"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, April 03, 2006

Alahai Bakal Cikgu

Forum (Utusan Malaysia-3 April 2006)
Mahasiswa pendidikan bimbang tidak ditempatkan di sekolah

SAYA dan rakan-rakan amat berbangga dan gembira kerana telah terpilih memasuki salah sebuah IPTA bagi kursus pendidikan.

Menjelang tahun akhir, kami telah dikejutkan dengan kata-kata oleh pensyarah kami bahawa masih terdapat lebih kurang 900 pelajar senior kami yang telah berjaya menamatkan pengajian tetapi belum ditempatkan di sekolah. Dengan erti kata lain masih menganggur hampir setahun dan ada yang lebih lama daripada tempoh itu.

Kami dikatakan terpaksa bersaing dengan pelbagai graduan pendidikan iaitu daripada saluran KPLI, Latihan Pengurusan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan macam-macam saluran lagi.

Apa yang mengecewakan, setelah penat lelah belajar selama empat tahun, kami berdebar-debar pula menunggu peluang bekerja, sedangkan guru-guru keluaran KPLI dan LPBS yang hanya belajar lebih kurang setahun tidak perlu memikirkan masalah pengangguran kerana mereka akan terus diserapkan sebagai guru tetap di sekolah.

Tentulah tidak adil jika dibandingkan dari segi jangka masa kami belajar yang bermula selepas STPM atau matrikulasi sedangkan mereka menjadikan bidang pendidikan sebagai pilihan terakhir untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi dengan mudah menjadi guru selepas lebih kurang hanya setahun belajar.

Kami warga pendidikan yang sejati amat berharap luahan hati kami mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Kementerian Pelajaran dan pihak yang berkaitan agar nasib kami terbela sebelum kami menamatkan pengajian tidak lama lagi.

- MAHASISWA PENDIDIKAN,
Negeri Sembilan.
Komen Pak Kebun:
Untuk Makluman....Orang lain pun masuk universiti, malah ada hampir 60 000 graduan yang menganggur. Ada dari jurusan Kejuruteraan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Perancang Bandar dan banyak lagi dari jurusan yang bersifat profesional dan separa profesional. Mereka ini telah menganggur bertahun-tahun dan masih berjuang untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik.
Malah ada antara sahabat Pak Kebun yang menjadi peramusaji, ternak ayam dan lain-lain bagi menjamin kelangsungan hidup..
Mereka ini tidak mempertikaikan rezeki orang lain. Mereka ini juga tidak membanding-bandingkan kelulusan mereka dengan orang lain..malah lebih hina..mereka sering di "cap" sebagai golongan yang memilih kerja sedangkan pada hakikatnya tidak sedemikian.
Bila membaca komen yang satu dari "Mahasiswa Pendidikan" ini Pak Kebun terfikir...apa istimewanya dia berbanding dengan graduan lain???? Adakah kerana dia bakal Guru???
Yang paling penting..hujah-hujah yang beliau mengemukakan membenarkan hipotesis Pak Kebun bahawa "golongan" ini memang merupakan golongan yang sering 'menganggap' diri mereka terlalu istimewa jika dibandingkan dengan golongan lain...
Wallahualam...

3 comments:

Unknown said...

pak kebun,

itulah hasilnya dasar pendidikan negara. melahirkan ayam ternak. yang sibuk mencari makan...

Anonymous said...

Setuju le sangat.....

sekarang macam dah jadi wabak pula...semua orang nak jadi cikgu sekolah kerajaan...

manusia seriang mengharapkan jaminan hidup dari kerajaan..
tapi jarang manusia nak renungkan jaminan dari Allah yang menciptakan..

pendita said...

Saya pun warga IPTA yg melahirkan bakal2 guru (Pak Kebun pun arif tentang tempat ini)....

Diorg tu dah rasa special sangat...
Entah la...

Huhuhuhu....