"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 22, 2009

Saya Keletihan


Dalam tempoh dua hari saya berulang alik dari negeri utara paling selatan ke bandar ilmu. Berulang-alik dengan tren menang agak memenatkan. Tambahan pula jika perjalanan tergendala akibat masalah teknikal tren.


Walaupun mempunyai masa yang agak lapang untuk dihabiskan bacaan “Tunggu Teduh Dulu” namun ada ketika saya terlena juga dek kerana kepenatan.


Perjalanan pula bukan sebentar, kira-kira 5 jam pergi balik. Tren adalah mod yang paling sesuai pada ketika ini kerana perjalanan ke sana lebih bersifat individu. Hati terdetik untuk mencari bilik sewa. Tapi siapa yang harus aku hubungi.



Mungkin pada perkiraan saya tinggal di sana sepanjang isnin hingga jumaat lebih elok dari tinggal di sini. Tidak perlu memikirkan hal-hal remeh temeh dan tinggalkan segala hal yang tidak berkaitan di sini dan tumpukan segala tenaga dan jiwa di sana.


Ya saya perlu ‘hijrah’ ke sana

Namun siapa perlu saya cari?

Siapa boleh bantu?


Saya tahu ini perjalanan ini amat memedihkan

Amat memeritkan

Namun tidak pernah terdetik dalam hati untuk undur


Tika ini terngiang-ngiang kata Salsabila ketika ladang betik ditimpa dengan pelbagai ancaman katanya

“kau mesti kuat-kau mesti kuat-kau mesti kuat”

No comments: