"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 22, 2009

Sembang Gusti


Anda minat gusti?


Saya juga peminat gusti...


Namun, ada ketikanya minat pada gusti berbeza antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Saya akui satu ketika dahulu saya amat ‘addict’ dengan gusti hinggakan setiap siri ‘pay-per-view (PPV)’ pasti akan saya sewa tape nya. Kemudian bila tiba era digital, saya akan beli setiap siri PPV yang telah berlangsung. Itu belum dikira dengan kemudahan internet yang memnambahkan keghairahan saya terhadap gusti. Banyaklah wallpaper yang saya download dari internet sebagai tanda saya peminat setia gusti..

Namun, minat terhadap gusti lama kelamaan merosot. Siri-siri PPV sudah bukan menjadi kegilaan saya. ‘Story Line’ yang membosankan dan dungu menjadikan saya semakin meluat dengan gusti. Di tambah pula dengan kesempitan masa menjadikan saya semakin jauh dengan gusti.


Walaupun begitu, ini tidak bermakna saya sudah tidak berminat dengan gusti. Cuma minat ini berubah perspektif. Masih lagi gusti tetapi lebih kepada dokumentari dan siri gusti yang lama (era 80 an) dan promosi gusti yang telah tutup (terutamanya Original ECW that Created by Paul E. )..Umpamanya macam makan di warung mamak lah, walaupun dah tak makan roti canai dan berubah selera ke tosai bawang namun tetap di kedai mamak juga....


Mulai entri ini dan entri entri yang seterusnya atas nama “SEMBANG GUSTI” saya akan cuba buat sedikit ulasan dari perspektif saya tentang pelbagai dvd dan vcd yang telah saya tonton. Tidak semestinya DVD dan VCD itu dari kategori yang terbaru tetapi ia adalah yang pernah dan mungkin masih ada di pasaran. ...Saya hanya membuang masa...sekadar menulis ini. Harap-harapnya ada peminat yang sudi membaca....


Pak ‘The Butcher’ Kebun

No comments: