"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, April 05, 2006

Kisah Lampu Jalan dan Jalan Berlubang

Sekadar Gambar Hiasan Untuk 'Menyedapkan' Cerita:Pak Kebun...

Pak Kebun rasa isu ini antara isu yang sering berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Sejak Pak Kebun berpindah ke sini (dari Negeri Bersejarah), lampu jalan (street lighting) di jalan utama menghala ke perumahan tempat tinggal Pak Kebun tidak pernah berfungsi (Pak Kebun baru tiga bulan di sini..tidak dipastikan pula sudah berapa lama ia tidak berfungsi). Begitu juga halnya dengan satu lubang besar di tengah jalan utama tersebut….

Dua hari lepas ada kemalangan berlaku… ….

Malam tadi..pulang dari kerja…Lampu jalan dah menyala….

Bayangkan jika tiada kemalangan..entah bila agaknya lampu tersebut nak diperbaiki..(bukan suka pada kemalangan…Cuma bagi pihak yang berkuasa ‘mungkin’ mereka perlukan “kemalangan” sebagai bukti bahawa lampu tidak berfungsi)…

Kerja pembaikan mungkin ambil masa tak sampai setengah hari..tetapi pengguna terpaksa tunggu terlalu lama (dalam kes Pak Kebun masa hanya tiga bulan)

Lubang besar di tengah jalan???

Masih belum ditampal…mungkin menunggu hingga ada orang yang “tersembam” (bahasa org kampung Pak Kebun) baru nak ditambal agaknya…

mm….agaknya ini salah satu ciri “Good Governance” yang sering diwar-warkan itu…

2 comments:

Jong said...

Salam Pak Kebun,
Kalau tak silap saya Khalifah Umar Abd Aziz ada bercakap pasal jalan berlubang ini. Katanya, kalau seekor kaldai patah kaki sebab jalan berlubang di tengah Baghdad (atau Madinah, tak ingat!) maka dialah yang akan ditanya Allah kelak di hari akhirat. Khalifah Umar menangis sakan...aduhai, ADUN TG Malim buat apa agaknya....
Wassalam

jagoan said...

Malaysia...
Begitulah kot. Kalau negara maju takde gitu gamaknya. No Action Talk Only.