"...dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi akan sesuatu, sedang ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui"
(Al Baqarah:216)

Sunday, May 03, 2009

Macam mana ?


Macam mana aku nak menang,
kalau ketika aku hidupkan enjin,
rupa-rupanya tayar motor dah pancit

macam mana aku nak menang,
kalau ketika aku panaskan badan,
tali racket pula putus

macam mana aku nak menang
kalau ketika aku mula jogging
kasut sukan pula koyak

macam mana aku nak menang,
kalau selepas basuh kereta
hujan pula turun dengan lebat

macam mana aku nak menang,
kalau ketika aku rancang strategi
bekalan elektrik pula terputus

macam mana aku nak menang?
jika semuanya masih tak berjalan lancar
baru bermula sudah terkandas
baru melangkah
kaki pula terkehel

macam mana aku nak menang ???
kalau ada sahaja halangan
yang mengganggu perjalanan

No comments: