"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, April 02, 2006

"Murtabak Bawang" -RM 2

Foto: Ini Bukan "Murtabak Bawang"
Malam tadi ke pasar malam…teringin hendak makan murtabak. Pesan sekeping mutabak ayam..harganya RM 2 sekeping

Sampai rumah..makan murtabak…kecewa..murtabak tadi bukan murtabak ayam.sebaliknya murtabak ‘bawang’ (isinya hampir keseluruhan bawang besar yang dihiris)

Entahlah..mungkin sebab petrol naik 30 sen kot…dia letak bawang dan bukannya ayam (mungkin juga atas alasan wabak H5N1)

Alahai tauke murtabak…fikirlah tentang duit yang masuk ke kantung mu..halalkah ia jika pembeli tidak redha???? Apa jawapanmu nanti di sana????

Pak Kebun: Aku tahu tauke murtabak tu tak baca blog aku Cuma saja nak maklumkan kepada kawan-kawan ….Teliti dahulu intinya sebelum membeli…..

5 comments:

Zaharah said...

Salam,
sekarang ni ramai org melayu nak berniaga....sahut seruan kerajaan tak pun mengikut sunnah Rasul junjungan tapi iqra' tak nak lah plak ,jadi berniaga syok sendiri, letak harga pun sesuka hati tak bertimbang tak menimbang.
Hari tu datang dengan isteri ker? tak sempat nak berkenalan, nak cepat.. banyak buku dalam fikiran.

Jiwa Rasa said...

pak kebun,

saya memang suka murtabak yang banyak bawang....biar lebigh bawang. kurang ayam pun tak pe.

kat mana ada jual? :)

Anonymous said...

pak kebun rindukan murtabak di negeri bersejarah ke? nanti baliklah kampung..beli kat pasar malam kay... (",)..

Anonymous said...

World Wrestling Entertainment Can All be found for free here, check it out at Fight TV come see what all the fuss is about WWE action

Anonymous said...

WOW WWE The Most Powerful World wrestling Entertainment for free, Geez this is cool!!!