"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Monday, May 04, 2009

Boss kata "proceed"

Foto: Boss (Sekadar Gambar Hiasan Sahaja)

Aku kata "tak bersedia"
Boss kata "proceed"

Aku kata "banyak lagi yang kosong"
Boss kata "proceed"

Aku kata "aku baru lagi"
Boss tetap kata "proceed"

Aku beralasan "takut tak sempat dan kesuntukan masa"
Boss masih kata "proceed"

aku cuba bertahan buat kali terakhir
"bahan tak cukup, methodologi masih tak mantap, kerangka masih belum jelas"
Boss statik dengan keputusan dan tetap kata "proceed"

Tak mengapa, dia boss
hari ini, aku terkurung lagi dalam bilik sempit ini...
masa makin suntuk
rasa macam nak demam
dan perkataan "proceed" semakin menjadi 'momok'


Undang-undang tak bertulis dengan boss:

No.1 -Kalau boss kata proceed, anda tetap kena proceed

No. 2- Anda boleh buat alasan dan jika dia tetap kata proceed, bererti anda tiada harapan

No 3- Rujuk No 1 dan 2

No comments: