"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, July 28, 2009

OutStation Lagi !!!


Pada sesetengah orang, 'Outstation' atau kerja di luar pejabat adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Meninggalkan bebanan yang menyesakkan di pejabat. Menghirup udara yang lebih segar. Melawat tempat-tempat baru, menenangkan diri di hotel, menjamu diri dengan makanan-makanan yang enak di tempat bertugas adalah antara idaman ramai 'pekerja' apabila berada di luar stesyen (pejabat)

Namun, pada aku hakikatnya 'outstation' kali ini sebaliknya. Setelah hampir 3 minggu outstation aku perlu pula outstation buat kali ke empat dalam dua bulan yang kebelakangan ini. Tidak menjadi masalah sama ada ia dilakukan keseorangan ataupun bersama rakan sekerja namun kali ini aku cuma boleh nyatakan bahawa 'aku sudah penat'

Outstation adalah atas nama satu projek muncul dari perahan 'idea' aku. Namun atas alasan aku 'cuti belajar' nama orang lain diletakkan sebagai 'Ketua Projek" . Jumlah tidak lah besar namun ia lebih daripada RM 50 000 bagi tempoh 2 tahun.

Aku cuba untuk jadi jujur. namun aku juga manusia, hakikatnya apa yang aku buat ini adalah memberikan 'merit' yang sangat besar bagi orang lain. "Sangat Besar".....

Apa yang saya dapat? Saya cuba ikhlaskan hati bahawa ini nadalah atas nama 'Jabatan' namun ikhlaskah hati bila mendengar pujian-pujian daripada ramai orang memuju ketua projek sedang hakikatnya ia tidak tahu walau 'sekelumit' tentang projek ini...

Saya penat kerana saya perlu mengetepikan beberapa perkara penting semata-mata kerana 'outstation' ini..

Apa aku dapat?? aku tak dapat apa-apa....cuma harapkan hati jadi ikhlas dan mendapat ganjaran dariNya....

No comments: