(Al Baqarah:216)
Thursday, July 30, 2009
Macam Zon Perang
Suasana sunyi dan sepi
tempat bekerja ditutup seminggu
(sudah tentu claim aku tertangguh lagi)
Di pintu pagar besar,
hanya Pak Guard termenung menjaga keadaan
di hentian bas
orang berpusu-pusu keluar dari kota ini
di farmasi,
topeng penutup mulut adalah jualan paling 'hangat'
di pusat kota,
masih ramai yang berlegar-legar denhan pelbagai tujuan
dengan topeng mulut diikat kemas
Selsema babi sudah sampai di sini
keadaan masih 'terkawal'
namun
keadaan sudah seumpama zon perang
Wednesday, July 29, 2009
'Bala' Dah Sampai
Aku terima sms ringkas dari Mr Moustache pagi tadi:
"SALAM, ***** CALL MENYATAKAN 4 ORANG PELAJAR DISAHKAN POSITIF H1N1"
Aduhai...petang ini baru aku nak balik ke sana setelah 3 hari bertugas di luar stesyen... Bala Allah dah tiba....
Jam 2.00 pm, berita radio menyatakan bahawa kes ke 4 kematian akibat H1N1 telah dicatatkan di Malaysia. (Ia berlaku di Negeri Bersejarah)
Ya Allah selamatkan semuanya dari bencana ini...
(Kenapalah internet ni lambat sangat? dah kena selsema babi agaknya?)
Memburu 'Nike Air' Bundle
Apa yang nak aku sembangkan di sini ialah tentang kenangan aku terhadap kasut yang pernah beliau pakai semasa aku kecil-kecil dahulu. Jenama 'Nike Air' dengan harga melebihi RM 200. Memang hebat. Memang 'cool'.
Setelah hampir 20 tahun. Aku bertemu semula dengan kasut dari jenama yang sama..memang 'cool' dan hati tertawan. Harga berpatutan..namun apakan daya saiz pula yang tidak bersepadan..Kedai bundle ditinggalkan dengan kecewa kerana 'nike air' tidak tersarung di kaki
Gerbang Malam..
Tuesday, July 28, 2009
Cadangan
1) Menyelesaikan bacaan buku "Tungguh Teduh Dulu". Siri wacananya dijadualkan pada 7 Ogos 2009 dan dua minggu kebelakangan ini aku sudah kehilangan mood untuk membaca tambah-tambah pula bila melepas bab 'Salsabila telah menjadi isteri Sazli'
2) Membaca dan mendapatakan idea-idea penting yang ada dalam disertasi sarjana Miyoshi. T (1997) yang berjudul "Successes and Failure Associated With The Gowth Pole Strategies" yang pada ketika ini merupakan satu-satunya rujukan paling penting dalam memberikan gambaran kepada aku tentang apa itu "growth pole" serta sedikit analisis tentang kejayaan dan kegagalannya....
namun ini cadangan, outstation tiga hari...entah berjaya atau tidak aku melaksanakan cadangan ini...WALLAHUALAM
OutStation Lagi !!!
Namun, pada aku hakikatnya 'outstation' kali ini sebaliknya. Setelah hampir 3 minggu outstation aku perlu pula outstation buat kali ke empat dalam dua bulan yang kebelakangan ini. Tidak menjadi masalah sama ada ia dilakukan keseorangan ataupun bersama rakan sekerja namun kali ini aku cuma boleh nyatakan bahawa 'aku sudah penat'
Outstation adalah atas nama satu projek muncul dari perahan 'idea' aku. Namun atas alasan aku 'cuti belajar' nama orang lain diletakkan sebagai 'Ketua Projek" . Jumlah tidak lah besar namun ia lebih daripada RM 50 000 bagi tempoh 2 tahun.
Aku cuba untuk jadi jujur. namun aku juga manusia, hakikatnya apa yang aku buat ini adalah memberikan 'merit' yang sangat besar bagi orang lain. "Sangat Besar".....
Apa yang saya dapat? Saya cuba ikhlaskan hati bahawa ini nadalah atas nama 'Jabatan' namun ikhlaskah hati bila mendengar pujian-pujian daripada ramai orang memuju ketua projek sedang hakikatnya ia tidak tahu walau 'sekelumit' tentang projek ini...
Saya penat kerana saya perlu mengetepikan beberapa perkara penting semata-mata kerana 'outstation' ini..
Apa aku dapat?? aku tak dapat apa-apa....cuma harapkan hati jadi ikhlas dan mendapat ganjaran dariNya....
Saturday, July 25, 2009
Ikhtiraf'
keletihan membaca
lesu mata
penat minda
galau jiwa...
tenang-tenangkan segalanya...
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
Soalan Untuk Aku...
Minggu depan Ogos akan menjelma
Maksudnya, sudah 8 bulan aku bercuti atas nama melanjutkan pengajian
Minggu lepas
ketika dalam 'kepeningan' kerana perlu menukar beberapa bahagian utama dalam penyelidikan buat kali ketiga (selepas pembentangan proposal)
Boss bertanya:
"Apa yang kau dah buat ?"
Hari ini aku sendiri bertanya:
"Apa sebenarnya yang aku dah buat?"
dan masa terus berlalu
jika lalai tertinggallah aku
dan semester akan berganti
jika masih kaku
sesal kemudian hari
tidak ada gunanya nanti....
Sembang Gusti: The Four Horsemen
Anda peminat gusti?
Jika saya tanyakan pada anda apakah 'stable' yang paling 'dominan' dalam dunia gusti hari ini?
Tentu ramai yang menjawab "Priceless" iaitu gabungan antara Randy Orton, Ted Dibiase j.r dan Cody Rhodes (semuanya adalah generasi kedua dalam dunia gusti), ini mungkin jawapan dari peminat WWE.
Bagi peminat TNA (Total Nonstop Action) pula mungkin jawapan anda ialah "M.E.M" (Main Event Mafia) yang terdiri dari Kurut Angle, Booker T, Sting dan Kevin Nash...
Ya saya akui anda memang peminat gusti bila anda memberikan jawapan sedemikian. Namun apa yang hendak saya bincangkan ini ialah "The Four Horsemen" yang merupakan 'stable' yang paling dominan dalam era gusti tahun-tahun 1980 an dan 1990 an. Kewujudannya lebih awal dari The Generation X, lebih awal dari NWO, malah lebih awal dari Dungeon Of Doom...(kalau andat tak pernah dengar nama-nama ini nyata anda bukan la 'tahi' gusti)..
The Four Horsemen kewujudannya mungkin seiring dengan "The Faboulous Freebird" cuma mereka berada dalam 'territory' yang berbeza.
Anda harus ingat, sebelum Gusti di satukan dibawah satu jenama yang global oleh Vince Mc Mahon di bawal Label WWE, terdapat pelbagai 'territory' yang mana setiap darinya mempunyai 'bintang masing-masing. Kisah bagaimana Vince menggabungkan dan melabur untuk memanggil semua bintang ini dan bergabiung dibawah jenama WWE (sebelumnya ialah WWF) itu kisah lain namun harius di ketahui sepnjang erah 80 an terdapat pelbagai persekutuan dalam gusti Profesional antara yang tersohor ialah Mid South, WCCW, USWA dan tentulah NWA (dibawah promoter Jim crocett)
Di arena inilah wujudnya "The Four Horsemen" (harus di ingat pada ketika itu gusti adalah 'sukan' dan bukannnya 'sukan-hiburan' seperti masa kini jadi kewujudan satu-satu stable yang sangat dominat benar-benar memberikan kesan kepada dunia gsuti kerana kewujudannnya adalah hasil penyepaduan dan kesepakatan antara penggusti dan bukannya atas arahan 'pengarah kreatif' bagi menyedapkan 'storyline' seperti masa kini.
Four Horsemen anggota asalnya ialah Ole dan Arn Anderson, Tully Blanchard dan Ric Flair. Mereka memenangi hampir kseluruhan kejuaraan yang dipertandingkan di NWA. FRic Flai sebagai Dominan dalam Kejuaraan Dunia (world Champion) , Tully Blanchard bagi World TV tittle dan U.S Tittle, manakala Ole dan Arn mend0minasi kategori 'Tag Team"
Sepanjang kewujudannya The Four Horsemen bersengketa dengan pelbagai penggusti samada 'single' mahupun 'tag team'. Pada pandangan saya, pertelingkahan Four Horsemen dengan 'American Dream' Dusty Rhodes mungkin antara yang paling klasik. Pada era tersebut, Rhodes merupakan pencabar utama Flair bagi kejuaraan dunia. Pada ketika inilah The Horsemen melakukan pelbagai tindakan licik yang semata-mata untuk menggagalkan usaha Rhodes, ini ntermasuklah mematahkan tangan dan kaki Rhodes di dalam gelanggang dan juga di luar gelanggang. Harus di ingat ini adalah yang sebenar berlaku kerana pada ketika itu gusti adalah sukan dan bukannya 'hiburan' dan sememangya Rhodes pernah patah tangan dan kaki akibat dikerjakan oleh the Horsemen
Kemudian, sengketa kedua yan terhebat ialah antara Tully Blanchard dengan Magnum T.A bagi kejuaraan US Tittle. Dengan gaya yang berbeza. Blanchard lebih bergaya seperti seorang 'pretty boy' dengan lagak orang kaya yang dikelilingi perempuan manakala Magnum pula lebih bersifat 'selatan' dengan motorsikal berkuasa besar, jacket kulit dan jeans...Ini merupakan konflik yang benar-benar menarik penonton dan akhirnya perlawanan 'I Quit" dia adakan.
Menonton VCD ini bagi yang hanya ingin melihat perlawanan gusti memang sangat menghampakan kerana tiada satupun perlawanan yang ada dalam VCD ini. APa yang ada hanyalah dokumentari yang menyingkap kisah jatuh bangun stable yang di namaklan Four Horsemen
Four Horsemen juga menyaksikan keluar masuk anggota seperti barry windham, lex luger, sting, chris benoit malah 'jobber' seperti kendall windham dan Paul Roma juga turut pernah menggangotai 'stable' terulung ini...
Menonton VCD ini memberikan kepuasan kepada saya terutamanya dalam mengimbau prjalanan sebuah 'dominan force' dalam dunia gusti profesional terutamanya sewaktu gusti dikenali ebagai sukan dan bukannya hiburan.
Hari ini, The Four Housemen sudah tidak wujud lagi, namun legasi yang ditinggalkannnya masih menjadi tatapan bagi peminat-peminat gusti...,
Sekian...
Kasihan Wook !!!
Wook sepi, teringin jumpa suami di KL
Oleh ALIAS ISMAIL
berita@kosmo.com.my
HULU TERENGGANU - Hatinya teringin sangat hendak bertemu suami di Kuala Lumpur, apakan daya dia tidak mampu hendak ke sana.
Itulah nasib warga tua, Wook Kundur, 107, yang benar-benar mahu berjumpa suami tersayang, Mohd. Nor Musa, 38, yang kini menjalani rawatan pemulihan dadah di Sungai Besi sejak dua minggu lalu.
"Saya dah tua dan tak larat. Lagipun belanja nak ke sana pun besar, saya mana ada duit," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini kelmarin.
Kosmo! baru-baru ini melaporkan Wook terpaksa 'berpisah' dengan Mohd. suaminya selepas ditahan di rumahnya oleh pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana menagih dadah.
APALAH MALANG WOOK DI HUJUNG USIA
APA PERASAAN ANDA?
Wednesday, July 22, 2009
Sembang Gusti
Anda minat gusti?
Saya juga peminat gusti...
Namun, ada ketikanya minat pada gusti berbeza antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Saya akui satu ketika dahulu saya amat ‘addict’ dengan gusti hinggakan setiap siri ‘pay-per-view (PPV)’ pasti akan saya sewa tape nya. Kemudian bila tiba era digital, saya akan beli setiap siri PPV yang telah berlangsung. Itu belum dikira dengan kemudahan internet yang memnambahkan keghairahan saya terhadap gusti. Banyaklah wallpaper yang saya download dari internet sebagai tanda saya peminat setia gusti..
Namun, minat terhadap gusti lama kelamaan merosot. Siri-siri PPV sudah bukan menjadi kegilaan saya. ‘Story Line’ yang membosankan dan dungu menjadikan saya semakin meluat dengan gusti. Di tambah pula dengan kesempitan masa menjadikan saya semakin jauh dengan gusti.
Walaupun begitu, ini tidak bermakna saya sudah tidak berminat dengan gusti. Cuma minat ini berubah perspektif. Masih lagi gusti tetapi lebih kepada dokumentari dan siri gusti yang lama (era 80 an) dan promosi gusti yang telah tutup (terutamanya Original ECW that Created by Paul E. )..Umpamanya macam makan di warung mamak lah, walaupun dah tak makan roti canai dan berubah selera ke tosai bawang namun tetap di kedai mamak juga....
Mulai entri ini dan entri entri yang seterusnya atas nama “SEMBANG GUSTI” saya akan
Pak ‘The Butcher’ Kebun
Saya Keletihan
Dalam tempoh dua hari saya berulang alik dari negeri utara paling selatan ke bandar ilmu. Berulang-alik dengan tren menang agak memenatkan. Tambahan pula jika perjalanan tergendala akibat masalah teknikal tren.
Walaupun mempunyai masa yang agak lapang untuk dihabiskan bacaan “Tunggu Teduh Dulu” namun ada ketika saya terlena juga dek kerana kepenatan.
Perjalanan pula bukan sebentar, kira-kira 5 jam pergi balik. Tren adalah mod yang paling sesuai pada ketika ini kerana perjalanan ke
Mungkin pada perkiraan saya tinggal di
Ya saya perlu ‘hijrah’ ke
Namun siapa perlu saya cari?
Siapa boleh bantu?
Saya tahu ini perjalanan ini amat memedihkan
Amat memeritkan
Namun tidak pernah terdetik dalam hati untuk undur
Tika ini terngiang-ngiang kata Salsabila ketika ladang betik ditimpa dengan pelbagai ancaman katanya
“kau mesti kuat-kau mesti kuat-kau mesti kuat”
Monday, July 20, 2009
Teringat Apak Di Pudu Raya...
Dunia sebagai 'mahasitua' ini bukanlah indah. Walaupun bebas dari tugasan harian yang menjerut, selain dibayar gaji penuh sepanjang tempoh bercuti namun semua itu tidak memberikan jaminan bahawa penyelidikan yang dirancangkan nmampu berjalan dengan sempurna.
Tidak dinafikan bahawa tidak semua melalui jalan sukar begini. Ada segelintir yang melaluinya dengan amat mudah.Siapa? tidak perlulah dinyatakan disini kerana kelak ia akan menyinggung perasaan seseorang.
Penolakan kali yang ketiga (kedua selepas pembentangan proposal) sedikit sebanyak menggugat emosi dan ketabahan hati. Walaupun penyelia berkata saya masih di awal perjalanan namun masa berlalu sangat pantas.
Sekarang saya dah dalam semester dua. Amat menyedihkan bila mendapati saya masih bermain-main dengan tajuk dan cadangan penyelidikan . Saya tidak pernah menyalahkan penyelia. Beliau saya amat kagumi ketulenan ilmunya. Beliau antara sarjana yang saya kagumi sejak dari mula saya jejakkkan kaki ke Universiti 12 tahun yang lalu. Malahan nama beliau sudah saya kenali sejak saya di tingkatan enam lagi. Saya bertuah kerana beliau menerima saya menjadi pelajar di bawah seliaannya.
Namun, ini harga yang saya perlu bayar untuk mendapat 'peikhtirafan' dari beliau...
jika ini cabaran, saya sahut cabaran ini
jika ini dugaan, saya tempuh dugaan ini
petang ini, saya mencari-cari arah untuk saya membangkitkan nostalgia bagi mengumpul sisa-sisa semangat dan kekuatan...
Tempatnya pudu raya....
Pudu raya amat nostalgia buat saya.
Pudu rayalah tempat saya sering berjumpa dengan apa..sewaktu saya berada di Kuala Lumpur sama ada ketika belajar di peringkat sarjana muda mahupun diperingkat sarjana...
Di pudu rayalah saya dan apak sering bertemu. Menghirup segelas teh atau teh 'O' (apak tidak gemar minuman bersusu) , kami berbincang berkongsi segala macam kisah termasuklah isah keluarga dan kisah saya sebagai seorang pelajar.
Apak sebagai seorang yang tidak berpendidikan tinggi sering menyarankan saya untuk membuat keputusan yang terbaik dalam apa sahaja yang saya lakukan.
Ya..pudu raya amat nostalgia...
Petang ini wajah apak, semangat dan dorongan apak amat kuat terpapar di pudu raya.
Warung-warung tempat biasa kami minum dan makan seolah-olah memutarkan kembali kenangan tersebut.....
Apak masih ada.
Namun dia sudah tidak berulang alik ke pudu raya seperti masa lalu. Dia sudah tidak segagah dahulu memandu bas dari melaka ke kuala Lumpur setiap hari....
Namun, pudu raya pada hari ini tetap membangkitkan nostalgia....kalaulah apak masih gagah memandu, nescaya saya akan tunggunya di pudu raya untuk berbincang tentang liku perjalanan yang saya lalui ini...
Apak sudah tidak ke pudu raya lagi, tetapi nostalgia semangat, dorongan, kata-kata hikmahnya tetap terpahat dalam memori saya. Ia berlaku di sini.
Di pudu raya ini.....
Reject Lagi !!
Pertemuan dengan penyelia rupanya menghancurkan semangat yang berkobar tersebut.
Entah apa malang ataupun mungkin sudah suratan cadangan penyelidikan sekali lagi ditolak atas beberapa alasan yang rasional.
Lemah longlai lutut bila mendengar komen yang diberikan
Cadangan baru diberikan
Harap cadangan ini memberikan kekuatan
Aku akui bahawa aku sudah bayak tersilap dalam melayari hidup ini, aku akui bahawa aku sudah banyak bazirkan masa kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya sepnajang tempoh cuti ini
Aku juga sedar yang aku tidak pernah berjaya memperoleh sesuatu dengan cara yang mudah seperti mana orang lain...
Andai ini dugaan Allah
aku terima dengan kekuatan...
berkali-kali aku bisikkan pada hati agar lebih tabah
agar lebih gagah
agar lebih kuat
ini dugaannnya
pasti ada hikmah disebalik kejadian
dan aku yakin sesungguhnya
'sesudah kesukaran itu pasti ada kemudahan'
petang..
terasa kepala amat berat...
ku gagahkan diri singgah ke Kuala Lumpur mencari beberapa keperluan sebelum meneruskan perjalanan ke negeri utara paling selatan...
Perjuangan belum selesai malah ia baru saja bermula....
Apa Lobang Ni??
Ulama PAS patut keluar fatwa mengenai nyalaan lilin - MB Perak
IPOH: Ulama dalam PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.
Katanya ulama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.
"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.
"Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.
Zambry berkata beliau bersimpati dengan kematian Teoh dan telahpun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif The Red Solar (M) Sdn Bhd, Rais Hussin Mohamed Ariff berkata pemeteraian memorandum itu melibatkan projek pengeluaran sel (PV) bagi 'phoyovoltaic' melibatkan pelaburan langsung asing US$250 juta (RM887 juta) di Perak.
"Amaun itu bagi mengeluarkan 100MW sel PV setiap tahun sehingga 2011, akan mewujudkan anggaran 1,000 peluang kerja di Perak," katanya.
Pada majlis menandatangani memorandum itu, PKNP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Samsudin Hashim manakala The Red Solar diwakili Rais Hussin dan TCTI diwakili CEO Siva Sivaram. BERNAMA
APA LOBANG?
DAH TAKDE BENDA LAGI KE NAK KOMEN?
ADUHAI.....KATA ADA Phd...hehehe
Sunday, July 19, 2009
Semalam & Hari Ini
tentu amat berbeza
semalam dalam kelongsong
dalam kepompong
tidak tahu mana yang tulen
mana yang palsu....
cuba keluar dari kepompong
walau sukar namun ia wajib
bukan mudah
namun atas tekad dan keyakinan
apa saja pasti tiada mustahil...
sudah berlalu
sudah diketahui nasib diri
baik buruk
wangi busuk
semuanya ketentuan sendiri
niat berubah
pasti berubah
esok pula bagaimana?
akan lengkapkah trnasformasi jiwa?
Sebuah Kisah...
Pada ketika itu, saya akui saya sangat mentah dengan 'perjuangan' apa yang saya tahu ialah belajar, kemudian kalau keputusan baik masuk ke universiti dan selesai pengajian akan bekerja dengan gaji yang sederhana atau lebih baik berbanding dengan rakan-rakan di kampung. Budak kampung yang berusia hampir 20 tahun yang hanya bekerja sebagai pem bantu kedai runcit sebelum masuk ke universiti manalah tahu apa-apa tentang perjuangan. Manalah tahu apa-apa tentang pengorbanan....Saya hanya mengikut arus kehidupan. Malah pernah berjanji bahawa saya tidak akan ambil peperiksaan STPM sekali lagi jika gagal ke universiti pada STPM yang pertama.
Apalah erti perjuangan dan pengorbanan pada saya ketika itu
Dalam proses kenal mengenal aku temui beberapa susuk tubuh yang latar belakangnya amat menarik minat . Ada antaranya yang hanya berjaya ke universiti setelah STPM kali ke 6, ada yang masuk ke univerisit ketika usia di ambang 30 an...namun susuk yang paling menarik perhatian aku ialah 'bob' (bukan nama sebenar)
kenapa ia menarik minat aku?
Semasa berkenalan dan bersembang-sembang kosong dengan dia saya dapati bob sebenarnya sudah hidup mewah tanpa perlu ke 'universiti'. Bekerja dengan pemaju dengan jawatan yang agak baik bob sudah ada kehidupan yang memuaskan. Dia sudah ada Yamaha Virago, dia sudah ada Proton Saga malah aku telan air liur bila melihat slip gajinya yang mencecah angka RM 3500 (ingat RM 3500 pada tahun 1997 tidak sama dengan RM 3500 pada hari ini)
Lalu saya seorang budak kampung yang sangat tolol dengan erti perjuangan dan pengorbanan bertanya pada bob kenapa dia perlu ke universiti sedangkan dia sudah punya kehidupan yang mewah di luar sana. Masuk ke universiti bermakna beliau kena berhenti kerja, RM 3500 tiada setiap bulan, hanya ada pinjaman JPA (kami adalah batch akhir Pinjaman JPA), Virago digantikan dengan Panther, kemudian terpaksa memerah otak dan keringat sepanjang 3 tahun pengajian yang sangat memeritkan.
Lalu jawabnya...'ini pengorbanan bob' (dia juga memanggil aku bob-satu nama mudah untuk sahabat yang baru berkenalan)
'mungkin kau lihat aku dah ada semua tapi aku tiada cukup ilmu untuk teruskan kehidupan...'
tapi..seperti yang aku jelaskan sebelum ini, aku budak kampung yang tolol dengan erti pengorbanan dan perjuangan yang diungkapkan oleh bob. aku hanya sekadar mengangguk-angguk sahaja.
HAri ini aku jumpa bob. Di pasar negeri utara yang selatan ini, Dia menjadi guru sekolah menengah. Aku tanyakan padanya tak menyesal kerana masuk U dan meninggalkan kemewahan sebelum ini?
dia masih menjawab ..'itulah pengorbanan dalam kehidupan'
kali ini aku tersenyum..tanda faham bahawa bob memang tetap dalam perjuangannya....
Luka
Apa da...
Saturday, July 18, 2009
Sembang Gusti
Perpusatakaan
Baju Berkolar
Seluar Slack
Boleh sahaja
Tali Leher?
Digalakkan
T Shirt Kolat Bulat
Jeans
sandal dan Selipar jepun
Semuanya di Haramkan
inilah undang-undang perpustakaan
gedung ilmu untuk semua
nak menggali ilmu
nak mencanai minda...
aku ketawa...
manalah minda mahasiswa tak beku dan mandul
jika di gedung ilmu pun mereka 'dikawal' sebegitu..
aku?
ikut saja..
kalau di bantah
duduk sahaja di luar sampai bila-bila...
Salut Untuk Mahasiswa
7 siswa ditahan demo bela Muslim selatan Thai
Tujuh pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk dua wanita, ditahan polis susulan perhimpunan membantah keganasan terhadap rakyat Islam Thailand di selatan negara itu.
Empat pelajar lelaki ditahan 2.45 petang sewaktu menuju ke kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dari bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak untuk berdemonstrasi, kata sumber pelajar.
Mereka, termasuk seorang pelajar bukan Islam, kini ditahan di ibu pejabat daerah Sentul, kata seorang pemimpin mahasiswa Universiti Malaya (UM) Mohd Aizat Mohd Salleh.
Polis daerah itu bagaimanapun menyatakan hanya tiga orang, termasuk seorang pelajar ditahan di situ, setakat jam 4 petang ini.
Sementara empat yang lain ditahan jam 3.30 petang sewaktu kumpulan lebih kurang 100 aktivis pelajar bersurai di bangunan Tabung Haji selepas menyerahkan memorandum.
Keempat-empatnya, termasuk dua wanita, dibawa di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk diambil kenyataan.
Menurut Mohd Aizat, mereka dikenali sebagai Fauzan Maaruf, Farid Hamlud, Syamsul Mahida Abdul Malek dan Aisyah Jamilah Wan Ahmad.
Sementara itu, peguam kumpulan tiga pelajar lagi, yang ditahan di IPD Sentul, Azizzul Shariman Mat Yusoff pula berkata, beliau dimaklumkan oleh seorang pegawai polis di situ bahawa mereka tidak akan dibebaskan malam ini.
Katanya, ini kerana polis perlu mengambil keterangan malam ini.
Bagaimanapun, Azizzul berkata, mereka dijangka dibebaskan kira-kira jam 9 pagi esok.
Sebelum ini, menurut Mohd Aizat, polis telah memberi amaran kepada kumpulan mahasiswa terbabit supaya bersurai kerana dikatakan mengganggu lalulintas.
Bagaimanapun selepas berunding dengan pihak polis, mereka diberikan lima minit untuk berkumpul dan menyampaikan ucapan.
Aizat mendakwa berlaku pergelutan apabila polis melarang mereka daripada penggunakan pembesar suara.
Ekoran itu, tiga pelajar telah ditangkap manakala empat lagi ditahan selepas perhimpunan ketika mereka berada berhampiran bangunan Tabung Haji.
Takkan nak suruh mahasiswa buat dema bila orang cerita tentang ketuanan melayu sahaja takkan nak suruh mahasiswa duduk menghadap buku sahaja takkan nak suruh mahasiswa pakai talileher dan berkemeja lengan panjang sahaja... salut untuk mahasiswa salut untuk mahasiswa salut untuk mahasiswa
Kepala Ikan
"asyik nak makan kepala ikan aje, mana lah belajar tu nak pandai !!!"
Itu ayat yang aku terima bila aku dengan mencadangkan menu untuk makan tengahari hari ini...
tapi...
betulkah makan kepala ikan menyebabkan aku tak pandai?
atau memang aku dah sedia tak pandai kemudian ditambah lagi dengan sikap malas membaca menjadikan aku bertambah tak pandai...
Wallahualam
tapi...nikmatnya kalau dapat makan kari kepala ikan di hari-hari cuti begini....
Friday, July 17, 2009
Aku Kembali..
Aku dah kembali ke kota terpencil ini
memulakan kehidupan yang telah lama aku tinggalkan
meneruskan perjuangan yang aku abaikan
mengejar cita-cita-cita yang aku 'pernah' lupakan
aku kembali ke kota terpencil ini
mencari sinar di hujung jalan
mencari kedamaian sebenar
di sebalik hiruk pikuk kepalsuan kehidupan
aku tinggalkan kota kedamaian
aku tinggalkan 'kedamaian'
aku tinggalkan semua di kota kedamaian
The Gates
Legend Inn
SSL
Seri Aman
Pokok Assam
Taiping Central
Giant
Bagan Serai
Nyonya Teleng
Nyonya Tukang Jahit
Nyonya Dobi
Nagaria
Capitol
AFC
Doli
Pak Cik Misai Pisang Goreng
Petronas
7-11
Adik & Izuan
Mamat & Zuli
Abang & Ros
Jambu 88
Lake Garden
Parking F
Kuala Sepetang
Ais Kacang
Bukit Larut
Adik Donut
First Lady
Vincci
Tesco
Cinema
Bowling
Pizza Hut
Kenny Rogers
Kompleks Larut Matang
Farmasi
Pak Lang Kg Paya
Transformers
Jangan Pandang Belakang Congkak
The House on The Left
Nasi kandar
Old Town Kopi Tiam
Laksa & Cendol Bismillah
Eon Bank
CIMB Bank
Bihun Sup
Durian Bukit Gantang
Bubur Kacang
Kari Sardin
Kari Ikan Kembung
Telur Dadar
Ikan Bakar Simpang
Sup Cendawan
Ayam Goreng Kunyit
Nasi Goreng Puyuh
Batuk berpanjangan
Sesak nafas
Zumy & Dandan
Pengkhianatan
Kepalsuan
Biar semua jadi sejarah
jangan ia jadi kenangan
aku tinggalkan semua dengan tekad
dengan niat
dengan kekuatan
hari ini
separuh hari aku di kota terpencil ini
aku umpama orang yang sedang koma
ada nyawa tiada jasad
tidurku sentiasa terganggu
jaga ku tidak seperti selalu
jiwa ku kosong
hati ku beku
minda ku kaku
ini baru setengah hari aku di sini
hari-hari lain bakal mendatang
apa pula nasib ku?
mampukah aku tempuh dugaan ini?
mampukah aku harungi cabaran ini?
dengan segala yang ada
aku pasti mencuba
biar nyawa jadi taruhan
aku mesti keraskan hati
teguhkan jiwa
mantapkan minda
agar diri ini
tidak terbakar olehnya
tidak terbakar olehnya
tidak terbakar olehnya..
Thursday, July 16, 2009
Selamat Tinggal Kota Kedamaian (II)
di kota kedamaian ini
mencari sesuatu yang hilang
yang pasti takkan aku temui di sini
Namun aku degil
namun aku sombong
namun aku bongkak
kononya aku sahaja yang betul
tindakan aku sahaja yang tepat
Di kota kedamaian ini
aku buru erti 'kedamaian'
nyata
aku perolehi 'kedamaian'
kedamaian yang tertunjangkan nafsu
kedamaian yang 'palsu'
yang seketika menjadi penawar
dan menjadi racun untuk selamanya
Aku sendirian di kota kedamaian ini
jauh dari teman dan sahabat
jauh dari semua
aku membenamkan diri dalam 'lubang' yang aku panggil kedamaian
Aku sendirian
ini salahku
tiada siapa yang paksa
tiada siapa yang pinta
ini memang kehendaku
memburu 'kedamaian'
yang bertunjangkan nafsu...
hari ini
setelah sesat sekian lama
di sini
di kota kedamaian ini
aku tersedar jua
ini bukan dunia ku
'kedamaian' ini bukan hidupku
'kedamaian' ini bukan matlamat hidupku
'kedamaian' ini bukan ketenangan hidupku
terima kasih kota kedamaian
kerana kau juga yang menyingkap kebobrokan 'kedamaian' itu
terima kasih kota kedamaian
kerana kau menunjukkan pada ku
bahawa di sini
tiada keikhlasan
tiada kejujuran
tiada kesetiaan
tidak perlu pengorbanan
tidak perlu air mata
tidak perlu perhatian
'kedamaian' yang ada di kotamu
palsu
palsu
palsu...
Terima kasih kota kedamaian
kerana pada kehadiran ini
kau memberikan ku kesedaran
kau memberikan ku kebenaran
yang selama ini terselindung
terselindung oleh hati dan mata yang buta...
Terima kasih kota kedamaian
atas kesedaran ini
membuatkan aku aku akan pergi jauh dari mu
meninggalkan mu
meninggalkan 'kedamaian'
meninggalkan memori
meninggalkan kenangan
meninggalkan lafaz setia
meninggalkan keceriaan
meninggalkan gelak tawa
meninggalkan pengorbanan
meninggalkan jiwa lara
meninggalkan kasih dan cinta
meninggalkan kehidupan
meninggalkan kejujuran
selamat tinggalkan kota kedamaian
aku tinggalkan semua di dadamu
aku pernah harungi semua itu di dadamu
kini aku pulangkan semuanya pada mu
biar aku pulang dengan bersih
biar aku pulang dengan kosong
biar aku pulang dengan semangat baru
selamat tinggal kota kedamaian
aku tidak sampai bila
aku akan menginagt 'kedamaian' mu
untuk berapa lama aku sendiri tidak pasti
Tapi aku mengharapkan ia segera
seberapa segera
selamat tinggal kota kedamaian
jika dulu kau dihatiku
kerana kedamaian yang ada
hari ini aku tinggalkan diri mu
kerana aku sedar bahawa
'kedamaian' itu sebenarnya
palsu
pengkhianatan
nafsu
curang
dan segala macam keburukan lagi
selamat tinggal kota kedamaian
aku pergi hari ini
dengan azam dan tekad
aku tidak akan kembali lagi..
pergi mampus dengan
kejujuran
kesetiaan
cinta
sayang
kasihan
pengorbanan
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
selamat tinggal kota kedamaian
aku takkan kembali lagi ke dadamu atas nama 'kedamaian'
aku takkan kembali lagi ke dadamu atas nama 'kedamaian'
aku takkan kembali lagi ke dadamu atas nama 'kedamaian'
aku takkan kembali lagi ke dadamu atas nama 'kedamaian'
aku takkan kembali lagi ke dadamu atas nama 'kedamaian'
Bicara Tunggu Teduh Dulu
j
Pernah aku muatkan dalam entri sebelum ini yang aku dijemput oleh sahabat untuk membicarakan novel ini pada hujung bulan julai nanti dan aku dengan berat hati menolaknya atas alasan kesibukan yang terlalu menghimpit.
Sahabat tadi berkali-kali telefon dan entahlah, mungkin kerana pernah satu ketika aku memberinya harapan untuk menjadi pengulas, atau simpati padanya atas nama persahabatan atau pun kerana mengenangkan novel yang bakal di ulas ialah "Tunggu Teduh Dulu" maka aku lupakan kesibukan, aku lupakan penderitaan dan juga kecelakaan yang bersarang dalam jiwa pada ketika ini.
Sempat juga aku mohon kebenaran Faisal untuk membicarakan novel ini..
Hakikat...aku terasa satu keberatan untuk memulai dan menghabiskan bacaan novel setebal 678 ini. Terutamanya ketika ini aku di kota kedamaian dan dalam proses untuk merentap dan menghumbankan 'kedamaian' yang telah bersarang dalam hati dan sanubari...kala ini jiwa sangat tak ketahuan dan perasaan bercampur baur.
Namun, aku cuba tenangkan hati dengan membelek satu persatu muka surat buku ini dan menghidu harum kertasnya. Ya...satu ketika dahulu aku lain..aku sangat berbeza hari ini jika dibandingkan dengan satu ketika dahulu.
Jauh disudut hati, aku berharap ,membaca novel Tunggu Teduh Dulu ini setidak-tidaknya mampu menjadi satu terapi untuk aku kembali kepada kebaikan zaman lampau
Aku lontarkan persoalan pada diri. kenapa aku berubah? dan lebih teruk lagi..kenapa berubah kearah yang lebih buruk...
Satu ketika aku amat mencintai buku dan Ilmu.Terasa diri dekat dengan Allah.
ya..tahun-tahun awal 2000-2005...
Muqaddimah, 1421, Che Guevara dan beberapa lagi buku dapat aku habiskan bacaannya.
Aku rasakan ia kelainan..jiwa penuh keimanan, minda penuh ilmu
Namun kini???
Jiwa terasa jauh-jiwa terasa kosonng....entah mengapa
Tiada siapa yang salah.
Darwin mengatakan bahawa 'manusia berubah akibat pengaruh persekitaran' sepatutnya dalam persekitaran yang ada hari ini aku berubah jadi lebih baik...
Aku tahu, ruang hidayah dalam hati semakin susut-semakin surut-jika ia diambil kira sebagai nyawa maka tidak syak lagi aku tidak akan hidup lama...aku terkenang cerama Ustaz Shamsuri...mungkin ini yang dikatakan oleh belaiu sebagai "Kemelesetan Hidayah"
Aku layangkan persoalan kenapa?
kenapa aku semakin menjauhiNya?
apa yang aku sibukkan?
apa yang aku kejarkan?
hari ini aku sudah terhantuk.
Hantukan itu amat kuat, ia menggarkan setiap anggota dalam tubuh aku dan menjadikan aku sangat sakit dari segi fizikal dan mental..
lantas aku bertanya, apakah itu tidak cukup untuk memberi aku keinsafan?
apakah itu tidak cukup untuk menjadikan aku berubah?
jika tidak sekarang bila aku hendak berubah??
aku bukan inginkan perubahan yang ekstrem' jika aku mampu kekalkan diri seperti tahun-tahun yang lalu (2000-2005) dimana ketika itu aku hidup dengan tenang, cinta pada ilmu, dekat dengan Pencipta...aku rindukan kehidupan masa itu..
Lalu cukupkah hanya sekadar coretan ini??
tidak aku pasti berubah
berubah kepada kebaikan
lantas aku teringat kata-kata Umar Ibn Aziz "barang siapa yang hari ini lebih buruk dari semalam maka dia adalah orang yang tercela" mungkin ketika ini akulah orang yang tercela itu.
Membelek-belek muka hadapan novel ini membangkitkan nostalgia bagaimana ketika itu aku sanggup mengembara beratus-ratus kilometer semata-mata untuk mencari buku., kenapa aku sanggu lakukan itu sedangkan apda ketika ini pendapatan tidaklah semewah mana..namun hari ini aku bukan sebegitu...cinta pada ilmu makin merosot..
adakah kerana dulu miskin, aku dekat dengan Allah kini sudah agak mewah aku menjauhinya?
Aku teringat ayat yang pernah aku bahaca bahawa 'ujian Allah bukan sahaja datang dalam bentuk kemiskinan namun ia akan datang dalam bentuk kekayaan. Jika dia miskin, Allah nak tengok sama ada dia bersyukur atau tidak. Kemudia Allah jadikan dia kaya, Allah nak lihat adakah dia masih mensyukuri nikmatNya sama seperti ketika dia miskin tadi...'
mungkin ini paling tepat...kenapa jiwa kosong-kenapa makin meleset hidayah-kenapa makin jauh dariNya-kenapa hidup bertuhankan nafsu....inilah puncanya
aku lalai dengan nikmat yang Allah berikan......
jam sudah hampir mencecah ke angka 1.30 am..
aku rasa sangat tenang
seperti yang pernah aku tuliskan ini blog aku
ini medium untuk aku luahkan perasaan yang terbuku.
Alhamdulillah aku dah luahkan segalanya
aku rasakan aku mula 'stabil', mula 'normal'
Mungkin antara tuan-puan menyangka bahawa saya akan bicarakan tentang Tunggu Teduh Dulu di entri ini. Maafkan saya., insyaAllah enteri itu akan menyusul. Saya akan cuba buat sedikit ulasan. Dengan ketenagan ini saya rasa makin kuat. Namun biarlah dalam entri kali ini saya luahkan lagi segala yang terbuku, segala yang masih tersekat di kerongkong dan segala yang menerawang dalam kotak fikiran....
Dalam dingin awal pagi ini..aku sekali lagi berniat dan bertekad untuk berubah
Berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ini
memetik kata-kata bung Hamka
"sewaktu kau dilahirkan, orang tersenyum dan kau menangis ..diketika kau hidup berusahalah berbuatlah kebaikan agar dikala kau mati, kau tersenyum dan orang lain yang menangis"
aku sedang berlari
sekuatnya
lari meninggalkan segala keburukan
yang rupanya berakar umbi sejak lama dan klimaksnya ialah 'kedamaian'
Awal pagi ini tenang
aku dapat rasai ketenangannya
awal pagi ini aku bersedia untuk berubah
biarlah hari-hari mendatang akan ajdi lebih baik
lebih sempurna
kerana hakikatnya aku tidak ada sebab untuk kecewa
dan paling penting
aku tiada walau satu alasan untuk mencari 'kedamaian'
Aku akhiri entri yang mungkin entri terakhir di kota kedamaian ini dengan niat yang ikhlas untuk berubah dan rasa rendah diri mohon kekuatan dari Allah SWT untuk aku terus mampu menghadapi mehnah dan dugaan hidup ini dengan lebih mata dan tenang..InsyaAllah
Munsyid : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)
http://liriknasyid.com
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..
Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..
Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
Tak Sabar
Malam makin larut tapi
ahhhh mata ini tidak lagi bisa tidur
entah kenapa agaknya..
jika difikirkan hati dan tubuh ini sudah cukup lemah
lemah menahan derita
derita yang menggoyahkan kekuatan dan ketabahan
derita yang datang dari kesilapan dalam memilih 'jalan hidup'
Apa sahaja aku tanggung sendiri...
aku redha
Demi Allah aku kena berubah
andai ditakdirkan aku 'pergi' semasa sedang berubah
Aku redha
Aku tak sabar nak tinggalkan 'kedamaian' ini
aku sudah terlalu bosan dengan kepura-puraan di kota kedamaian ini
aku akui,
memang ia pengubat buat satu ketika
namun akhirnya
ia sebenarnya racun yang masuk menerusi minda dan akhirnya
memusnahkan jiwa dan iman...
aku sudah tidak sabar untuk pergi'
pergi jauh
aku tahu
kenangan itu bukan mudah untuk dilupakan
pernah aku terfikir bahawa andainya minda ini satu 'pen drive'
nescaya akan aku 'format' kan bahagian 'kebahagiaan' ini
namun aku sedar
aku hanya makhluk Allah
yang lemah
tidak mampu melawan takdir
aku hanya ada usaha
hanya mampu berdoa
memohon kekuatan dari Allah agar dapat aku lupakan kenangan ini
sememang aku akui kenangan di kota kedamaian ini sangat manis
sangat mencuit jiwa dan rasa
aku dapat rasakan satu 'kelahiran' baru bila aku di sini beberapa ketika dahulu
namun itu hanya beberapa ketika yang lalu
seperti yang aku jelaskan
ia banyak racun dari penawarnya
hari ini
setelah puas dengan penawar
jiwa ini telah disuntik racun...
aku tahu walau kota kedamaian ini tidak berkata
aku tahu kota kedamaian ini tidak bersuara
namun dari 'kedamaian' yang aku lalui
ia bermaksud
pergi mampus dengan pengorbanan kamu
pergi mampus dengan usaha kamu
pergi mampus dengan kejujuran kamu
pergi mampus dengan kesetiaan kamu
pergi mampus dengan janji kamu
pergi mampu dengan diri kamu
aku tahu
walau ia tidak dilahirkan dengan kata-kata
namun aku bukan budak kecil yang boleh digula-gulakan...
kala entri ini aku siapkan
lagu 'kekasih gelapku' (ungu) sedang berputar berkali-kali
nah...
tiada lagi hati dan perasaan
tiada lagi duka dan lara
tiada lagi tangisan dan air mata
tiada lagi sebak dalam dada
Aku mesti pergi
pergi jauh dengan kekuatan dan ketabahan
entah berapa lama pula aku akan 'terduduk'
terutamanya kala kesunyian
aku pasti kenangan 'kedamaian' akan datang mengusik jiwa
aku lahirkan kata-kata bahawa aku sudah kuat
namun itu hanya kata-kata
aku belum dihimpit kenangan lagi...
aku yakin
aku kuat
cuma aku tidak pasti adakah aku cukup kuat
untuk hadapi semua yang bakal mendatang..'
aku hanya ada semangat dan doa
aku kena tinggalkan segera 'kedamaian' ini
bukan secara lahiriah sahaja
namun perlu juga memadankan segala kenangan
anggap sahaja 'pemerhatian turut serta' ini telah berakhir
anggap sahaja antara responden dengan eunemurator tiada hubungan rasa
namun itu kata-kata mulut
untuk menguat jiwa...
AKu janji akan berubah
melupai masa silam
melupai 'kedamaian'
kerana aku ada cita-cita
dan 'kedamaian' ini bukan cita-cita yang ku buru
Aku mohon pada Allah agar di kurniakan kekuatan
kekuatan menghadapi kenangan
kekuatan kala kesunyian
klekuatan kala memori mencengkam jiwa
mohon kekuatan darei Allah
kerana hanya padaNya sahaja tempat aku berserah
dan hanya padaNya sahaja tempat aku memohon pertolongan
Moga dikurniakan kekuatan
dan diberkati perjalanan yang ' baru' ini....
Wednesday, July 15, 2009
Hari-Hari Terakhir Di Sini
Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Besar NAbi Muhammad SAW, Keluarga serta Sahabat2 Baginda Sekelian
Saya tidak pernah rasa perasaan sebegini pelik di kota kedamaian ini
Sungguh aneh perasaan ini
Setelah beberapa kali aku menghabiskan masa di sini
atas nama tugas dan atas nama 'kedamaian'
(kira-kira 17 hari lamanya secara berselang-selang hari bermula dari 25 Mei 2009 yang lalu)
Biasanya,
di kota kedamaian ini
aku amat tenang dengan 'kedamaian' yang palsu ini
di kota kedamaian ini
aku amat gembira dengan 'kedamaian' yang palsu ini
di kota kedamaian ini
aku amat terpaut dengan 'kedamaian' yang palsu ini
Hinggakan seringku lanjutkan tarikh untuk pulang
Hinggakan sanggup aku percepatkan tarikh untuk datang
Semuanya kerana "kedamaian " palsu ini...
Aku sering tunduk pada rayuan di kota kedamaian ini
aku amat tenang dengan 'kedamaian' yang palsu ini
aku sering tunduk pada rayuan agar kerap datang semula...
Hari ini aku rasa lain
pergi mampus dengan rayuan itu
pergi jahanam dengan rayuan itu
Penyesalan pagi tadi sedikit sebanyak menpengaruhi hati
AKu sudah tiada perasaan terhadap kota ini
Aku sudah tiada jiwa pada 'kedamaian' ini
Aku tiba-tiba bersemangat untuk pulang
Aku rindu bilik pertapaan
Aku rindu Makmal (Psiko CMTU)
Aku rindu gelak tawa kawan-kawan (Abg Misai -terima kasih kerana terus memberi inspirasi)
Jiwa aku sudah berubah
aku bukan milik kota kedamaian ini'
aku bukan milik 'kedamaian' ini (memang hakikatnya bukan kerana cakap itu memang murah)
tak perlu ku hitung berapa banyak pengorbanan di kota kedamaian ini
wang, masa, keringat dan air mata
namun apa aku boleh lakukan....
masanya telah tiba
aku kena pulang selama-lamanya kerana aku sudah bukan milik 'kedamaian' ini...
Malam ini malam terakhir aku di sini
aku bercadang nak tidur awal cadangannya selepas Isya
cepat-cepatlah esok
cepat-cepatlah esok
cepat-cepatlah esok
biar aku pulang
lupakan segala kenangan
kenangan 'kedamaian' di kota kedamaian
takperlu ada istilah 'malukut di tepi gantang'
aku makin kuat
aku makin kuat
aku makin kuat
Tak perlu aku tinggalkan 'kedamaian' di kota kedamaian dengan linangan air mata
cukuplah dengan 'penegasan dalam hati' bahawa
aku sudah bersedia untuk melupakan 'kedamaian' ini....