"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, April 19, 2006

Ijazah Palsu Berlambak Di Malaysia?-Awas


Laporan akhbar beberapa hari lepas tidak mengejutkan Pak Kebun. Masih Pak Kebun ingat dalam satu syarahan oleh Professor Pak Kebun semasa di UM dulu bahawa segala ijazah dari Sarjana Muda hingga Ke Doktor Falsafah boleh dibeli di pasaran terutamanya di Amerika Syarikat..yang penting DUIT!!!!

Bagi orang politik..seorang ‘tokoh’ pemuda dikaitkan dengan kes ini…..

Samada kita terlepas pandang atau mungkin sengaja tidak mahu memndang bahawa kita ada seorang artis yang sekarang guna gelaran “Dr”…yang kini menjadi duta bagi kamus elektronik…

Baru beberapa tahun lepas khabarnya dia hendak buat Phd..dan kini dia dah guna gelaran tersebut…CEPATNYA !!!

Pak Kebun bukan apa…simpati pada pemegang tulen Phd..yang memang amat mencabar untuk diperolehi itu (malah ada yang menggelarkannya sebagai Permanent Head Damage)..tiba-tiba orang lain yang hanya bermodalkan ribuan ringgit dengan senang-senang guna gelaran tersebut.

Cukuplah dengan ijazah kehormat (doktor kehormat yang macam-macam) yang dikeluarkan oleh pelbagai universiti kepada ahli-ahli politik….

Kini Ijazah palsu pulak yang menyesakkan fikiran…

Pak Kebun teringat satu kisah penglipur lara “AWANG ADA DUIT SEMUA JADI” yang memang amat releven dengan senario ini…..

2 comments:

Romantis Selatan said...

Ketika saya sedang berperang dengan derita untuk mendapatkan sekuntum Ijazah yang mekar mewangi... ada pula kisah-kisah yang memalukan seperti ini...

Ijazah tidak menentukan segala-galanya... namun itulah silapnya di Malaysia ini, sehingga ia dijadikan modal mengaut keuntungan.

Pak Kebun said...

rockerz..bole caya ke?