) yang berjudul "Successes and Failure Associated With The Gowth Pole Strategies" yang pada ketika ini merupakan satu-satunya rujukan paling penting dalam memberikan gambaran kepada aku tentang apa itu "growth pole" serta sedikit analisis tentang kejayaan dan kegagalannya....

namun ini cadangan, outstation tiga hari...entah berjaya atau tidak aku melaksanakan cadangan ini...WALLAHUALAM

No comments: