"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 08, 2009

Kecewa ?


kita adakalanya kecewa dalam hidup
pelbagai jenis keadaan dan kejadian menyumbang kepada kekecewaan itu
ada ketikanya kekecewaan itu besar
ada ketikanya kekecewaan itu kecil

Ada ketikanya kekecewaan itu atas kesilapan kita
ada pula ketikanya
ia bukan kerana kita
mungkin masa
tempat dan keadaan sekeliling yang menyumbang

namun
itulah tanda kita manusia
itulah tanda kita hidup dalam dunia
ada gembira dan ada ketikanya saya kecewa

petang tadi
dengan berat hati
saya tolak pelawaan seorang sahabat untuk menjadi pembicara bagi "wacana Buku"
saya bukan kecewa kerana tidak mampu memenuhi pelawaan sahabat
mungkin di lain kali saya masih boleh dijemput jika berminat

namun saya kecewa kerana pada sesi wacana tersebut buku yang bakal dibincangkan ialah "Tunggu Teduh Dulu" .
Sebuah buku yang saya kira sebagai Masterpiece dan 'wajib' di baca oleh peminat Faisal Tehrani....

Perkara ini dirancang lama, akhir tahun lepas, ketika saya belum ada 'penuh' komitmen namun tertangguh-tangguh hingga akhirnya ia bakal dilangsungkan pada julai nanti...

kebetulan juga..saya terlalu sibuk...
kecewa - kecewa- dan kecewa...''

inilah hakikatnya kita manusia hanya mampu merancang namun segala ketentuan di tangan Allah....

No comments: