"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, July 29, 2009

Memburu 'Nike Air' Bundle



Semasa aku kecil-kecil dahulu. Aku kerap tinggal di rumah Mak Minah (Arwah). Di rumah Mak Minah tinggal juga seorang sepupu aku iaitu Along Deris. Memandangkan usia aku dengan dia agak jauh maka hubungan antara aku dengan dia tidak rapat.

Apa yang nak aku sembangkan di sini ialah tentang kenangan aku terhadap kasut yang pernah beliau pakai semasa aku kecil-kecil dahulu. Jenama 'Nike Air' dengan harga melebihi RM 200. Memang hebat. Memang 'cool'.

Setelah hampir 20 tahun. Aku bertemu semula dengan kasut dari jenama yang sama..memang 'cool' dan hati tertawan. Harga berpatutan..namun apakan daya saiz pula yang tidak bersepadan..Kedai bundle ditinggalkan dengan kecewa kerana 'nike air' tidak tersarung di kaki



Foto: Abang Bundle Tersenyum Menanti Pelanggan
***Abang Bundle ini mintak saya war-warkan tentang kedainya..Atas nama perniagaan sesama Islam, saya mempersilakan tuan-tuan datang ke brader ni, kedai IPOH BUNDLE.Harga berpatutan dan paling penting kasut-kasut bundle yang ada nilai Retro boleh didapati di sini***

No comments: