pETIKAN uTUSAN oNLINE
Pembangkang 'serang' kami - Zambry
IPOH 7 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kesal terhadap tindakan pembangkang yang bertindak biadab dan kurang ajar sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Sambil menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bertindak menggunakan undang-undang rimba, beliau juga membidas sikap mereka yang tidak menghormati institusi raja.
Katanya, tindakan melampau dan ganas itu telah menyebabkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu sehingga kira-kira lima jam untuk merasmikan sidang berkenaan.
''Mereka (ADUN pembangkang) sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Speaker, Datuk R. Ganesan menjalankan tugas dan menjemput baginda merasmikan Dewan. Mereka gagal meletakkan Dewan sebagai institusi mulia dengan menjerit dan mengherdik orang lain.
''Bagaimanapun saya bersyukur akhirnya Speaker dapat menjemput Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan. Selepas itu, keadaan menjadi terkawal dan aman. Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterima kasih atas sokongan padu seluruh rakyat Perak," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas berakhirnya mesyuarat penggal pertama, penggal kedua DUN Perak Ke-12 di sini hari ini.
Zambry menjelaskan, sidang DUN yang bermula pukul 10.15 pagi itu tidak dapat berjalan lancar setelah wakil rakyat pembangkang membuat gangguan malah menyerbu di mana saja Ganesan duduk untuk menjalankan tugas.
Katanya, keganasan itu menyebabkan pelbagai kemudahan Dewan rosak malah banyak mikrofon tertanggal bagi menghalang Ganesan daripada bercakap.
Pada masa sama, katanya, ADUN pembangkang meninggalkan tempat duduk masing-masing dan menyeberang ke kawasan Barisan Nasional (BN) serta Bebas untuk mewujudkan suasana haru-biru dan tidak terkawal.
''Bekas Speaker, V. Sivakumar juga mengarahkan saya, enam Exco dan tiga ADUN Bebas keluar Dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah-perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.
''Mereka turut menghalang semua ADUN BN menjalankan tugas hingga menyebabkan sidang Dewan terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan," katanya.
Menurut Zambry, sebaik saja sidang Dewan bersambung pada pukul 2 petang, Ganesan telah mengarahkan Sivakumar supaya mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN biasa.
Kata beliau, memandangkan Sivakumar tidak mengendahkan arahan tersebut malah 'tidak berani mengangkat punggung' dari kerusi, Ganesan telah mengarahkan Bentara, Ahmad Saufi Abd. Hamid mengiringi Sivakumar ke tempat duduk ADUN biasa.
Katanya, ekoran itu, Bentara telah dikasari oleh beberapa ADUN pembangkang dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan kakinya cedera dan terseliuh di bahagian tangan.
Apa yang lebih mengecewakan, pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk Raja Nazrin telah pecah hingga menjadikan kawasan itu bersepah.
Jelas beliau, Ganesan yang tidak ada pilihan lain untuk mengawal keamanan telah mengarahkan polis membantu Bentara mengikut Perkara 90 Perintah-Perintah Tetap yang akhirnya menyaksikan Sivakumar 'diangkat' keluar Dewan.
''Speaker telah bersabar sejak 10.30 pagi, jadi beliau terpaksa mententeramkan keadaan dengan meminta bantuan dan sokongan polis.
''Saudara saudari lihat sendiri bagaimana mereka menyerang ke kawasan kita. Kita cuba sedaya upaya untuk tidak melawan dan rakyat di luar pastinya terkejut dengan perangai mereka," katanya.
KAH-KAH-KAHLAGI MAU TIPU KE?
MACAM LA ORANG SEMUA BODOH
KAH-KAH-KAH
ZAMAN-ZAMAN DULU BOLEH LA
UTUSAN JADI KITAB ORANG MELAYU
SEKARANG TAK LAGI
KAN KERAJAAN JUGAK AJAR
"SAYANG I.T, CINTA IT"
KAH-KAH-KAH
DARIPADA BUANG DUIT BELI UTUSAN
BAIK BELI CENDOL M RAHEEM
HARGA SAMA
SPECIAL KALU ADA PULUT, KACANG, JAGUNG
KAH-KAH-KAH
No comments:
Post a Comment