"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Tuesday, April 11, 2006

Salam Maulidur Rasul



Rasulullah SAW lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. bersamaan dengan 10 April 571 M (Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu). Manakala bagianda telah wafat pada bulan RabiulAwal tahun 11 Hijrah..dan kini sudah lebih 14 abad Baginda meninggalkan kita...adakah hati kita mengingati Baginda?
Dalam sehari berapa kalikah kita berselawat kepada Baginda?
Apa perasaan kita apabila Baginda di hina dalam bentuk karikatur yang amat menjelekkan?
Semalam..sambutan Maulidur Rasul diadakan di tempat kerja Pak Kebun..ada perarakan sambil berselawat. Namun menyedihkan apabila hanya beberapa kerat sahaja yang berselawat manakala selebihnya berbual-bual kosong dan menggaya-gayakan pakaian masing-masing...seolah-olah ini pesta fesyen...
Ceramah yang diadakan amat menyentuh hati...kisah Rasulullah, kisah cintanya baginda pada umatnya, kisah perjuangan dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan syiar Islam, kisah kecintaan sahabat pada baginda sehingga ke hari kewafatan baginda...(air mata menitis sayu..)

Pak Kebun terkenangkan filem "The Message" dan puisi "Al Amin" (karya Pak Samad)...yang kedua-duanya benar-benar menjentik rasa sayu....

Di manakah kecintaan kita pada Baginda??? Sejauhmanakah kecintaan kita kepada baginda???

Kita sendiri yang tahu jawapannya....

Selamat Menyambut Maulidurrasul..moga kita mengambil ikhtibar atas kisah hidup dan perjuangan Baginda....

"Hari panas ketika itu, mentari punyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, alam mempunyai ceritanya sendiri, dan gurun masih penuh rahsia. Nabi meminta bejana air, diseluk ke air dan diusap wajahnya, berkata tenang datangnya ajal dan rela. Di pangkuan isteri kepalanya, berkata ia sukar diterka, dan tengahhari Rabiulawal 11 Hijrah Nabi yang mulia menghembuskan nafas akhirnya. Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, aduh Nabi sudah tiada"

(Petikan Al Amin: Riwayat Hidup Rasulullah SAW Dalam Puisi, Karya A Samad Said,1999:317)

1 comment:

Anonymous said...

Yang lagi sedih ada plak pendapat mengatakan sambutan maulidur-rasul sebagai bid'ah. Katanya sebab zaman rasulullah tak sambut.

Pendapat Imam Syafie' mengatakan ada 2 kategori bid'ah. Salah satunya bid'ah yang sunat. Maknanya dibolehkan kerana mendapat pahala.

Pendidikan untuk anak cucu kita esok... Menjaga generasi akan datang