"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Saturday, April 29, 2006

Selamat Tinggal



Hari ini hari terakhir di sini
Petang nanti Pak Kebun akan berangkat ke Negeri Bersejarah
Praktikal (Kerja Bodoh) akan bermula Mei dan tamat pada Ogos 2006

Apalah yang boleh dibuat
Pak Kebun hanya menurut perintah

Mungkin Pak Kebun lebih beruntung kerana
dapat praktikal di kampung
Ramai sahabat di sekitar sini...kemudian di tendang ke sana sini
Umpama bola..

Tak tahulah sempat atau tidak untuk update blog...

Selamat tinggal Daerah ini
Selamat tinggal segala kerja
Selamat tinggal yang mengingati...

insyaAllah bulan Ogos Pak Kebun akan kembali
Meneruskan perjuangan dan cita-cita yang terbengkalai ini...

Wassalam

Friday, April 28, 2006

Fikirkanlah


Pergi kelas pakai tali leher
Pergi mesyuarat pakai tali leher
Pergi perpustakaan pakai tali leher

Siapa yang hendak belajar?
Siapa yang hendak bermesyuarat?
Siapa yang hendak membaca?

Manusia atau tali leher???

(Rasanya Malaysia terlalu panas untuk kita bertali leher)

Pak Kebun: Tak Perlu lali leher..hanya perlu cangkul sahaja

Thursday, April 27, 2006

CCTV Di Sekolah-Perlu Ke?

Kuala Lumpur 25 April 2006: Satu memorandum mengenai masalh disiplin pelajar akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok yang akan turut membincangkan kemungkinan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah. (Petikan Utusan Malaysia, 26 April 2006)

Pak Kebun: Tak tahu nak komen apa. Cuma terfikir..perlu sangatkah CCTV di sekolah. Biasanya CCTV untuk pemantauan jika ada kehiatan jenayah. Jadi jika perlu CCTV di sekolah secara tidak langung menggambarkan bahawa masalah perlakuan jenayah di sekolah amat kritikal.

Mana persatuan guru? Tak bersuara pun? Takkan nak tuntut gaji je baru nak bising?

Pak Kebun: Aku Tetap Tukang Kebun

Apa Sudah Jadi???


Apa Sudah Jadi??

Pak Kebun amat bersimpati dengan penulis komen. Bukan dia sahaja tetapi keseluruhan rakyat yang menghadapi situasi yang sama.

Pelik dan amat pelik…

Kereta turun harga tetapi faedah untuk pinjaman kereta mendadak naik.(sudahlah system riba’-takpe..negara kita Negara Islam)

mmmm…mana pejuang rakyat yang sering berkokok di dalam dewan? Mana menteri yang berkaitan?

Takkan sebelum ini mereka yang berkaitan tidak terfikir satu mekanisme untuk kawalan ini??

Yang nyata..akhirnya beban akan kepada rakyat juga……..

Biarkan-biarkan….

Kalau Dah Hantu Gusti


Semalam Pak Kebun ‘beli’ gusti dari ASTRO. Bukan siaran langsung tetapi yang dirakam 12 tahun lalu. Tajuknya “Black Jack Brawl”. Memang tiada penggusti baru dan gaya penggusti pula lebih kepada brawler dan bukannya mat technician atau high flying

Gelanggangnya ialah UWF (Universal Wrestling Federation). Manakala pemegang tali pinggang kejuaraannya pula ialah Dr Death Steve William. Juara Bergu pula The Killer Bees.

Banyak juga penggusti yang turun ke gelanggang antaranya Cactus Jack (Mick Foley), Superfly Jimmy Snuka, Dan Spive, Sid Vacious, Bob Orton, Wild Thing Stevie Ray, Sunny Beach dan lain-lain (yang majoritinya dah tidak aktif lagi dalam arena gusti moden)

Bagi peminat gusti yang biasa sememangnya perlawanan ini amat membosankan. Namun bagi Pak Kebun, inilah gaya gusti di ‘zaman ‘klasik’ (Classic Era) yang merupakan perintis kepada gusti pelbagai gaya (hybrid style) yang kita lihat pada masa kini.

Itu sahaja….

Pak ‘The Butcher’ Kebun

Bodoh Kerja atau Kerja Bodoh?


Bodoh Kerja boleh ditafsirkan sebagai tidak pandai membuat kerja. Bodoh dalam konteks ini dilihat dari perspektif fizikal. Dalam bahasa yang mudah, bodoh kerja cuba menjelaskan bahawa seseorang individu atau pekerja itu bodoh kerana kekurangannya atau kelemahannya dari segi kemahiran fizikal dalam satu-satu pekerjaan.

Kerja Bodoh pula ditafsirkan sebagai kerja-kerja yang tidak berfaedah dan ada ketikanya kerja-kerja yang tidak mampu diterima oleh logik akal. Jika bodoh kerja dilihat dari segi kekurangan fizikal, kerja bodoh pula dilihat dari aspek mentaliti dan fikiran. Dalam bahasa yang mudah, kerja bodoh lebih banyak membawa kesan yang buruk berbanding dengan bodoh kerja.

Kerja bodoh sekarang ada berlaku di tempat kerja Pak Kebun. Gelanggang Tenis ada lima. Nak buat pembaikan, maka dirobohkan semua gelanggang yang ada. Setelah hampir tiga minggu, satu gelanggang pun tak siap. Sedangkan lebih molek jika kerja di buat satu persatu.

Rumusannya. Bodoh Kerja memang dilakukan oleh orang-orang yang bodoh manakala Kerja Bodoh biasanya datang dari orang yang ‘nampak macam pandai’ yang sebenarnya lebih bodoh dari yang bodoh…

Nota: bukan apa..geram je sbb Kerja Bodoh ni la aku terperap dekat tiga minggu tak dapat bersukan.

Wednesday, April 26, 2006

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri

Tajuk: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Penulis: Za'ba
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Cetakan: Ketiga (2005)
Harga: RM 5.50 (rokok Dunhill 20' pun RM 6 sebungkus sedara..)
“Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendita, keping-keping kertasnya”

Begitu mendalam dan bermaknanya petikan kata-kata di atas dan semamangnya ia tepat untuk menggambrakan tentang seorang Pendita keturunan Melayu yang pemikirannya sentiasa ‘hijau’ dan 'tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’ walaupun ide dan pandangannya diutarakan berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Allahyarham Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad adalah satu nama yang tersohor dalam hal bahasa dan budaya Melayu. Tulisan-tulisan beliau amat kritk dan kritis serta begitu bebeza dengan pandangan pemikir yang ada di zamannya.

Tulisan-tulisan beliau biasanya akan menimbulkan kontroversi kerana kelainannya. Oleh yang demikian beliau sentiasa menjadi sasaran penjajah yang pada ketika itu sememangnya bermatlamat untuk ‘melemahkan minda’ orang Melayu melalui pelbagai cara dan pendekatan.

Isi kandungan dan pendapat serta hujah beliau dalam buku ini amat tajam dan sukar diterima oleh orang Melayu.terutamanya pada masa tersebut. Menyedari keadaan itu maka buku ini ttidak pernah diajukan kepada mana-mana penerbit sepanjang hayat beliau. Buku ini diterbitkan kali pertama pada tahun 1982 iaitu setelah 9 tahun pemergiannya ke Rahmatullah.

Pak Kebun begitu tertarik dengan petikan di bahagian kulit belakang buku ini yang berbunyi “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa sahaja atau kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapatkan kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak!. Tuhan tidak pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari dari orang apabila mati kelak”

Nah…membaca petikan tersebut dapat membayangkan betapa kritik dan kritisnya pandangan Za’ba terhadap kehidupan. Beliau menekankan bahawa orang Melayu perlu berikhtiar dan berusaha sendiri dan seberapa upaya tanpa bergantung dan mengharap kepada pertolongan orang lain.

Menurut beliau lagi, Islam pada hakikatnya tidak menyuruh umatnya hidup hanya dengan berdoa sahaja. Sebaliknya Islam menyuruh kita menimbang dan berusaha sendiri dengan menggunakan akal dan fikiran yang waras dan bukannya bertaklid buta kepada orang lain-semata-mata.

Buku ini terbahagi kepada dua risalah dan setiap risalah itu terbahagi empat bab kecil yang lain.

Risalah Kedua
Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
Bab Pertama: Wajibnya Bagi Mendapat Kejayaan
Bab Kedua: Kekurangan Kita Dalam Sifat Ini
Bab Ketiga: Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan AgamaBab Keempat: Bersendiri Pada Ilmu dan Amalan


Risalah Ketiga
Kebajikan dan Kejahatan
Bab Pertama: Fahaman Yang Luas
Bab Kedua: Baik dan Jahat Tetap Ada
Bab Ketiga: Fahaman Yang Sempit
Bab Keempat: Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya

Mungkin kita seringkali membaca buku-buku tentang kejayaan dan kemajuan diri yang ditulis oleh pelbagai penulis samada penulis barat mahupun pemikir Islam.
Namun, Pak Kebun dapat merasakan satu semangat yang lain apabila membaca dan menekuni buku. Membaca buku ini membuatkan Pak Kebun benar-benar faham mengapa Pak Ungku (Prof Di Raja Ungku Aziz) menyarankan agar orang Melayu membaca buku ini.

Benarlah kata-kata ini “Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendita, keping-keping kertasnya”

Inilah sumbangan seorang pemukir bangsa untuk ditekuni oleh bangsanya sendiri. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau…….

Jejak-Jejak Di Pantai Zaman


Tajuk: Jejak-Jejak Di Pantai Zaman
Terbitan: Penerbit Universiti Malaya
Tahun: 1975
Penulis: Prof Diraja Ungku Aziz
(Pak Kebun tak pasti samada buku ini masih ada di Penerbit UM lagi. Cuba-cubalah telepon sendiri ye)

Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9) masih hangat diperbincangkan. Pelbagai pendapat pro dan kontra tentang RMK 9 ini dapat kita dengari samada melalui media bercetak mahupun elektronik.

Dalam entri yang terdahulu, ada Pak Kebun mengulas sedikit tentang sokongan Pak Ungku (Prof Diraja Ungku Aziz) terhadap dasar-dasar dan cadangan pembangunan yang dititikberatkan dalam RMK 9 ini.

RMK 9, dilihat oleh Pak Ungku sebagai satu rancangan yang amat baik dan perlu dilaksanakan memandangkan ia bakal membawa manfaat kepada orang Melayu terutamanya di kawasan luar bandar. Ini kerana menurut beliau, dalam rancangan-rancangan pembangunan yang terdahulu, pembangunan hanya dilihat dan difokuskan kepada kawasan bandar dan kawasan luar bandar yang majoritinya penduduk Melayu seolah-olah dipinggirkan.

Walaupun, matlamat untuk penyusunan semula masyarakat dan penghapusan kemiskinan telah dicadang dan dilaksanakan sejak dari Rancangan Malaysia Ke Dua dan disusuli pula dengan Dasar Ekonomi Melayu tetapi dari segi pencapaian, masih kurang memuaskan kerana Pak Ungu berpendapat dasar yang mantap dan kukuh itu telah 'dicurahkan air' pada dekad-dekad 80, 90 an dan seterusnya hingga ke alaf baru hingga mengakibatkan dasar yang pada asalnya kukuh dan mantap menjadi cair dan tidak bermaya.

Jejak-Jejak Di Pantai Zaman memberikan ide awal tentang kemiskinan Melayu yang mula dibincangkan oleh Za’ba sehinggalah diteruskan penelitian semasa zaman Pak Ungku.

Jejak-Jejak Di Pantai Zaman merupakan sebuah buku yang menghimpunkan empat buah makalah tentang kemiskinan Melayu dari era Za’ba hingga ke zaman Rancangan Malaysia Ke Dua (RMK 2)

Daripada empat makalah tersebut, Dua daripadanya tulisan Za'ba dan dua lagi tulisan Pak Engku sendiri.

1) Jejak-Jejak Di Pantai Zaman: Konsep Kemiskinan Melayu Sepanjang 50 Tahun Dari Za'ba Ke Aziz dan Rancangan Malaysia Kedua (Prof Diraja Pak Ungku)
2) Kemiskinan Orang Melayu (Za'ba)
3) Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu (Za'ba)
4) Zahir dan Batin Ekonomi Orang Melayu (Prof Diraja Pak Ungku)

Membaca ide-ide dalam buku ini dapat kita rumuskan bahawa keperluan untuk membasmi kemiskinan terutamanya di kalangan orang Melayu sememangnya merupakan isu yang membarah semenjak dekat 30an. Ini kerana struktur ekonomi orang Melayu menurut pandangan Za'ba telah dicorakkan sejak zaman penjajahan.

Kesedaran Za’ba tentang kemiskinan Melayu, telah membezakan dari angkatan-sezamannya yang pada ketika itu lebih membicarakan tentang aspek moral dan keagamaan berbanding dengan soal kemiskinan.
Malahan, dalam “Jalan Keselamatan Bagi Orang Melayu” Za’ba bukan sahaja menghuraikan aspek kemiskinan tetapi turut mengemukakan pendekatan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kemiskinan di kalangan orang Melayu.

Secara rumusannya, buku ini merupakan naskhah yang wajib kepada sesiapa yang mengamati dan membuat penilaian tentang Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK 9) dan membacanya membuatkan kita memahami mengapa Pak Ungku menyokong kuat dasar-dasar pembangunan yang digariskan dalam RMK 9.

Masih Di Ingati (2)


Semalam Pak Kebun dihubungi oleh anak buah di tempat lama...
Alhamdulillah dia masih mengingati walaupun telah lebih tiga tahun Pak Kebun tinggalkan tempat tersebut
Beliau memang antara anak buah yang terbaik yang pernah Pak Kebun temui
Seorang yang idealis, kreatif dan kritis
Sebelum Pak Kebun meninggalkan tempat lama tersebut Pak Kebun amat yakin bahawa beliau mampu pergi jauh
dan semalam...
Melalui telefon dimaklumkan bahawa beliau kini menjawat jawatan tinggi dalam sektor korporat
menepati ramalan Pak Kebun
Alhamdulillah
Masih ada yang mengingati walaupun jarak dan masa memisahkan kami

Sunday, April 23, 2006

Masa Semakin Hampir


Minggu ini minggu terakhir Pak Kebun di sini
Setelah hampir tiga bulan di sini
Arahan perlu dipenuhi
Tiga bulan untuk latihan (lucu dan teramat lucu)

Tinggallah segala kerja terbengkalai di sini
(mereka tidak fikir semua ini agaknya)
Apa nak buat..(mereka fikir dengan kaki)

Namun kewajipan tetap kewajipan
Pak Kebun sering terdengar
Ramai sahabat hilang Produktiviti dan kreativiti
selepas pulang dari latihan ini...

Wallahualam

Renung-Renung Hari Minggu


Jumlah keseluruhan Graduan menganggur ialah 59 250 (Sumber MTEN 2005), daripada jumlah tersebut, 57 092 ialah bumiputera (Melayu).
Mingguan Malaysia- Ahad 23 April 2006: Notis Penghutang PTPTN: Daripada sejumlah 250 penghutang (yang disiarkan hari ini sahaja) yang masih belum membayar hutang, 206 darinya ialah Bumiputera (Melayu)
(Sekadar Gambar Hiasan:Teruskan Tarianmu Wahai Bangsaku)
Ini baru dua petikan fakta, Pak Kebun belum bentang lagi jumlah penagih dadah (yang masih tak berkurang hingga Pihak Berwajib sanggup ambil seorang artis sebagai Duta Anti dadah kononnya untuk mengurangkan jumlah penagih....), isu keruntuhan akhlak dan rumahtangga, Gejala sosial di kalangan remaja...yang Pak Kebun yakin golongan Bumiputera@ Melayu masih menjuarai carta...
mm....itu belum lagi buat survey tentang kaum manakah yang paling berminat untuk menjadi artis dan kamu manakah yang paling berminat dengan dunia hiburan....
Entahlah...kenapa tiba-tiba terfikir tentang ini di pagi minggu yang dingin ini...

Alahai Fenomena Seni RTM



Fenomena Seni -Usah membuang masa..
Minggu lepas bincang kisah Mawi
Minggu ini nak bincang tentang "Filem Sepet dan Gubra : Dalam Konteks Budaya"

Agaknya orang-orang seni di RTM dah tiada ide ke
(atau mungkin..ide-ide yang bernas dah kena GAM agaknya)

wallahualam

Pahat Dengan Penukul


Harian dan Pelik
Kenapa masih ada sikap begini
Kita yang diarahkan pergi
Tetapi kita perlu menulis surat 'kononnya' memohon untuk pergi

Surat telah dihantar sebulan
Namun jawapan masih tidak diperolehi
Bila dihubungi....
Jawapannya belum di semak lagi...

Inilah contoh birokrasi..
kalau tak di ketuk..kerja takkan jadi..

Friday, April 21, 2006

Serupa Tapi Tak Sama


Antaranya ialah seperti kembar seiras dan selipar...
selipar?

kenapa selipar?

Sebab kerana Serupa Tapi Tak Samalah selipar baru Pak Kebun digantikan dengan selipar buruk yang sama jenamanya..dan yang tensionnya perkara nie berlaku masa Pak Kebun solat jumaat tengahari tadi....

huargh.....
Nota: ini bukan selipar Pak Kebun-Ini sekadar ganbar hiasan sahaja

Thursday, April 20, 2006

60 Minit Bersama Menteri


Pak Kebun bukanlah peminat setia rancangan ini. Ini kerana selama ini rancangan ini sering menampilkan pelbagai Menteri (sesuai dengan tajuknya) yang akan membincarakan pelbagai topik yang biasanya lebih semacam 'U-Topia' semata-mata
Namun malam tadi (19 April 2006) nyata berbeza. Rancangan ini menampilkan Yang Berbahagia Prof Di Raja Engku Aziz bagi membicarakan topik "Rancangan Malaysia Ke Sembilan"
Berbanding dengan Menteri-menteri (dalam rancangan-rancangan sebelumnya) yang terlalu banyak kipas dan cuba menonjolkan ideologi masing-masing, Pak Engku amat berbeza. Sebagai seorang pejuang dalam isu kemiskinan di zaman-zaman 60-70 an dan sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam penyediaan Dasar Ekonomi Baru beliau amat kritikal dalam ulasannya.
Satu ulasan yang Pak Kebun kira amat menarik ialah beliau berpendapat bahawa DEB sepanjang 1970-1980 telah menampakkan kejayaan tetapi DEB selepas era tersebut (1980an dan seterusnya) DEB semakin lemah katanya pada masa tersebut DEB telah banyak dicampurkan dengan 'air sejuk' sehingga hilang kemantapannya.
Pak Engku seperti masa lalu masih menyokong pembangunan luar bandar kerana Orang Melayu masih menumpu dikawasan tersebut dan beliau amat optimist kejayaan boleh dicapai sekiranya dua isu utama diatasi iaitu "Birokrasi" dan "Rasuah" . Selain itu 'penyampaian' (delivery sistem) dalam pembangunan juga perlu diperbaiki.
Isu rasuah tetap perlu diperangi dan menurut beliau Pak Lah bukan keseorang kerana mempunyai Menteri Kabinet (isu keseorangan memerangi rasuah ini merupakan satu bola tanggung kepada Pak Engku sebenarnya)
Pak Engku juga menekankan sekali lagi bahawa ORANG MELAYU MESTI BERUBAH dari pelbagai aspek
Beliau sering merujuk buku Tulisan Zaaba iaitu "PERANGAI BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI" (dan Pak Kebun kecewa kerana dah kehilangan buku ini)
Itulah Pak Engku, walaupun telah mencecah usia lebih 80 tahun tetapi masih aktif dan berfikiran jauh (Pak Kebun terkedu bila beliau menyatakan beliau baru sahaja habis membaca sebuah buku....itulah tanda beliau amat sayangkan dan dahagakan ilmu..kita semua macammana???).. Nyata siaran malam tadi amat menarik disebabkan kupasan Pak Engku yang amat bernas walaupun agar 'kontroversi'

Wednesday, April 19, 2006

Ijazah Palsu Berlambak Di Malaysia?-Awas


Laporan akhbar beberapa hari lepas tidak mengejutkan Pak Kebun. Masih Pak Kebun ingat dalam satu syarahan oleh Professor Pak Kebun semasa di UM dulu bahawa segala ijazah dari Sarjana Muda hingga Ke Doktor Falsafah boleh dibeli di pasaran terutamanya di Amerika Syarikat..yang penting DUIT!!!!

Bagi orang politik..seorang ‘tokoh’ pemuda dikaitkan dengan kes ini…..

Samada kita terlepas pandang atau mungkin sengaja tidak mahu memndang bahawa kita ada seorang artis yang sekarang guna gelaran “Dr”…yang kini menjadi duta bagi kamus elektronik…

Baru beberapa tahun lepas khabarnya dia hendak buat Phd..dan kini dia dah guna gelaran tersebut…CEPATNYA !!!

Pak Kebun bukan apa…simpati pada pemegang tulen Phd..yang memang amat mencabar untuk diperolehi itu (malah ada yang menggelarkannya sebagai Permanent Head Damage)..tiba-tiba orang lain yang hanya bermodalkan ribuan ringgit dengan senang-senang guna gelaran tersebut.

Cukuplah dengan ijazah kehormat (doktor kehormat yang macam-macam) yang dikeluarkan oleh pelbagai universiti kepada ahli-ahli politik….

Kini Ijazah palsu pulak yang menyesakkan fikiran…

Pak Kebun teringat satu kisah penglipur lara “AWANG ADA DUIT SEMUA JADI” yang memang amat releven dengan senario ini…..

Nota: Ini Bukan Foto Konsert Malam Indonesia, Ini Sekadar Gambar Hiasan Sahaja
Minggu lalu (tak pasti samada 14 atau 15April 2006) sebuah pesta yang dinamakan Pesta Malam Indonesia telah berlangsung. Hiburan tanpa henti selama lapan jam oleh lapan buah kumpulan yang didatangkan khas dari Indonesia.

Pesta ini tetap berlangsung walaupun pada awalnya ia mendapat bantahan dari pelbagai pihak. Alasan klise dan bebal yang diberi ialah “mereka juga perlukan hiburan” .

Menurut laporan akhbar pesta tersebut berlangsung dalam hujan lebat dan berlaku sedikit kekecohan semasa pesta tersebut berlangsung…

Entahlah..Pak Kebun tak dapat nak komen apa..Cuma kepada mereka yang membuat dasar (yang memberikan permit dan kelulusan)..fikirkanlah masak-masak…Apakah hiburan di Malaysia ini tidak cukup?

Penganjur semestinya mahukan keuntungan…dan Pak Kebun benar-benar berharap agar pula “Pesta Malam Bangladesh” atau “Pesta Malam Nepal” di Malaysia selepas ini…

Namun harus diingat..di negara tercinta ini…segalanya berkemungkinan….

Kisah 'Tukar Kapal'


Tiga bulan lepas Pak Kebun ‘tukar kapal’
Awal bulan ini sahabat di tempat lama Pak Kebun ‘tukar kapal’
Minggu lepas ‘Super Senior’ Pak kebun di tempat lama ‘tukar kapal’
Hari ini sahabat di tempat baru juga bakal ‘tukar kapal’

Inilah lumrah hidup…
Realiti kehidupan di dunia ini tak akan kekal..
Apa lagi ‘kapal’ tempat kita mencari rezeki

Kita semua ‘tukar kapal’ (kita memang berhak untuk berbuat begitu)
Ada macam-macam alasan untuk kita ‘tukar kapal’..
Keselesaan, jaminan masa hadapan, p;eluang peningkatan dan macam-macam lagi….

Cuma benak Pak kebun terfikir….
Kita ini seringkali ‘bertukar kapal’
Apa khabar agaknya ‘sahabat-sahabat’ kita yang jumlahnya hampir 80 000 itu yang masih belum berpeluang ‘menaiki kapal’

Moga Allah memberkati Bumi Bertuah ini…Amin…..

Sembang Gusti: Lima Perkara Tentang Gusti




Tidak kira samada anda peminat gusti, mahupun anti dengan gusti….Pak Kebun nak ceritakan Lima Perkara yang anda semua perlu tahu tentang gusti.

a) Gusti Bukan Sukan ?
Buat semua peminat gusti, anda harus faham bahawa gusti yang kita tonton itu bukannya sukan sejati. Memang tidak dinafikan bahawa semua aksi berbahaya yang dilakukan itu benar. Setiap penggusti adalah athlet yang amat terlatih.

Cuma adegan-adegan yang terlalu ganas itu sebenarnya telah di’murnikan’ . Contohnya, tong sampah dan kerusi yang lebih nipis, tukul plastic, alat pemadam api plastik dan lain-lain.

Sebab itu kalau kita teliti statement yang menjelaskan gusti itu sendiri sebagai “Sports Entertainment” iaitu gabungan sukan dan hiburan. Disebabkan ia Sukan dan Hiburan maka ke empat-empat perkara yang akan dibincangkan di bawah perlu ada untuk menjadikan elemen-elemen hiburan dalam gusti lebih menarik

b) Story Line
‘Story Line’ atau jalan cerita amat penting dalam gusti moden. Jalan cerita merupakan pencetus kepada berlakunya konflik sesama penggusti. Contoh jika di TNA jalan cerita yang berkisarkan tentang intipan isteri juara heavyweight NWA, Christian Cage (Christian di WWE) oleh James Mitchell iaitu pengurus kepada ‘Monster’ Abyss. Jalan cerita yang dicipta ini untuk menjadikan konflik permusuhan kedua-dua penggusti bertambah hangat sehingga pertembungan mereka di Lockdown pada 24 April ini.

Jika di WWE, jalan cerita yang agak menarik ialah permusuhan antara Giant Khali (atau Giant Singh-antara pelakon filem The Longgest Yard) dengan Undertaker yang pastinya akan membawa kepada kehangatan dan konflik yang seterusnya akan dipertemukan di gelanggang pada kejohanan besar yang tertentu.

c) Gimmick
Setiap penggusti ada ‘Gimmick‘(gimik) masing-masing. Gimik tidak sama dengan imej. Namun gimek dan imej merupakan dua elemen yang membantu perkembangan karier seseorang penggusti.

Ingat tak dengan Kamala? Big Boss Man? Brutus ‘The Barber” Beefcake? Itu semua gimik yang membolehkan peminat mengingati penggusti melalui personaliti masing-masing.

Kalau sekarang gimik, terlalu penting kerana gimiklah yang menonjolkan identiti dan personaliti penggusti berbanding kewibawaaan mereka sendiri.

Antara gimik yang hangat sekarang ialah John Cena (Rappers), Matt Stryker (Cikgu), MNM (Artis), JBL (Orang Kaya), Tatanka (Red India), Shannon Moore (Punk), Abyss (Monster), Rhino (war Machine), James Storm (Cowboy) dan lain-lain

d) Imej
Setiap penggusti ada imej masing-masing seperti juga gimik. Imej ada dua dalam gusti. Pertama baik (babyface) . Kedua jahat (heel)

Kedua-duanya berbeza sangat-sangatlah…biasanya dalam satu-satu perlawanan gusti setiap penggusti yang beraksi akan akan terdiri dari mereka yang mempunyai imej yang berbeza.

Penggusti yang berimej “babyface” : John Cena, RVD, Rey Mysterio, Chris Benoit, Christian, AJ Styles, Team 3D, Rhino, Ron Killings dan lain-lain

Penggusti yang berimej “heel” : Triple H, Kurt Angle, JBL, Booker T, Samoa Joe, Abyss, Jeff Jarret, AMW, LAX dan lain-lain

Harusa diingat, memandangkan gusti lebih hiburan berbanding sukan, maka imej ini boleh berubah bila-bila masa mengikut keksesuai masa dan keadaan. Jangan terperanjat sekiranya tidak lama lagi Triple H akan jadi ‘babyface” manakala John Cena akan jadi “heel”

e) Penyudah
Sebelum satu-satu aksi gusti itu tamat, penggusti yang menang pasti (selalunya) akan tewaskan pesaingnya menggunakan teknik penyudah yang tersendiri. Yang lawaknya, teknik ini jika digunakan oleh penggusti lain, perlawanan tak akan tamat. Kiranya penamat ini sebagai ‘trademark’ bagi seseorang penggusti.

Ada banyak nama bagi tindakan penamat/penyudah ini namun majoriti pergerakannya hampir sama Cuma nama sahaja yang diubah.

Contoh penamat: Tripel H (Pedigree), Kurt Angle (Ankle Lock), Rey Mysterio (619), John Cena (FU), Rhino (Gore), Abyss (Black Hole Slam) Team 3 D (3D), Petey William (Canadian Destroyer), Samo Joe (Muscle Buster) dan banyak lagi…


Itu sahaja setakat ini. Pak Kebun harap selepas baca entri ini semua paham dan masing-masing dapat fikir sendiri tentang gusti…

Pak ‘The Butcher’ Kebun

Sembang Gusti: Team 3D Re-Unite Again!!


Bagi peminat gusti…dialog ini mungkin mengingatkan ada kepada tajuk di atas :
“D-Von..Get the Table”…

Ya..itulah Team 3D atau nama lamanya The Dudley Boys (nama ini tak boleh digunakan oleh penggusti ini kerana telah di trademarkkan oleh WWE selepas mereka dipecat tahun lepas) Beregu ini merupakan bekas juara bergu ECW sebanyak lapan kali dan WWE dan WCW sebanyak tujuh kali. Kali ini mereka sedang memburu kejuaraannya yang ke 16 di gelanggang NWA-TNA

Khamis lalu di gelanggang TNA mereka bersatu semula dengan anggota ketiga kumpulan ini iaitu “Brother Runt” (atau asalnya Spike Dudley)

Pak Kebun melihat ini satu storyline yang menarik kerana gelanggang TNA kini menampilkan regu (tag-team) yang pelbagai iaitu gabungan generasi baru dan generasi lama. AMW, The Naturals malah The James Gang (pernah popular di WWE sebagai “The New Age Outlaw” di pertengahan tahun 90 an )

Sebenarnya pada peminat gusti, kita boleh menonton siaran TNA Impact ini (di ASTRO lewat 3 minggu). Cuma jadi ahli dan download di http://www.tnawrestling.com/ semuanya percuma. Manakala untuk siri siaran berbayar (Pay-Per View) kita boleh tonton di ASTRO…(kena bayar beb RM 19.95-RM 24.95- VCD samada halal atau yang haram untuk TNA masih tak jumpa lagi di pasaran..)

Ok kepada peminat gusti semua…”Have A Nice Day”

Pak “The Butcher” Kebun

Lawak Peringkat Tinggi

Situasi Satu

Menteri A: Negara kita berlebihan guru

Menteri B: Kita kekurangan guru, oleh itu, Kerajaan akan ambil semula guru-guru yang pernah berhenti

Menteri C: Kita akan keluarkan guru sendiri dan mana-mana graduan perguruan yang bukan bawah biasiswa Kementerian tidak dijamin dapat jadi guru (walaupun dah berhabis selama 4-5 tahun mendalami ilmu perguruan)

Pak Kebun: Aku pening kepala da..siapa yang betul? nasib baik aku Tukang Kebun...


Situasi Dua

Di Negara Atas Angin, keadaan ekonomi agak kurang stabil. Harga bahan bakar, keperluan harian telah naik, malah harga tarif air juga bakal naik.

Syarikat Bekalan Tenaga Nasional (SBTN), dikhabarkan juga memohon untuk menikkan tarif kerana sudah menanggung hutang berbilion-bilion ringgit dan hampir bankrupt.

Punca di cari...dan jelaslah puncanya ialah perjanjian tidak seimbang dengan pihak yang membekalkan kuasa (hairan kerana baru kini tahu puncanya)

Maka berkatalah Memanda Menteri Perdana agar perjanjian yang ada selama ini disemak semula agar ada lebih keadilan...

Gegak gempitalah seluruh negara dengan ahli2 ahli menyuarat tertinggi masing-masing mengulas tentang cerdiknya pandangan Memanda tadi...laksana "Baung makan taik" lagaknya....namun itulah hakikat di Negara Atas Angin ini..

Apa sahaj yang dicakapkan oleh Memanda di anggap keramat..walaupun ide itu sepatutnya datang lebih awal dan ia boleh datang dari seorang Tukang Kebun...

Alahai..dongeng betul cerita Pak Kebun kali ni ye...

Wednesday, April 12, 2006

Boleh Percaya ke??

Pak Kebun terima e-mel ni dari seorang kawan yang diattachkan ke entah berapa banyak orang lagi....Selalu terima emel -emel sebegini..kali ni saja nak masuk dalam blog untuk share dan minta pendapat pembaca.....

"BOLEH PERCAYA KE" (no telefon yang diberi pun tak dapat dihubungi...)

Untuk pengetahuan umum

Ada dua product ni contain lemak babi. JAKIM ada hantar surat pada semua retailer supaya TUTUP tanda halal kat product tu. Productnya :

1. Dove - syampoo, cuci muka dsbgnya
2. Pringles - potato chips yang dalam tin panjang tu..
(Harap beritahu kengkawan yang lain )


KEPADA SEMUA PEMBACA MUSLIM SUPAYA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI LAICI DALAM TIN. KALAU MEMBELI, TELITI DAHULU NAMA PENGELUAR, PERHATIKAN LABEL
MAKANAN DALAM TIN YANG TIDAK HALAL. RUPANYA ADASATU JENAMA YANG MENGETIN BABI DAN JUGA MENGELUARKAN PRODUK LAICI DALAM TIN.


PERHATIKAN JENAMA INI..'NARCISSUS' KALAU TAK PERCAYA BOLEH TENGOK KAT SUPERMARKET. TAPI RAMAI ORANG MUSLIM KITA KURANG PENGETAHUAN DAN KURANG BIJAKSANA SEMASA MEMBELI-BELAH. TAMBAH-TAMBAH KALAU BARANG TU MURAH. NTAH APA BENDA KANDUNGAN DALAM BARANG YANG DIBELI TU. HARAP BERINGAT SELALU SUPAYA DARAH DAGING KITA TIDAK MENGHALANG KITA
BERIBADAT.


Rgds
Azlin
NTUC Income
Co-operative, your partner for a better life
DID: 6510 2117
FAX: 6339 9608

Tuesday, April 11, 2006

Salam Maulidur Rasul



Rasulullah SAW lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. bersamaan dengan 10 April 571 M (Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu). Manakala bagianda telah wafat pada bulan RabiulAwal tahun 11 Hijrah..dan kini sudah lebih 14 abad Baginda meninggalkan kita...adakah hati kita mengingati Baginda?
Dalam sehari berapa kalikah kita berselawat kepada Baginda?
Apa perasaan kita apabila Baginda di hina dalam bentuk karikatur yang amat menjelekkan?
Semalam..sambutan Maulidur Rasul diadakan di tempat kerja Pak Kebun..ada perarakan sambil berselawat. Namun menyedihkan apabila hanya beberapa kerat sahaja yang berselawat manakala selebihnya berbual-bual kosong dan menggaya-gayakan pakaian masing-masing...seolah-olah ini pesta fesyen...
Ceramah yang diadakan amat menyentuh hati...kisah Rasulullah, kisah cintanya baginda pada umatnya, kisah perjuangan dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan syiar Islam, kisah kecintaan sahabat pada baginda sehingga ke hari kewafatan baginda...(air mata menitis sayu..)

Pak Kebun terkenangkan filem "The Message" dan puisi "Al Amin" (karya Pak Samad)...yang kedua-duanya benar-benar menjentik rasa sayu....

Di manakah kecintaan kita pada Baginda??? Sejauhmanakah kecintaan kita kepada baginda???

Kita sendiri yang tahu jawapannya....

Selamat Menyambut Maulidurrasul..moga kita mengambil ikhtibar atas kisah hidup dan perjuangan Baginda....

"Hari panas ketika itu, mentari punyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, alam mempunyai ceritanya sendiri, dan gurun masih penuh rahsia. Nabi meminta bejana air, diseluk ke air dan diusap wajahnya, berkata tenang datangnya ajal dan rela. Di pangkuan isteri kepalanya, berkata ia sukar diterka, dan tengahhari Rabiulawal 11 Hijrah Nabi yang mulia menghembuskan nafas akhirnya. Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, aduh Nabi sudah tiada"

(Petikan Al Amin: Riwayat Hidup Rasulullah SAW Dalam Puisi, Karya A Samad Said,1999:317)

Thursday, April 06, 2006

Masih Di Ingati


Hari ni Pak Kebun rasa senang hati...
kerana di sapa oleh seseorang yang Pak Kebun lupa wajahnya
tetapi ingat persoalan dan masalahnya....

Dia menegur dan mengucapkan terima kasih
kerana saranan dan cadangan yang Pak Kebun berikan padanya hampir 4 tahun lalu

Alhamdulillah....masih ada orang mengingati ..
terima kasih kerana mengingati
Doa Pak Kebun agar insan tadi terus berjaya dalam kehidupan
dunia dan akhirat...
insyaAllah

Wednesday, April 05, 2006

Kisah Lampu Jalan dan Jalan Berlubang

Sekadar Gambar Hiasan Untuk 'Menyedapkan' Cerita:Pak Kebun...

Pak Kebun rasa isu ini antara isu yang sering berlaku di negara kita yang tercinta ini.

Sejak Pak Kebun berpindah ke sini (dari Negeri Bersejarah), lampu jalan (street lighting) di jalan utama menghala ke perumahan tempat tinggal Pak Kebun tidak pernah berfungsi (Pak Kebun baru tiga bulan di sini..tidak dipastikan pula sudah berapa lama ia tidak berfungsi). Begitu juga halnya dengan satu lubang besar di tengah jalan utama tersebut….

Dua hari lepas ada kemalangan berlaku… ….

Malam tadi..pulang dari kerja…Lampu jalan dah menyala….

Bayangkan jika tiada kemalangan..entah bila agaknya lampu tersebut nak diperbaiki..(bukan suka pada kemalangan…Cuma bagi pihak yang berkuasa ‘mungkin’ mereka perlukan “kemalangan” sebagai bukti bahawa lampu tidak berfungsi)…

Kerja pembaikan mungkin ambil masa tak sampai setengah hari..tetapi pengguna terpaksa tunggu terlalu lama (dalam kes Pak Kebun masa hanya tiga bulan)

Lubang besar di tengah jalan???

Masih belum ditampal…mungkin menunggu hingga ada orang yang “tersembam” (bahasa org kampung Pak Kebun) baru nak ditambal agaknya…

mm….agaknya ini salah satu ciri “Good Governance” yang sering diwar-warkan itu…

Tuesday, April 04, 2006

Alalai Rakyat Malaysia...

Mawi dimarah peminat akibat gosip cinta

Oleh MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH (Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 3 April - Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, hari ini memberitahu dia menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat yang memaki hamun gara-gara gosip cintanya dengan penyanyi dan pelakon, Diana Rafar.

Di samping SMS itu, Mawi berkata, dia juga menerima SMS daripada peminat wanita berusia yang menasihatinya supaya bersabar menghadapi dugaan hidup sebagai artis.

Kata Mawi, apa yang berlaku mungkin kerana salah faham peminatnya yang tidak mengetahui cerita sebenar.

Apa yang penting kata penyanyi yang berasal dari Kulai, Johor ini, dia berada di pihak yang benar dan masih setia dengan tunangnya, Nurdiana Mohd. Naim atau Diana.

Mawi berkata demikian kepada pemberita selepas persembahan sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur, di sini.

Gosip percintaan Mawi dengan Diana Rafar tercetus apabila mereka berdua dikatakan keluar memancing di Subang Jaya, minggu lalu.

Berikutan `kekecohan' yang berlaku, Mawi berjanji akan lebih berhati-hati dalam apa juga tindakan selepas ini.

``Mungkin pada pandangan saya apa yang dilakukan tidak salah tetapi tidak kepada peminat,'' katanya.

Kata Mawi, segala kenyataannya mengenai hubungan dengan Diana Rafar adalah benar dan tidak berniat menipu peminat.

``Saya tidak takut kerana berada di pihak yang benar. Pertemuan saya dengan Diana Rafar adalah secara kebetulan dan malam itu adalah pertama kali saya bertemunya.

``Ketika itu, saya dan rakan-rakan sedang memancing di mana Diana Rafar datang berjumpa dengan pengurus saya, Aman Ramli untuk menghantar kertas cadangan,'' ujar Mawi.

Tambah Mawi, dia menganggap hubungannya dengan Diana Rafar sebagai rakan artis memandangkan dia artis baru.

Ditanya perasaan tunangnya Diana berikutan isu tersebut, Mawi yang akan muncul dengan album baru berbentuk qasidah pada 11 April ini berkata, dia yakin Diana akan memahami situasi yang berlaku.

``Saya sudah cerita segalanya kepada dia dan kami sama-sama kena banyak bersabar,'' katanya.

KOMEN PAK KEBUN:
Inilah mentaliti rakyat di negara tercinta ini. Biar minyak naik harga …..biar kos hidup meningkat…biar berpuluh ribu graduan menganggur…..biar tulisan jawi berkubur…biar bahasa melayu dipinggirkan..biar sejuta orang menagih dadah…..semua itu tak penting dan tak perlu diambil peduli….

Tetapi …jika..ada isu-isu yang melibatkan penyanyi “PUJAAN” mereka…meraka akan marah..memberontak dan membuat pelbagai komen…(penyanyi ni manusia luar biasa jika tidak masakan dia boleh menjadi seorang artis sedangkan dia ramai kata dia berpendidikan agama…)

Alahai…..sensitifnya rakyat Malaysia ye…

Monday, April 03, 2006

Alahai Bakal Cikgu

Forum (Utusan Malaysia-3 April 2006)
Mahasiswa pendidikan bimbang tidak ditempatkan di sekolah

SAYA dan rakan-rakan amat berbangga dan gembira kerana telah terpilih memasuki salah sebuah IPTA bagi kursus pendidikan.

Menjelang tahun akhir, kami telah dikejutkan dengan kata-kata oleh pensyarah kami bahawa masih terdapat lebih kurang 900 pelajar senior kami yang telah berjaya menamatkan pengajian tetapi belum ditempatkan di sekolah. Dengan erti kata lain masih menganggur hampir setahun dan ada yang lebih lama daripada tempoh itu.

Kami dikatakan terpaksa bersaing dengan pelbagai graduan pendidikan iaitu daripada saluran KPLI, Latihan Pengurusan Berasaskan Sekolah (LPBS) dan macam-macam saluran lagi.

Apa yang mengecewakan, setelah penat lelah belajar selama empat tahun, kami berdebar-debar pula menunggu peluang bekerja, sedangkan guru-guru keluaran KPLI dan LPBS yang hanya belajar lebih kurang setahun tidak perlu memikirkan masalah pengangguran kerana mereka akan terus diserapkan sebagai guru tetap di sekolah.

Tentulah tidak adil jika dibandingkan dari segi jangka masa kami belajar yang bermula selepas STPM atau matrikulasi sedangkan mereka menjadikan bidang pendidikan sebagai pilihan terakhir untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi dengan mudah menjadi guru selepas lebih kurang hanya setahun belajar.

Kami warga pendidikan yang sejati amat berharap luahan hati kami mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Kementerian Pelajaran dan pihak yang berkaitan agar nasib kami terbela sebelum kami menamatkan pengajian tidak lama lagi.

- MAHASISWA PENDIDIKAN,
Negeri Sembilan.
Komen Pak Kebun:
Untuk Makluman....Orang lain pun masuk universiti, malah ada hampir 60 000 graduan yang menganggur. Ada dari jurusan Kejuruteraan, Perakaunan, Teknologi Maklumat, Perancang Bandar dan banyak lagi dari jurusan yang bersifat profesional dan separa profesional. Mereka ini telah menganggur bertahun-tahun dan masih berjuang untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik.
Malah ada antara sahabat Pak Kebun yang menjadi peramusaji, ternak ayam dan lain-lain bagi menjamin kelangsungan hidup..
Mereka ini tidak mempertikaikan rezeki orang lain. Mereka ini juga tidak membanding-bandingkan kelulusan mereka dengan orang lain..malah lebih hina..mereka sering di "cap" sebagai golongan yang memilih kerja sedangkan pada hakikatnya tidak sedemikian.
Bila membaca komen yang satu dari "Mahasiswa Pendidikan" ini Pak Kebun terfikir...apa istimewanya dia berbanding dengan graduan lain???? Adakah kerana dia bakal Guru???
Yang paling penting..hujah-hujah yang beliau mengemukakan membenarkan hipotesis Pak Kebun bahawa "golongan" ini memang merupakan golongan yang sering 'menganggap' diri mereka terlalu istimewa jika dibandingkan dengan golongan lain...
Wallahualam...

Sunday, April 02, 2006

Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres- Loke Yim Pheng

Utusan Malaysia 29 Mac 2006: Loke Yim Pheng (Setiausaha Agung Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan:NUTP) membuat kenyataan bahawa ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, penyakit jantung malah mendapat rawatan psikitiari kerana semakin stress akibat BEBANAN TUGAS YANG SEMAKIN MENINGKAT

Katanya lagi, setiap tahun sebanyak RM 2 juta tuntutan insurans telah dibuat oleh hampir 50 guru dengan nilai dari RM 44 000 hingga RM 120 000. Beliau menambah, punca penyakit yang dihadapai oleh guru-guru ini DIPERCAYAI oleh bebanan kerja yang membawa kepada stress sehingga menjejaskan kesihatan guru dan ini diakui oleh guru-guru melalui pertemuan dengan kesatuan……


Komen Pak Kebun:
Perkara pertama yang Pak Kebun buat setelah selesai membaca kenyataan ini ialah tarik nafas panjang-panjang kemudian gelak kuat-kuat sambil memikir apa sebenarnya matlamat utama disebalik kenyataan ini.

Gaji dah naik, cuti dah banyak…apa lagi yang tak cukup??? apa hendaknya lagi golongan “istimewa” ini???

Agaknya Loke lupa (atau mungkin buat–buat lupa) bahawa kakitangan kerajaan lain juga alami stres akibat beban dalam pekerjaan.

Tukang Kebun juga stress dalam pekerjaan. PAR juga stress dalam pekerjaan. Kerani juga stress dalam pekerjaan. malah, penggangur juga stres kerana tiada pekerjaan (yang tidak stress ialah tidak perlu bekerja..itu pun kadang-kadang stres juga..orang pencen misalnya)

Loke juga lupa bahawa penyakit-penyakit yang disebutkan tadi juga berpunca akibat faktor-faktor lain seperti pemakan dan keturunan.

Loke juga lupa bahawa kenyataan tanpa dokongan fakta boleh dilihat sebagai kenyataan ‘nakal’

Loke juga tidak membuat perincian yang jelas tentang 50 guru yang dikatakan membuat tuntutan insuran itu.

Aku hanya Pak Kebun, bukan seorang guru..cuma jika stres sangat dan boleh bawa mudharat..apa kata berhenti dan cari sahaja kerja lain yang lebih ‘selamat’ (atau mungkin hendak minta naik gaji dan tambah cuti lagi???? wallahualam)

"Murtabak Bawang" -RM 2

Foto: Ini Bukan "Murtabak Bawang"
Malam tadi ke pasar malam…teringin hendak makan murtabak. Pesan sekeping mutabak ayam..harganya RM 2 sekeping

Sampai rumah..makan murtabak…kecewa..murtabak tadi bukan murtabak ayam.sebaliknya murtabak ‘bawang’ (isinya hampir keseluruhan bawang besar yang dihiris)

Entahlah..mungkin sebab petrol naik 30 sen kot…dia letak bawang dan bukannya ayam (mungkin juga atas alasan wabak H5N1)

Alahai tauke murtabak…fikirlah tentang duit yang masuk ke kantung mu..halalkah ia jika pembeli tidak redha???? Apa jawapanmu nanti di sana????

Pak Kebun: Aku tahu tauke murtabak tu tak baca blog aku Cuma saja nak maklumkan kepada kawan-kawan ….Teliti dahulu intinya sebelum membeli…..

Kisah Kepala Ikan Tongkol...RM 45


Kepada pembaca akhbar Utusan Malaysia (samada yang bercetak mahupun secara maya) pasti perasan isu ini.

Rasanya dah hampir seminggu isu ini keluar. Bermula dengan komen pembeli, kemudian berita tentang serbuan pihak berwajib diikuti dengan serangan balas anak-makcik tadi…kemudian kisah makcik nasi dagang yang kecewa dan hendak bersara akhir sekali penjelasan pembeli (yang mendakwa tertipu)

Pak Kebun tak menyebelahi sesiapa..Cuma hujah anak makcik nasi dagang amat tidak logik..katanya lauk yang dibeli cukup untuk hidangan 20 orang (tak dinyatakan samada 20 orang dewasa atau kanak-kanak).

Wah..banyak tu..kalau untuk 20 orang pastinya hampir satu periuk yang sederhana saiznya dan juga cukup untuk buat kenduri sebanyak 5 dulang (dengan kadar 1 hidangan ‘dulang’= 5 orang) mmm..takkanlah pembeli tadi buta kayu???

Entahlah…mujurlah anak makcik tersebut tak bagi alasan kenaikan harga petrol….

Kalau tak sama-samalah kita gelak…..

Pesta Buku: Bukan KLIBF

Pesta Buku: Sekadar gambar Hiasan

Semasa di Negeri Bersejarah, Pak kebun ada mengunjungi (sebenarnya berkunjung secara tidak sengaja) satu pesta buku yang ‘istimewa’. Memang banyak buku yang dijual. Begitu juga dengan pengunjung.

‘Istimewanya’ pesta buku ini ialah dari segi buku-buku yang dijual. Majoriti buku-buku yang dijual ialh-buku-buku yang dicetak dalam huruf cina.

Tiga perasaan menyerbu ke benak Pak kebun.

Kagum: melihat kesungguhan pihak yang menganjurkan pesta buku ini (juga kagum dengan jumlah buku yang ada)

Terharu: melihat sokongan golongan muda dari bangsa ini utuh mendaulatkan tulisan (budaya) mereka.

Sedih: kerana tidak pernah bertemu Pesta Buku yang focus untuk buku-buku bertulisan jawi

Sebenarnya, tidak perlu terharu sedang satu-satunya akhbar tulisan jawi yang ada di pasaran pun terpaksa dihentikan pengeluarannya inikan pula imiginasi tentang pesta buku yang sebegini rupa…

Pak Kebun faham dengan realiti..Cuma kadangkala terlalu emosi kerana sering membayangkan ada pesta buku yang diimpikan dan pengunjungnya pula dari golongan muda yang memahami dan menghayati tulisan “JAWI”…….