Terlalu lama aku tidak menulis di Blog..dua sebab utama iaitu kesempitan masa dan kesempitan internetKesempitan masa kerana tekanan kerja yang melambak-lambak manakala kesempitan internet pula kerana internet leboih kerap tiada talian brbanding deng ada talian di tempat kerja bertuah ini...jadi apabila kedua-diuanya digabungkan ia menghasilkan satu keadaaan yang sangat tertekan dan membosankan
Aku tidak pasti kenapa aku begitu bersungguh mencuri masa untuk memasukkan entri ini
Mungkin kerana kmarahan, mungkin kerana kebencian atau mungkin sekadar mahu berkongsi dengan sesiapa yang sudi membaca bahawa selama ini saya menulis entri tentang guru bukanlah tulisan yang membabi buta....
sama-sama kita renung dan fikirkan masak-masak ceretan ini hasil komunikasi saya bersama seorang sahabat lama melalui SMS...
ANDAINYA DIA MENJADI GURU....
Askum, keputusan temuduga bila keluar?
TAK PASTI LAGI, SIAPA NI???
xxxxx la, Ada bebudak buat spekulasi kata dah keluar
KAU SEMAK DALAM WWW.EMOE.GOV.MY
Tq o…bukan dalam laman web KPM ke?
SAMA LA TGK BUTANG RESULT/SEMAKAN
Yap tapi butang semakan masih tak aktif, tapi ada info kata ada clon-calon yang dah tahu
MUNGKIN SPEKULASI JE KOT
Ok boss tapi sebagai ejen saham amanah dan insurans, teruja aku bila ada spekulasi.
KALAU DAH JADI EJEN KENAPA NAK JADI CIKGU.INCOME KAU TAK OK KE ?
Nak try makan gaji, Bisness OK. Tapi pengalaman aku dalam ekonomi yang semua barang naikbaik ada gaji tetap. Ada musim waktu tak jadi buat apa pun tak kena…apa salahnya kiri masuk sikit kanan masuk sikit
JADIK CIKGU KENA LA FOKUS, TAKKAN UNTUK DUIT JE…
Takpa, macam juga orang masuk politik..adakah ikhlas betul-betul untuk berjuang??
KAU SOKONG DAN NAK IKUT PENDEKATAN MACAM TU KE?
Kalau betul-betul ikhlas tak perlu pakai kereta besar …tapi masih ramai rakyat perlukan perhatian…Inilah dunia..untuk survival….ideologi karl marx sama rata..tapi…tak praktikal dalam dunia sebar..kenapa???realitinya, survival, peluang, opportunis
KAU DAH TELITI MARX’S THEORY OF CAPITALIST DEVELOPMENT KE??? ATAU KAU DAH BACA DAS KAPITAL ??
Lom lagi
(AKU DAH TAK GAMAK NAK BALAS SEBAB AKU MEMANG DAH MASAK DENGAN ORANG MACAM NIE, SELALU BERCAKAP TANPA BERFIKIR)
Yang syoknya, ramai cikgu besar buat direct selling reality ekonomi hari ini..tetapi anak-anak murid tak terabai…
KOMUNIKASI VIA SMS TAMAT KERANA AKU TIDAK MEMBALAS SMSNYA
mujurlah aku tiada apa-apa kuasa..andai aku ada kuasa pasti akan aku gugurkan namanya jika dia terpilih sebagai guru kerana pada pandangan aku...kelompok seperti dialah yang membusukkan profesion perguruan di Malaysia....
Apa pandangan anda????