"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Thursday, April 20, 2006

60 Minit Bersama Menteri


Pak Kebun bukanlah peminat setia rancangan ini. Ini kerana selama ini rancangan ini sering menampilkan pelbagai Menteri (sesuai dengan tajuknya) yang akan membincarakan pelbagai topik yang biasanya lebih semacam 'U-Topia' semata-mata
Namun malam tadi (19 April 2006) nyata berbeza. Rancangan ini menampilkan Yang Berbahagia Prof Di Raja Engku Aziz bagi membicarakan topik "Rancangan Malaysia Ke Sembilan"
Berbanding dengan Menteri-menteri (dalam rancangan-rancangan sebelumnya) yang terlalu banyak kipas dan cuba menonjolkan ideologi masing-masing, Pak Engku amat berbeza. Sebagai seorang pejuang dalam isu kemiskinan di zaman-zaman 60-70 an dan sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan Dasar Ekonomi Baru beliau amat kritikal dalam ulasannya.
Satu ulasan yang Pak Kebun kira amat menarik ialah beliau berpendapat bahawa DEB sepanjang 1970-1980 telah menampakkan kejayaan tetapi DEB selepas era tersebut (1980an dan seterusnya) DEB semakin lemah katanya pada masa tersebut DEB telah banyak dicampurkan dengan 'air sejuk' sehingga hilang kemantapannya.
Pak Engku seperti masa lalu masih menyokong pembangunan luar bandar kerana Orang Melayu masih menumpu dikawasan tersebut dan beliau amat optimist kejayaan boleh dicapai sekiranya dua isu utama diatasi iaitu "Birokrasi" dan "Rasuah" . Selain itu 'penyampaian' (delivery sistem) dalam pembangunan juga perlu diperbaiki.
Isu rasuah tetap perlu diperangi dan menurut beliau Pak Lah bukan keseorang kerana mempunyai Menteri Kabinet (isu keseorangan memerangi rasuah ini merupakan satu bola tanggung kepada Pak Engku sebenarnya)
Pak Engku juga menekankan sekali lagi bahawa ORANG MELAYU MESTI BERUBAH dari pelbagai aspek
Beliau sering merujuk buku Tulisan Zaaba iaitu "PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI" (dan Pak Kebun kecewa kerana dah kehilangan buku ini)
Itulah Pak Engku, walaupun telah mencecah usia lebih 80 tahun tetapi masih aktif dan berfikiran jauh (Pak Kebun terkedu bila beliau menyatakan beliau baru sahaja habis membaca sebuah buku....itulah tanda beliau amat sayangkan dan dahagakan ilmu..kita semua macammana???).. Nyata siaran malam tadi amat menarik disebabkan kupasan Pak Engku yang amat bernas walaupun agar 'kontroversi'

1 comment:

Unknown said...

aiseh..terlepas tengok program ni..
memang tak pernah tengok pun sebab selama ni program tu hanya berupa kempen murahan semata..

Buku Za'ba itu baru sahaja saya beli dari Kedai DBP..