"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)
(Al Baqarah:216)
Wednesday, July 15, 2009
Tak Bersedia
Aku masih lagi belum bersedia untuk bertemu dengan penyelia
tiada sebarang pembaikan dan penemuan yang aku perolehi sepanjang tempoh senggang yang diberi
Jika tidak kerana perlukan tandatangannya pada beberapa borang, nescaya tidak akan saya temui dia.
Betemu dengannya tanpa persediaan umpama menyerahkan leher untuk dipancung oleh 'sang Algojo...'
Namun ini harga yang perlu aku bayar
bukan salah dia, dia amat baik dan hebat dalam bidangnya
cuma aku
aku yang terpedaya dengan khayalan dunia
terpedaya dengan 'kedamaian' hingga aku lupa
lupa pada pesanannya
lupa pada janji padanya
seketika dulu sebulan dua kali aku bertemunya
berbincang dan bertukar idea
namun setelah aku lalai dengan 'kedamaian'
semakin jarang aku bertemunya
Nasihatnya aku lupakan
tegurannya aku abaikan
kini segalanya aku kena tanggung sendiri
'kedamaian' palsu menjadikan aku begini
2 bulan aku terbuang
masa terbuang itu amat moleknya jika digunakan bagi penyelidikan
yang berlalu tetap berlaku
jadikan pengajaran agar kecelakaan itu tidak lagi berlaku..''
apapun isnin ini penentuan
tebalkan muka
pekakkan telinga
aku kena mula semula
bina semula dan moga Allah berkati apa yang aku usahakan ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment