"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Wednesday, May 27, 2009

Apa Cerita Tat ???



Sekadar Muzik Video Hiburan Sahaja



Petikan Mstar Online...



Isteri Akhil: Sudah terlambat untuk Waheeda bersemuka

Maizawati ketika ditemubual dalam program WHI di TV3 bersama Irin (dua dari kanan) dan NK (kanan) dan Ustaz Zawawi (kiri). -foto mStar oleh SITI AZIRA

PETALING JAYA: Selang dua hari selepas muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Ustaz Akhil Hayy tampil semula dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang di TV3, hari ini.

Buat kali kedua, dia dijemput untuk menjadi tetamu bagi topik ‘Ditinggalkan Suami’ bersama pakar motivasi Ustaz Zawawi Yusof yang dihoskan oleh aktres Norish Karman atau NK dan Irin Putri Azmi.

Dalam program ini, Maizawati atau selesa dipanggil Maiza menjawab segala persoalan mengenai hubungannya dengan suami yang dikatakan telah goyah sehingga mengambil jalan untuk bercerai sambil diselang-selikan dengan pendapat daripada Ustaz Zawawi.

Dia mengambil langkah untuk tampil menerusi media elektronik setelah bermuzakarah dengan rakan-rakannya kerana mahu bercerita secara langsung kepada masyarakat lebih-lebih lagi suaminya dikenali ramai.

Tambahnya, dia berharap dengan pendedahan itu tidak akan menimbulkan perkara yang kurang enak di kemudian hari.

Tidak berniat memburukkan sesiapa

Bagaimanapun, disebalik pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza, dia akui tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.

"Bagi saya, bukan hendak membuka aib sesiapa tetapi saya hendak pertahankan diri saya sebagai isteri di mana saya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan menjawab persoalan masyarakat yang ingin tahu tentang sebab saya menuntut cerai.

Maizawati kelihatan tenang ketika menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

"Jadi, saya hanya menerangkan bagi pihak saya dan saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka.

"Saya harap mereka faham bahawasanya apa keputusan yang saya buat ini, mereka harus terima dengan hati yang terbuka dan tiada niat langsung untuk membuatkan perkara ini lebih bermasalah," jawab Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program itu.

Sudah terlambat jika Waheeda hendak bersemuka

Jika Waheeda dalam akhbar hari ini mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan perkara sebenar dan kecewa dengan apa yang diceritakan oleh Maiza kerana telah memburukkan dirinya.

Maiza menjawab, "Bagi saya, berani kerana benar dan takut kerana salah."

Diikutkan, masalah yang dihadapi oleh Maiza dan Akhil Hayy berlaku akibat orang ketiga. Kemungkinan jika ada berjumpa dengan Waheeda mungkin masalah ini dapat diselesaikan dan tidak menuding jari antara satu sama lain.

Namun begitu, Maiza yang mengakui tidak pernah berjumpa dengan Waheeda berkata dia tidak perlu bersemuka dengan wanita itu.

"Sepatutnya benda ni, dia (Waheeda) yang perlu berjumpa dengan saya dan hal ini harus ada kompromi. Saya dah tak nak cakap banyak lagi.

Yang pasti, saya tak nak besarkan lagi hal ini kerana keputusan sudah dibuat dan ia akan dibincangkan di mahkamah kelak," tegasnya.

Maizawati enggan menghubungi suaminya buat masa ini sehingga mendengar perbicaraan di mahkamah pada 2 Jun ini.

Diaju samada dia mempunyai keinginan atau tidak untuk berjumpa dengan Waheeda, Maiza menjawab, "Sepatutnya perkara ini tak perlu diperbesarkan. Kenapa kita nak ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Perkara ini patut diungkit sebelum hal ini berlaku dan meletup.

"Hakikatnya sekarang, tiada guna dan faedahnya kalau dia nak buka pekung yang lama-lama pun kerana keputusan sudah dibuat dan saya pun telah memfailkan perkara ini di mahkamah. Jadi, tiada soal siapa yang nak jumpa siapa.

"Jika dia mempersoalkan siapa yang perlu jumpa siapa, seolah-olah dia hendak memperbesarkan hal ini sedangkan saya sudah cuba untuk membuat satu titik noktah supaya perkara ini tidak perlu berpanjangan dan berlarutan.

"Saya hanya hendak meleraikan apa yang telah berlaku," jelasnya.

Waheeda pernah tersilap menghubunginya

Pada mulanya, Maiza berkata dia tidak mempunyai nombor Waheeda dan tidak pernah menghubungi wanita itu, namun selang selepas lama berbual dengannya, Maiza baru teringat yang Waheeda pernah tersilap mendail nombor telefonnya dan terus tercetusnya perbualan antara mereka.

Dalam perbualan yang berlangsung sekitar tahun 2007 itu, Maiza berkata dia telah bertanya dengan Waheeda tentang sejauh mana gosip yang mengatakan wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.

“Waktu itu, Waheeda mengaku yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan suami saya,” cerita Maiza.

Masalah rumahtangga akibat orang ketiga?

Berdasarkan apa yang dijawab oleh Maiza, dia memberi gambaran bahawa masalah rumahtangganya berpunca daripada orang ketiga dan menafikan disebabkan masalah dalaman.

“Saya rasa kalau hubungan rumahtangga kami bermasalah, sudah lama saya ditinggalkan dan bukannya hari ini kerana saya tahu siapa suami saya.

“Bagi saya dia merupakan seorang suami yang sangat baik dan dia tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Bagi hubungan kami, adatlah hubungan suami dan isteri. Perkara kecil takkan nak diperbesarkan tetapi saya rasa dia bukannya orang yang macam tu. Hubungan kami tiada apa-apa masalah.

“Dia masih memberi nafkah kepada saya dan anak-anak kerana kami tidak mempunyai apa-apa masalah.

“Saya lihat dia mula berubah apabila timbulnya gosip-gosip di media seperti gosip mereka selalu keluar bersama,” ujar Maiza.

Berusaha selamatkan rumahtangga

Menurut Maiza, bukannya dia tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dengan Akhil namun akhirnya menemui jalan buntu yang tiada penghujungnya.

“Saya dah cuba berusaha dan tidak tahu di mana salahnya dalam hubungan ini.

“Saya cuba untuk berbincang demi mencari kata putus sama ada kami boleh bersama lagi atau tidak dan dia perlukan orang ketiga," beritahunya.

Dua tahun tahan sabar

Selepas suaminya sudah tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir meminta izin untuk berkahwin lain pada Februari lalu, Maiza memfailkan tuntutan cerai pada awal bulan lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan kes ini akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.

Jelas Maiza, keputusan untuk memfailkan penceraian memang dibuat olehnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Akhil minta izin kahwin kali kedua

Mengimbas kembali tentang saat Akhil meminta izin untuk bernikah buat kali kedua, Maiza berkata pada mulanya dia tidak bersetuju dengan permintaan itu tetapi dengan sekelip mata dia berubah jawapan dan terus memberikan persetujuan pada hari itu juga.

“Saya terpaksa bersetuju apabila memikirkan jika itu adalah yang terbaik buatnya,” kata Maiza.

Tambahnya, dia nekad untuk membuat keputusan itu seolah-olah sudah tidak tahan sabar lagi setelah dua tahun memberi ruang kepada suaminya dan mengambil inisiatif samada gosip yang didengarinya sebelum ini adalah benar ataupun tidak.

Disoal samada suaminya mengetahui dan bersetuju dengan permohonan cerai ini, Maiza berkata:

“Saya rasa dia pasti tahu tentang permohonan cerai ini dalam bulan ini kerana pihak mahkamah ada menghantar surat. Tetapi samada dia bersetuju atau tidak, saya tiada komen.”

Enggan hubungi Akhil

Sehingga kini, Maiza berkata dia tidak menunjukkan apa-apa inisiatif untuk menghubungi suaminya itu.

“Bagi saya, selepas saya sudah nekad membuat keputusan untuk ke mahkamah, jadi saya tak perlu hubungi dia lagi,” ulasnya yang pernah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) buat kali terakhir selepas mereka berunding pada Februari lalu.

Jelasnya, “Memang saya terpaksa membuat perbincangan menerusi SMS disebabkan mungkin Ustaz (Akhil) sedang sibuk untuk berbincang tentang apakah masalah yang mereka hadapi setelah saya memberi keizinan itu (untuk berkahwin).”





CAKAP MEMANG MURAH (SEARCH)


Ia titis,
Dan mengalir bagai arus yang menggilis,
Gurau senda,
Sekawan bidadari dan biduan yang berbangsa,

Dalam gema,
Temasya ria,
Salam sejahteranya,
Pada semua,

Ia deru,
Dan menggempur,
Bagai seru,
Yang mengembur,

Airmata sekawan,
Bidadari dan biduan yang berbangsa,
Dengan gema temasya ria,
Anekarona darah sama merah,

Kita sudah sedar,
Cakap memang murah,

Tanpa maruah,
Membawa padah,
Kita sudah geli,
Cakap tanpa bukti,

Si oligarki,
Yang tak berhati...


1 comment:

sitinurulhawa said...

buka pekung didada sendiri. kalau nak pi mahkamah pi je lah, kenapa nak kepoh2 kat tv?

org bertudung litup sama level dgn abby abadi yg pakai sluar ketat. hmmm