
Tahniah kepada mahasitua itu
kerana telah membentangkan cadangan penyelidikannya
tepat 5 bulan selepas tarik pendaftarannya
Tahniah kepada mahasitua itu
kerana berani untuk mebentangkan cadangan penyelidikannya
walau dia tahu dia tidak benar-benar bersedia
Tahniah kepada mahasitua itu
kerana berjaya 'menyerap' segala komen
yang membina juga yang meruntuhkan
semangat juangnya
tahniah kepada mahasitua itu
berjaya melangkah halangan pertama
5 bulan sudah berlalu
ada berbaki 2 tahun 7 bulan lagi
mahasitua kena gagah
mahasitua kena istiqamah
mahasitua kena tabah
banyak lagi halangan ada didepannya
kerana hanya yang tabah sahaja akan berjaya
No comments:
Post a Comment