"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, July 20, 2009

Apa Lobang Ni??


Petikan Mstar Online

Ulama PAS patut keluar fatwa mengenai nyalaan lilin - MB Perak

IPOH: Ulama dalam PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya ulama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

"Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan kematian Teoh dan telahpun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif The Red Solar (M) Sdn Bhd, Rais Hussin Mohamed Ariff berkata pemeteraian memorandum itu melibatkan projek pengeluaran sel (PV) bagi 'phoyovoltaic' melibatkan pelaburan langsung asing US$250 juta (RM887 juta) di Perak.

"Amaun itu bagi mengeluarkan 100MW sel PV setiap tahun sehingga 2011, akan mewujudkan anggaran 1,000 peluang kerja di Perak," katanya.

Pada majlis menandatangani memorandum itu, PKNP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Samsudin Hashim manakala The Red Solar diwakili Rais Hussin dan TCTI diwakili CEO Siva Sivaram. BERNAMA


APA LOBANG?

DAH TAKDE BENDA LAGI KE NAK KOMEN?

ADUHAI.....KATA ADA Phd...hehehe

No comments: