Mawi dimarah peminat akibat gosip cinta
Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH (Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 3 April - Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, hari ini memberitahu dia menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat yang memaki hamun gara-gara gosip cintanya dengan penyanyi dan pelakon, Diana Rafar.
Di samping SMS itu, Mawi berkata, dia juga menerima SMS daripada peminat wanita berusia yang menasihatinya supaya bersabar menghadapi dugaan hidup sebagai artis.
Kata Mawi, apa yang berlaku mungkin kerana salah faham peminatnya yang tidak mengetahui cerita sebenar.
Apa yang penting kata penyanyi yang berasal dari Kulai, Johor ini, dia berada di pihak yang benar dan masih setia dengan tunangnya, Nurdiana Mohd. Naim atau Diana.
Mawi berkata demikian kepada pemberita selepas persembahan sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur, di sini.
Gosip percintaan Mawi dengan Diana Rafar tercetus apabila mereka berdua dikatakan keluar memancing di Subang Jaya, minggu lalu.
Berikutan `kekecohan' yang berlaku, Mawi berjanji akan lebih berhati-hati dalam apa juga tindakan selepas ini.
``Mungkin pada pandangan saya apa yang dilakukan tidak salah tetapi tidak kepada peminat,'' katanya.
Kata Mawi, segala kenyataannya mengenai hubungan dengan Diana Rafar adalah benar dan tidak berniat menipu peminat.
``Saya tidak takut kerana berada di pihak yang benar. Pertemuan saya dengan Diana Rafar adalah secara kebetulan dan malam itu adalah pertama kali saya bertemunya.
``Ketika itu, saya dan rakan-rakan sedang memancing di mana Diana Rafar datang berjumpa dengan pengurus saya, Aman Ramli untuk menghantar kertas cadangan,'' ujar Mawi.
Tambah Mawi, dia menganggap hubungannya dengan Diana Rafar sebagai rakan artis memandangkan dia artis baru.
Ditanya perasaan tunangnya Diana berikutan isu tersebut, Mawi yang akan muncul dengan album baru berbentuk qasidah pada 11 April ini berkata, dia yakin Diana akan memahami situasi yang berlaku.
``Saya sudah cerita segalanya kepada dia dan kami sama-sama kena banyak bersabar,'' katanya.
KOMEN PAK KEBUN:
Inilah mentaliti rakyat di negara tercinta ini. Biar minyak naik harga …..biar kos hidup meningkat…biar berpuluh ribu graduan menganggur…..biar tulisan jawi berkubur…biar bahasa melayu dipinggirkan..biar sejuta orang menagih dadah…..semua itu tak penting dan tak perlu diambil peduli….
Tetapi …jika..ada isu-isu yang melibatkan penyanyi “PUJAAN” mereka…meraka akan marah..memberontak dan membuat pelbagai komen…(penyanyi ni manusia luar biasa jika tidak masakan dia boleh menjadi seorang artis sedangkan dia ramai kata dia berpendidikan agama…)
Alahai…..sensitifnya rakyat Malaysia ye…
No comments:
Post a Comment